Saturday, October 25, 2008
JLKN nafi anak VIP dikecualikan PLKN
Friday, October 24, 2008
Fahami sejarah negara demi perpaduan
MELAKA 23 Okt. - Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini diminta agar terus bersatu kerana ia merupakan teras kepada tercapainya kemerdekaan dan kekuatan negara pada masa ini.
Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Raghavan berkata, keamanan yang dikecapi hari ini perlu dipertahankan bagi memastikan negeri dan negara dapat terus dibangunkan dan bergerak maju.
Menurutnya, sebarang masalah dan kekacauan yang berlaku baru-baru ini tidak sepatutnya timbul sekiranya seluruh rakyat bertanggungjawab memelihara perpaduan dalam diri masing-masing.
''Setiap daripada kita sudah berada di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lamanya dan kita bersama-sama telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sehingga kita berjaya mencapai kemerdekaan negara ke-51 pada tahun ini.
''Jadi, mengapa sekarang timbul banyak masalah dan pelbagai tuduhan diadakan pada masa ini, ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hamper makanan, duit raya kepada kira-kira 270 penghuni Rumah Kenangan Cheng sempena sambutan Deepavali di sini semalam.
Menurutnya, masalah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu menunjukkan kumpulan berkenaan tidak memahami sejarah dan kedudukan masyarakat negara ini yang berbilang kaum serta keturunan.
''Kalau mereka ini faham sejarah negara kita dengan betul, tidak akan timbul sebarang masalah.
''MIC negeri juga tidak setuju cara kekerasan, tunjuk perasan atau demonstrasi jalanan, banyak cara boleh diadakan untuk menyelesaikan sebarang masalah, kita boleh selesaikan dengan cara kekeluargaan," katanya.
Tanpa merujuk kepada mana-mana kumpulan tertentu, beliau berkata, pihak terbabit yang menganjurkan demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan jelas tidak mempedulikan keamanan dan perpaduan kaum yang diamalkan oleh masyarakat negara ini.
''Mengapa perlu kita ikut cara yang tidak disukai oleh masyarakat.
''Ada yang kata cara mereka ini diterima dan disukai oleh sebilangan orang tetapi ini bukan cara terbaik dan bukan cara yang diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan berbeza kebudayaan," jelasnya.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia, setiap warganya berperanan untuk menjaga dan mengekalkan perpaduan masyarakat yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.
''Agenda perpaduan perlu dijadikan keutamaan dan sentiasa dipelihara oleh semua masyarakat," katanya.
Ujar beliau, rakyat juga perlu ingat bahawa sebarang bentuk tindakan dan keputusan kerajaan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara ini.
Tambahnya, semangat 'satu bangsa satu negara' perlu dipupuk dengan memantapkan kecintaan untuk mempertahankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Thursday, October 16, 2008
Khabar Berita KLCC Dari Jauh
Setelah Selesai sessi kumpulan 3 Siri 5 2008 bagi para pelatih PLKN kem cheneh, sausana kem bali sunyi dan sepi. Kalau sebelum ini kem ini sentiasa kedengaran gelak tawa, teriakkan suara suara jurulatih dan pelatih hari ini ianya di selimuti dengan suasana sunyi, cuma kadang kadang hanya kedengaran suara suara ungas. Suasananya cukup berbeza...namun kenangan kenangan sepanjang pelatih berada di kem ini dari mula sampai sekarang ini semuanhya masih segar dalam ingatan. Kadang dikalangan cikgu2 dan staf kami selalu tersenyum bila mengenangkan peristiwa peristiwa lucu dan gelagak2 wira dan wira wati sepanjang berada disini. Semuanya cukup indah...dan ianya kan sentiasa terpahat dalam hati setiap pelatih dan cikgu2 dan staf. Kini, sementara menunggu ketibaan para pelatih kumpulan baru yang dijadualkan akan melapor diri pada tahun depan. Parta jurulatih akan membuat "In House Training" untuk memastikan kemantapan kemahiran setiap jurulatih. ____SeLaMat BeRlatih dan BeRkuRsUs DiUCapKan Kepada RakAn2 JuRulatih, SeMoga BerJaYa MenDiDiK Anak BaNgSa Menjadi SeOrang YAng Berguna Kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!_ Daripada Cikgu DiN Dari Jauh. :)
Tuesday, September 2, 2008
MALAYSIA TETAP DI HATI....
| |
| SEBAHAGIAN pelajar Malaysia dari beberapa buah universiti berarak menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51 di Melbourne, Australia, kelmarin. – Bernama |
Walaupun berjauhan, namun semangat patriotik terhadap tanah air tercinta tetap kekal di hati rakyat Malaysia di perantauan.
