Program Bantu Membantu Jana Wang

Monday, May 5, 2008

Peraturan Kem , Ketat Vs Longgar

Selepas berakhir pertandingan sukan air zon G di kelantan baru baru ini, saya di tanya oleh para pelatih saya berkenaan peraturan kem. Dialognya lebih kurng macam ne lah "cikgu kenapa peraturan kem kita ne ketat sangat??? kem kem (pelatih Kem) lain yang kami jumpa baru ne pun tak seteruk kem kita?? tak best la cikgu.kem lai relex je.."

Bertubi tubi soalan di tujukan kepada saya, masing melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pentadbiran di kem ini (KLCC)

Sambil tersenyum saya terus bertanyakan kepada mereka "Dari mana kamu semua dapat tahu yang kem kita ne, kem yang paling ketat plak?? "Ala..cikgu..kami dah tanya semua pelatih pelatih kem lain, mereka semua bebas. Pakaian boleh pakai pakaian bebas..nak pergi ke dewan makan ke..ke kelas ke..mereka tak perlu berbaris.

Hukuman pun ringan je..paling paling berat pun kalau dapat tangkap hisap rokok, kena ketuk ketampi 10x je..tapi kita kita sini %#@#@....

"Emm...ye eh? jadi kamu pun nak macam tu lah??" Ye la cikgu...baru best.!!! Boleh..kita boleh buat macam tu tapi bagi cikgu la kan, kalau hukum macam tu, macam mana kami nak didik kamu?? dengan keadaan peraturan kem kita yang ketat ne pun kamu dah buat macam macam masalah, kalau longgar macam tu lagi la dan satu lagi kalau merokok dalam kem, hukumanya ketuk ketampi 10x je, kalau saya jadi kamu la kan..saya akan hisap 10 batang sekali! siap hisap depan cikgu2 lagi. Ye la..ape nak takut setakat ketuk ketampi 100x je. Budak sekolah rendah boleh buat.. betul x?? "Betul...(Em! tau pun.. :) )"

" Ok, cikgu nak tanya secara jujur la..kamu semua rasa yang mana lebih baik untuk mendidik kamu? beri kelonggaran seperti yang kamu sebut tadi ke..atau peraturan ketat dan tegas untuk mendisiplinkan kamu??? Sebab bagi saya PLKN ne bukanya tempat berbulan madu..tapi untuk membentuk dan membina disiplin kamu semua. So macam mana??? "

"Baik macam ne cikgu..." Em..taupun! so itu la jawapanye kenapa kami buat macam ne. Kami boleh buat xkisah..buat lembut2 dan xpedulikan disiplin kamu, kami tetap dapat gaji..tapi untuk apa??? untuk lepaskan tanggungjawab??? untuk lihat bangsa kami MENJAHANAM kan diri mereka sendiri??

Tidak!! itu bukan kami..walaupun kami sentiasa berada dalam risiko di jadikan tempat untuk dilemparkan segala tuduhan atas apa yang berlaku dan risiko dibuang kerja pada bila bila masa sahaja. InsyaAllah...kami akan tetap lakukan, bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk MALAYSIA..NEGARA yang Kami CINTAI..

Kami berdoa dan berharap, agar bila kamu semua keluar dari sini (PLKN) kamu boleh menjadi seorang yang berguna kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Wassalam...

Sah selamat, kem dibuka semula

RAWANG 4 Mei - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kubena di Sipitang, Sabah yang ditutup sementara akibat tanah runtuh hanya akan dibuka semula setelah ia disahkan selamat.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, Timbalannya, Jamaluddin Masrin akan melawat kem itu bagi kali kedua bagi melihat perkembangan kerja-kerja penambakan.

''Jamaluddin akan melawat kem itu sekali lagi dan kalau sesuai, kita akan masukkan pelatih bagi siri berikutnya tetapi kalau masih tidak selamat, kita akan tangguh kemasukan pelatih ke kem itu,'' katanya ketika ditemui di Kem PLKN Temasya Rimba Templer di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Kem PLKN Kubena di Sipitang yang berlaku pada pukul 10 malam, 23 April Rabu lalu, di kawasan jemuran pakaian yang agak jauh dari asrama pelatih.

Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah wang tunai RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari lapan kem di Selangor.

Menurutnya, hadiah RM100 itu diberikan kepada pelatih PLKN yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Katanya, pemberian hadiah itu menunjukkan ia bukan berorientasikan ketenteraan semata-mata tetapi program sokongan ketenteraan bersifat holistik dalam membina insan sempurna.