Justeru para pelajar Malaysia dan rakan-rakan dari beberapa universiti di Melbourne telah menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51 di Dataran Persekutuan, Melbourne, Australia, kelmarin.
Mereka berarak sambil membawa bendera Jalur Gemilang dalam suasana meriah merayakan sambutan kemerdekaan yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan.
Majlis sambutan kemerdekaan tersebut telah dirasmikan oleh Atase Pendidikan Malaysia di Melbourne, Dr. Mohamed Ali Abdul Rahman.
Tuesday, August 19, 2008
Pendidikan seks di PLKN tahun depan
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen.
Beliau berkata, modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN.
Modul itu dikenali sebagai 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' di mana skop pengajarannya merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.
"Kita harus memberi pengajaran dan pengenalan tentang aspek-aspek ini supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan memahami masalah yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2008 di sini hari ini.
Yen Yen berkata, kebanyakan remaja mendapat pengetahuan seks daripada saluran tidak rasmi misalnya daripada perbualan dengan kawan dan maklumat daripada Internet.
"Sesetengah maklumat ini kurang tepat," katanya.
Yen Yen berkata, kementerian bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan 'modul kebapaan' bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.
Menurut kajian, lelaki didapati tidak begitu mahir menghadapi tekanan hidup berbanding wanita.
"Mereka enggan meminta bantuan daripada pakar runding sebaliknya menyimpan emosi sendiri sehingga akhirnya membawa kesan negatif seperti menimbulkan pelbagai masalah sosial," katanya.
- Bernama
Monday, August 18, 2008
Sambutan merdeka ke-51 dingin
| |
| Tidak meriah... Masih banyak bangunan di sekitar Kuala Lumpur yang masih belum memasang Jalur Gemilang sedangkan sambutan kemuncak Bulan Kemerdekaan kali ke-51 hanya tinggal 13 hari sahaja lagi.– Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ |
Tanggal 31 Bulan lapan 57 Hari yang mulia hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warganegara Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka Merdeka!.
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Itulah antara bait-bait lagu Allahyarham Sudirman Arshad yang sering meniti di bibir-bibir seluruh rakyat Malaysia apabila tiba sahaja sambutan Bulan Kemerdekaan.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-51.
Jika tahun lalu, kita dapat menyaksikan sambutan merdeka yang paling meriah memandangkan ia adalah ulang tahun yang ke-50 negara merdeka, namun pada tahun ini kelihatan banyak kekurangannya memandangkan baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa sambutan kemerdekaan hanya akan disambut secara sederhana berikutan langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan negara.
Jadi tidak hairanlah pemandangan di sekitar ibu kota hambar dan lesu tanpa kibaran megah Jalur Gemilang di bangunan-bangunan mahupun di kenderaan-kenderaan warga kota.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati masih banyak lagi bangunan-bangunan serta premis-premis yang masih belum memasang Jalur Gemilang.
Entah di mana silapnya hinggakan kemeriahan sambutan kemerdekaan yang sepatutnya disambut hujung bulan ini tidak begitu dirasakan.
Rata-rata bangunan di sekitar ibu kota masih belum mengibar dan menggantungkan Jalur Gemilang di bangunan mereka.
Tidak seperti tahun lalu di mana mereka lebih ‘ghairah’ menggantung Jalur Gemilang di setiap sudut bangunan mereka sehinggakan semangat sambutan tersebut dapat dilihat jelas.
Barangkali, memandangkan tahun lalu diadakan pertandingan bangunan hiasan tercantik menyebabkan pemilik-pemilik bangunan lebih bersemangat untuk menceriakan bangunan mereka.
Namun, tahun ini sebagai langkah penjimatan, tiada lagi sebarang pertandingan menghias bangunan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh mana-mana agensi.
Selain itu, tahun ini juga tiada lagi pemberian Jalur Gemilang secara percuma dalam kuantiti yang banyak kepada orang ramai dan pemilik-pemilik bangunan dan mereka diminta membelinya sendiri.
Mungkin disebabkan beberapa alasan tersebut menjadikan sambutan kemerdekaan pada kali ini hambar dan dingin.
Rata-rata warga kota yang ditemui menyatakan bahawa sambutan kemerdekaan kali ini kurang meriah memandangkan kurangnya kibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan besar serta deretan premis.
Selain itu, Jalur Gemilang juga tidak kelihatan dipasang di kenderaan-kenderaan awam mahupun persendirian.
Seorang warga kota yang ditemui, Wong Fu Nam, 36, berpendapat keadaan ekonomi negara yang sering berubah menjadikan faktor mengapa kehangatan kemerdekaan kurang menyengat pada kali ini.
“Disebabkan harga minyak naik, orang ramai lebih berminat mencari duit sara diri berbanding menyambut Bulan Kemerdekaan.
“Bukan itu sahaja, promosi bagi Bulan Kemerdekaan pada kali ini tidak sehangat daripada tahun sebelumnya,” kata pekerja di sebuah agensi pengiklanan itu.
Seorang lagi warga kota yang ditemui, Uma Permalu, 36, mengakui bahawa sambutan pada kali ini tidak meriah seperti tahun-tahun lalu.
“Kebanyakan kereta dan premis tidak mengibarkan Jalur Gemilang
“Saya juga tidak merasakan kehangatan dan aura Bulan Kemerdekaan, tidak seperti pada tahun sebelum ini sebelum bulan Ogos lagi sudah banyak promosi serta aktiviti yang menarik untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya.
Tambahnya, pada tahun sebelumnya, promosi bagi Bulan Kemerdekaan dibuat dua atau tiga bulan lebih awal dan suasana lebih meriah pada bulan Ogos.
“Namun, pada kali ini, sehingga ke hari ini tidak banyak promosi yang diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut,” katanya.
“Saya berasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mempromosikan acara-acara yang akan diadakan supaya warga kota lebih maklum tentang perkara tersebut.
“Selain itu, warga kota juga perlu memberi kerjasama untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan memasang Jalur Gemilang di kenderaan-kenderaan mereka,” jelasnya.
Bagi Muhammad Razi Ahmad, 28, sikap warga kota yang sering dimanjakan dengan pemberian Jalur Gemilang percuma menyebabkan mereka tidak mahu membelinya sendiri.
Menurutnya, sebagai rakyat yang bangga dengan negaranya, mereka perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membeli bendera tersebut bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan.
“Sambutan kemerdekaan disambut sekali setahun sahaja dan tiada salahnya kita membeli Jalur Gemilang untuk diletakkan di kediaman mahupun kenderaan.
“Rasanya harganya juga tidaklah berapa mahal jika dibandingkan dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita sebelum ini untuk mendapatkan kemerdekaan.
“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dengan kemerdekaan negara yang telah mencapai tahun yang ke-51 ini,” tegasnya.
Seorang lagi pengguna, Hanim Zain, 42, berkata, warga kota tidak boleh menjadikan pelbagai alasan untuk tidak memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini.
“Pada pendapat saya, tiada lagi pemberian Jalur Gemilang secara percuma bukanlah alasan untuk warga kota untuk tidak meraikan hari kemerdekaan negara.
“Pada saya, sekiranya Jalur Gemilang tahun lalu masih boleh digunakan apa salahnya ia digunakan semula sekiranya tidak mahu membeli yang baru.
“Tanggal 31 Ogos adalah tarikh yang penting untuk negara, oleh itu warga kota perlulah menunjukkan rasa semangat serta rasa patriotik terhadap negara kita yang tercinta,” tegasnya.