Beliau berkata, hadiah RM100 kepada pelatih yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2007 dilaksanakan dengan kerjasama Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

Abdul Hadi berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai cadangan Menterinya, Datuk Dr. Ng Yen Yen untuk memasukkan modul pengurusan diri dalam PLKN.

Katanya, perbincangan itu penting bagi memastikan tidak ada pertindihan modul berlaku memandangkan PLKN turut mempunyai program p

Kebajikan pelatih bekerja diutamakan

KUALA LUMPUR: Kebajikan remaja yang sudah bekerja dan dipilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi perhatian bagi mengelakkan mereka diberhentikan kerja selepas tamat latihan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata beliau menerima banyak aduan bekas pelatih yang mendakwa diberhentikan kerja kerana mengikuti latihan Khidmat Negara selama tiga bulan. “Setakat ini saya menerima lebih 10 panggilan dari bekas pelatih iaitu dari kumpulan ketiga yang hampir 50 peratus sudah bekerja.

“Saya akan mengadakan perbincangan bersama ahli MLKN bagi mengelakkan majikan memberhentikan pelatih yang sudah bekerja,” katanya kepada Berita Harian semalam. Lee berkata, Akta Latihan Khidmat Negara 2003, Seksyen 24 (1) mewajibkan majikan memberikan kebenaran kepada pekerja yang mengikuti PLKN cuti selama tiga bulan dan membayar gaji selama 30 hari. “Kita akan membincangkan pada mesyuarat 3 Jun ini supaya majikan membayar gaji pekerja yang mengikuti PLKN sehingga 60 hari berbanding 30 hari sebelum ini dan memastikan mereka tidak dibuang kerja selepas latihan tamat.

“Kita akan mengambil pandangan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan sebelum membuat sebarang pindaan. Jika akta itu selesai dibincangkan dan perlu dipinda, kami akan membawa usul kepada kerajaan,” katanya

JLKN timbang kursus pencarian identiti remaja

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mempertimbangkan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan kursus pencarian identiti remaja membabitkan pelatihnya bagi mengelakkan pertindihan dengan modul sedia ada.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pihaknya menyambut baik cadangan Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen dan berhasrat mengadakan perbincangan lanjut. “Ia (cadangan) itu sesuatu yang amat baik dan mungkin menjadi salah satu proses penambahbaikan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Kita akan berbincang mengenai pelaksanaannya bagi mengelakkan pertindihan dengan Modul Pembinaan Insan sedia ada, dan tempoh pelaksanaannya supaya ia tidak mengganggu program lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari tujuh kem di Selangor yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini, semalam. Katanya, sumbangan kerajaan dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd itu akan disampaikan kepada 1,567 pelatih yang mendapat keputusan 9A ke atas dalam peperiksaan SPM di seluruh negara, secara berperingkat.Jumaat lalu, Ng berkata, kementeriannya bercadang melaksanakan kursus Pembangunan dan Pengurusan Kehidupan Remaja membabitkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), hujung tahun ini.

Katanya, kursus itu yang memberi tumpuan kepada pencarian identiti remaja, pengisiannya secara positif, selain meningkatkan kemahiran dalam pengurusan diri, sudah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, pelatih yang tidak pulang ke rumah ketika cuti rehat selama enam hari bermula Khamis ini, akan dibawa melawat tempat menarik dalam jarak 100 kilometer dari kem masing-masing di seluruh negara. “Kita memberi peluang kepada mereka untuk bersiar-siar dengan syarat mereka dibawa oleh Komandan Kem dan tidak dibenarkan ke kawasan yang berisiko seperti hutan dan laut.

“Bagaimanapun, lawatan itu bersifat sehari dan hanya dua kali dalam tempoh enam hari itu. JLKN akan membiayai kos perjalanan manakala pengurusan kem perlu menanggung kos makan dan minum pelatih,” katanya.

Saturday, May 3, 2008

Pelatih PLKN diberi pelepasan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 5/2008 diberi pelepasan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam atau institusi pengajian tinggi (IPT) pada 5 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelepasan itu diberikan seminggu lebih awal sebelum mereka mula mendaftar ke Tingkatan Enam atau ke IPT yang akan bermula 12 Mei ini.

"Keputusan itu dibuat bagi memudahkan mereka membuat persiapan dan persediaan sebelum memulakan pengajian masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pelatih yang mendapat tawaran untuk memasuki Tingkatan Enam dan melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengemukakan salinan surat tawaran kepada kem komandan masing-masing.