Sunday, August 17, 2008
Latihan X-Wirajaya
Brmula pada hai ini, latihan wirajaya telah diadakan. selepas baris dan sarapan pagi, para pelatih terus berkumpul didewan makan untuk mendengar taklimat daripada ketua jurulatih fizikal. Cg toha dan jurulatih jurulatih yang lain untuk arahan yang seterusnya. Setelah misi pada hari ini dibaca.para pelatih terus bergerak kedestinasi kedestinasi yang telah ditetapkan dengan mengunakan kompas yang diberikan.
Aktiviti navigasi kali ini berbeza dengan sebelum ini kerana kawasan yang akan dilalui oleh para pelatih adalah lebih dekat sedikit berbanding sebelum ini. Kawasannya meliputi sekitar tasik di kawasan luar kem dan kedalam kawasan hutan kelapa sawit. para pelatih di lepaskan di check point pertama pada pukul 8.30 pagi dan telah pun berakhir pada pukul 11.30 pagi tadi.memakan masa kira kira 3 jam.
Ketika artikel ini ditulis para pelatih masing masing sedang menyiapkan kemah kemah yang telah diberikan kepada mereka. Pada sebelah petang ini mereka akan dikehendaki menyiapkan/ memasak makanan mereka sendiri untuk makan malam.
Pada sebelah malam pula, masa mereka akan di isi dengan pelbagai aktivi terutama sekali operasi mencari kelapa emas yang menjadi salah satu aktiviti wajib bagi aktiviti X-wirajaya.
Latihan ini dijangka akan tamat pada sebelah petang esok.
Saturday, August 16, 2008
Pertukaran TKP Leftenan kamarulzaman
Pada malam rabu lepas bersamaan 13hb.08.08 majlis perpisahan tkp kamarulzaman telah diadakan sempena pertukaran tkp ke Wilayah Laut Satu (Marwila) yang telah dilantik sebagai setiausaha kepada panglima laut satu.
Pertukaran ini sepatutnya berlaku 20hb. tetapi disebabkan setiausaha kepada panglima telah kenegara China maka beliau terpaksa berpindah ke Marwila lebih awal dari tarikh yang diberikan.
Mengimbau kembali kedatangan leftenan Kamarulzaman ke Kem KLCC ini, beliau telah ditugaskan ke kem ini pada januari 2008, yang mana ketika itu kem KLCC berada dalam keadaan terumbang ambing kerana beberapa peristiwa yang telah berlaku. Diantaranya ialah berkenaan dengan kes kematian seorang pelatih iaitu arwah Mohamad Rafi dan masalah dalaman kem klcc.
Setelah kedatangan beliau, masalah yang membelenggu kem klcc ketika itu dapat di selesaikan sedikit demi sedikit melalui kebijaksanaan dan ketegasan beliau terutama sekali berkaitan dengan masalah dalaman kem klcc.
Banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada kem ini dan kepada para pelatih khasnya, terutamanya dari segi membentuk disiplin. Walaupun beliau berdepan dengan pelbagai risiko terhadap ketegasan beliau dalam membentuk disiplin, beliau tetap teruskan dan saya percaya semua ini beliau lakukan bukan kerana suka suka tetapi sebagai proses untuk membentuk disiplin dan jati diri anak bangsa Malaysia yag kita cintai ini dengan lebih berkesan.
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada TKP leftenan Kamarulzaman bin Kamaruddin diatas sumbangan yang telah beliau berikan. Jasa dan budi baik tuan amat kami di KLCC ini hargai. Moga tuan akan terus maju dan berjaya pada masa akan datang.
Ingatan Tulus Ikhlas
_Daripada Jurulatih klcc_
Monday, July 14, 2008
Sex education for trainees soon
KUALA LUMPUR: Sex education will soon be part of the curriculum of the National Service Training Programme.
Saturday, July 12, 2008
Hilang bahasa, hilang budaya
Seluruh rakyat negara ini tidak boleh membiarkan satu pun bahasa ibunda di negara ini hilang baik daripada kelompok Melayu, China dan India mahupun lain-lain etnik dari Sabah dan Sarawak.
'SATU negara, satu bangsa dan satu bahasa' - itulah tiga perkara yang didukung oleh Indonesia pada tahun 1928 semasa republik itu melaungkan tuntutan kemerdekaan daripada penjajahan Belanda.
Coretan sejarah ini membuktikan bahawa betapa besar pengorbanan sesebuah bangsa mahupun negara dalam memperjuangkan dan memartabatkan bahasa yang menjadi identiti asli mereka.
Bah kata pepatah, 'biar mati anak, jangan mati adat'. Senario sama wujud bagi sebuah bahasa yang mencerminkan keunggulan sesuatu bangsa di mata dunia. Jika pupus pertuturan sesuatu bahasa maka hilanglah identiti bangsa tersebut.
Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong mengakui kenyataan ini bahawa bahasa terutamanya bahasa ibunda adalah satu komponen penting dalam melambangkan budaya masyarakat setempat.
"Bahasa ibunda didefinisikan sebagai bahasa yang diperkembangkan daripada ibu bapa secara tidak formal sewaktu kita mula belajar bercakap dan ia turut dikenali sebagai 'bahasa pertama'.
"Bahasa pertama tidak mengikut panduan tata bahasa atau struktur ayat dan sinonim dengan bahasa pasar. Bahasa pasar yang dipelajari oleh kanak-kanak akan berubah setelah meningkat dewasa apabila mereka mempelajari bahasa tersebut secara formal. Bahasa formal ini akan menjadi 'bahasa kedua' mereka," katanya.
Kok Seong berkata, masyarakat umum sedar akan kepentingan bahasa ibunda masing-masing. Walaupun banyak persidangan diadakan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa untuk memartabatkan keunggulan bahasa ibunda pelbagai etnik, namun senario kepupusan bahasa tidak dapat dielakkan.
"Apa yang lebih memilukan ialah pada permulaan tamadun manusia, terdapat kira-kira 10,000 bahasa di seluruh dunia tetapi peredaran masa membuatkan angka ini semakin berkurangan sehingga mencecah 6,000 bahasa pada hari ini.
"Bilangan itu akan terus berkurangan ketika dunia menjejaki penghujung abad ini dan dijangka jumlahnya akan tinggal 3,000 sahaja. Jika dilihat pada kaca mata arus modenisasi, penyusutan bahasa bukan mendatangkan sebarang impak kepada perkembangan sains dan teknologi tetapi bagi seorang ahli bahasa, ia secara tidak langsung memupuskan perkembangan budaya dan etnik minoriti di dunia," katanya pada pertemuan khas bersama Kosmo! di UKM, Bangi baru-baru ini.
Kok Seong menegaskan, laungan para sasterawan dan pakar bahasa tempatan dalam memartabatkan bahasa ibunda harus disahut oleh masyarakat setempat terutamanya generasi muda.
"Ini kerana pembelajaran bahasa ibunda membantu mengeratkan silaturahim di antara kaum keluarga sekali gus memberi ruang kepada generasi muda mengenali keturunan serta memahami asal usul masing-masing.
"Dalam budaya masyarakat Melayu, China dan India, masing-masing kaum mempunyai 'pangkat' atau panggilan khusus dalam susur galur keluarga. Panggilan khas ini yang membuatkan budaya kita lebih unik berbanding budaya Barat yang tidak memiliki pangkat tersebut. Misalnya, Pak Long (Melayu), Ah Pek (Hokkein) dan Mama (India) dan sebagainya," jelasnya.
Ujarnya, panggilan khas ini akan mengajar generasi muda mengenai budaya hormat-menghormati di antara satu sama lain dan menyedarkan kepentingan nasab dalam keluarga serta naluri menjiwai keindahan bahasa ibunda masing-masing.
Tambahnya lagi, menyedari kepentingan dan peranan bahasa ibunda, UNESCO mengadakan sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa setiap tahun pada bulan Februari.
"UKM selaku institut pengajian tinggi awam nasional yang sentiasa berganding bahu memperjuangkan pemelihara bahasa kebangsaan dan kaum minoriti turut mengambil inisiatif buat julung kali menganjurkan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa di kampus UKM Bangi baru-baru ini.
"Sambutan ini diharap dapat menyedarkan warga UKM khususnya masyarakat umum tentang pentingnya bahasa ibunda masing-masing yang pada lazimnya merupakan bahasa minoriti. Sesungguhnya, bahasa-bahasa kecil ini perlu dipelihara dan dipupuk agar sejarah masyarakat Kedah atau Iban misalnya dapat dikenang bersama dengan ciptaan seni, karya sastera, pahlawan serta tokoh bangsa oleh generasi muda," katanya.
Kok Seong memberitahu, sempena acara penuh bermakna ini, para mahasiswa mengadakan pelbagai acara untuk menyebar dan mewariskan budaya melalui bahasa antaranya dendangan lagu, mendeklamasi sajak atau puisi, dan membuat persembahan drama serta tarian kebudayaan.
Beliau menyifatkan apabila sesebuah bahasa itu hilang maka hilanglah pertalian semula jadi dan simbolik antara penuturnya sama ada dengan sejarah mahupun segala macam pencapaian yang merupakan sebahagian daripada pemilikan komuniti.
"Penyerapan bahasa baru atau bahasa lain, setelah hilangnya bahasa ibunda walaupun komuniti berkenaan masih meneruskan budaya hidup seperti biasa tetapi sifat, nilai dan segala macam yang lain tentang komuniti berkenaan akan berubah untuk selama-lamanya.
"Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan dengan persekitaran budaya yang berbagai-bagai, sudah tentu keadaan ini merupakan persekitaran yang baik dalam membangunkan bangsa Malaysia multi etnik," jelasnya.
Kok Seong juga berkata, seluruh rakyat negara ini tidak boleh membiarkan satu pun bahasa di negara ini hilang baik daripada kelompok Melayu, China dan India mahupun lain-lain etnik dari Sabah dan Sarawak.
Saturday, July 5, 2008
HARI TERBUKA KEM PLKN CHENEH CEMERLANG
Tuesday, July 1, 2008
Pemulihan keadaan di kem
Sunday, June 29, 2008
Modul AKPK
Sabtu, 28 hb 6 2008. Modul pengurusan kewangan telah diadakan di dewan makan kem Kpcc. Penceramahnya en.samsul daripada pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit telah hadir untuk memberi ceramah.
modul ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Objektif modul ini adalah untuk membantu dan mengajar para pelatih berkenaan dengan cara cara menguruskan wang dengan betul.
Hari Terbuka Kem
Suasana Baru di Kem
Saturday, June 28, 2008
Start saving for your future
By EDWARD RAJENDRA
SET aside some money for yourself first when you get your pay cheque, that is the advice given by a chartered financial consultant so that you can retire as a millionaire.
K.H. Tan said the idea of “paying yourself first” was good and should start early in one's working life.
“Paying yourself first means before you settle the bills or spoil yourself on designer coffees, you set money aside for yourself. Now this isn't cash to splurge but cash to save for the future,” he said.
Tan, 38, added that many young executives who had attended his financial seminars felt it difficult to set money aside for themselves.
“Salary adjustments, increments and bonuses are earned. No matter how much you earn, you must force yourself to set aside an amount for retirement. If you don't do it, nobody else will,” he said at his recent I Can Be a Millionaire seminar.
However, Tan said: “Human nature makes it difficult as people think they don't have enough to pay themselves first because there's always something to spend the annual salary increase on.
“We advice many to start on a small sum instead of a ambitious sum.
“As income grows, increase the savings and to make the pay your self first effective, the process has to be automatic. Apply for an automatic bank transfer to take effect each time your income is credited to your account,” he added.
Tan's business partner P. Utama Raj strongly believes in the pay yourself idea and suggest that young executives request their employers transfer a fixed percentage of their income from their monthly pay to an investment portfolio.
“By doing so, the process becomes automatic and it makes it easier to hit that million ringgit mark due to the consistent monthly deposits and power of compounding interest,” he said.
Raj, 35, added that young executives must avoid incurring credit- card debts and spend wisely.
“One good approach to spend wisely is to use cash whenever possible.
“Being discipline does not mean a lack of a social life or depriving oneself of every shopping urge.
“We must keep our spending habits within reason thus exercising delayed gratification,” he said.
Women today more ED-ucated
By PAUL CHOO
KUALA LUMPUR: More women are seeking help on erectile dysfunction (ED) compared to men, according to andrologist Dr Mohd Ismail Tambi.
He said over the past few years more women had approached him for information on the condition.
“I am not surprised,” said the clinical andrologist.
“Whenever a woman’s partner has ED, she can relate to the problem.
“Ultimately, their ego could be seriously affected as well,” he said during a question-and-answer session at a forum on ED among men. It was organised by the National Population and Family Development Board (LPPKN).
Elaborating, Dr Mohd Ismail said women would question why their partners would, at some point in life, be unable to “get it up”.
He said that to certain extremes, they would wonder if they were no longer attractive or able to arouse their partners.
“In a worse-case scenario, if both husband and wife do not talk about it, the latter would even harbour thoughts that her husband was cheating on her because of the lack of interest in intercourse.
“These are just examples, but it is for such concerns that women have shown an increasing interest in ED, mainly because they want to help their other halves,” said Dr Mohd Ismail, who is also an adviser at LPPKN.
He said ego was the reason most men were reluctant to address the issue. It was, thus, important, he said, for women to understand their partners and encourage them to seek help.
“It has been said over and over again that ED can be treated and cured. A recent survey showed that some 3.8 million Malaysian men above the age of 40 have ED, not to mention those below that age,” he said.
He said that some women have even told him that their husbands were “once-a-month” men.
“When all is said and done, women should always remember that it is not their fault, and instead explore how their partner’s mindset works especially in their older age,” he said.
Wednesday, June 25, 2008
Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang
Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:
1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain. 3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan. 4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja. 5. Jangan bersikap pura-pura. 6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan. 7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain. 8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri. 9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri. 10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu. 11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik. 12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
Janji Pada Diri Sendiri...
Janji pada diri sendiri...tidak kira apa pun rintangan yang akan datang, tidak kira apa jua kegagalan yang akan kamu hadapi, JANGAN..JANGAN ...JANGAN sesekali putus asa!
Sekiranya kamu terjumpa dengan sahaba karib kejayaan, iaitu kegagalan-usah risau. Kegagalan ialah perintis untuk mencapai kejayaan. Sebab itulah saya gelarkanya sebagai sahabat karib.
Kamu mesti ingat, jarang jarang kali sesuatu kejayaan dicapai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan yang kamu temui, lagi hampir kejayaan kepada kamu. Jangan sesekali putus asa. Kejayaan mungkin sedang menunggu kamu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak pengalaman yang kamu temui, lebih banyak ilmu yang dapat kamu pelajari.
Kamu akan mempelajari lebih banyak ilmu daripada sesuatu kegagalan. Sekiranya menemui kegagalan, ubah cara kamu -jangan ikut cara yang sama, kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya.
Hari Ke-7 Modul 1
Alhamdulilah..hari ini dah masuk hari ke-7 Modul Pembinaan Karakter. Akhirnya hari ini berlalu macam semalam juga. Semua cikgu2 kat sini masing masing telah memberikan yang terbaik untuk para pelatih, cuma terpulang kepada diri pelatih sendiri samada hendak mengunakan apa yang telah diajar dan dikongsi ataupun tidak.
Hari ke-7 ini adalah berkenaan dengan kreativiti. bila diingat2kan kembali berkenaan dengan hari seperti hari ini. Macam2 kenangan manis dan melucukan telah berlaku sepanjang berkhidmat sebagai jurulatih modul pembinaan Karakter ini di kem ini.
Setiap kumpulan mempunyai keistimewaan masing masing, dengan telatah dan kelucuan mereka lah membuatkan kami jurulatih tetap tidak boring walaupun setiap kumpulan mengajar tentang perkara yang sama.