Bagaimanapun, pelatih yang mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula perlu mengemukakan salinan surat tawaran dan salinan resit pembayaran pendaftaran pengajian.

Abdul Hadi berkata kesemua komandan PLKN diberi kuasa untuk melepaskan para pelatih berkenaan dan mereka dikira telah menjalani latihan sepenuhnya.

Katanya sijil tamat latihan akan dihantar kemudian.

— Bernama

Thursday, May 1, 2008

Program kendali senjata dapat sambutan

Peserta PLKN membuat latihan menembak di bawah kendalian jurulatih di majlis Latihan Pengendalian Senjata Kecil Colt M-16 di Pulada, Ulu Tiram, kelmarin.

JOHOR BAHRU 30 April - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Teluk Sari, Endau, Mersing dekat sini mencatatkan pencapaian membanggakan apabila disertai 100 peratus pelatih kem tersebut dalam program pengendalian senjata Colt M-16.

Ketua Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pencapaian kem itu membanggakan memandangkan ia merupakan bukti keyakinan para ibu bapa terhadap modul latihan yang dijalankan.

"Bagi pengambilan sebelum ini, penyertaan modul latihan yang dijalankan hanya dapat melibatkan 96 serta 97 peratus daripada jumlah keseluruhan pelatih. Namun pada kali ini, Kem Teluk Sari berjaya mendapat penyertaan 100 peratus.

"Ini membuktikan penerimaan para ibu bapa semakin meningkat memandangkan penyertaan dalam latihan ini memerlukan kebenaran ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pengendalian Senjata Colt M-16 bagi Kumpulan 2 Siri 5/2008 PLKN di Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini hari ini.

Hadir sama Komandan Kem PLKN Teluk Sari, Mejar Rosli Jasman.

Bagi pengambilan terkini itu, Kem PLKN Teluk Sari menempatkan sejumlah 405 pelatih dengan kesemua mereka mendapat kebenaran ibu bapa untuk menjalani latihan pengendalian senjata.

Menurut Abdul Hadi, berdasarkan kajian yang dilakukan, latihan pengendalian senjata itu dapat meningkatkan daya keyakinan serta tahap disiplin pelatih PLKN.

"Sebelum ini, golongan ibu bapa kurang memahami matlamat latihan pengendalian senjata namun selepas penjelasan dilakukan, mereka faham mengenai manfaatnya," kata beliau.

Jelas beliau, pihaknya memastikan program latihan selama seminggu itu dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang berkepakaran dengan modul latihan merangkumi latihan teori di kem serta latihan praktikal di lapang sasar.

"Kami juga memastikan tahap keselamatan semasa latihan adalah pada tahap tertinggi dan penekanan turut diberikan agar mereka memahami undang-undang penggunaan senjata api," katanya.

Wednesday, April 30, 2008

Tip menjadi terkenal dikalangan Teman

Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakananda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan: Aktif dengan pelbagai aktiviti Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai. Menjadi seorang yang peramah Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja. Pendengar yang baik Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu. Jadilah diri kamu sendiri Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya. Hindari tekanan Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya. Peranan mata Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.

Monday, April 28, 2008

Iktibar pencari kerja baru

WALAUPUN ekonomi negara rancak dan penggunaan tenaga kerja warga asing kini melampaui dua juta orang, masih agak ramai anak-anak muda lulusan menara gading tidak berkemampuan menjawat jawatan setaraf dengan kelulusan mereka.

Antara faktor utama keadaan ini berpanjangan ialah kelemahan graduan menguasai soft skills yang amat perlu untuk berjaya di alam kerjaya. Majikan mendapati mereka agak lemah dalam mengutarakan pandangan dengan bernas dan memiliki tahap komunikasi yang serba kekurangan. Kekurangan ini bukan saja terserlah semasa temu duga tetapi berlarutan ke tempat kerja baru.

Buku bertajuk Petua Mendapatkan Pekerjaan Pertama Anda yang diterbitkan oleh True Wealth Sdn. Bhd. berusaha untuk membantu golongan graduan dan pencari kerja baru memahami selok-belok proses mencari pekerjaan dengan lebih baik.

Buku setebal 158 muka surat ini ditulis oleh Omar Ariff bin Omar Farouk, seorang pengamal Sumber Manusia yang berpengalaman selama hampir dua puluh tahun menemu duga beratus-ratus calon untuk pelbagai jenis jawatan.

Bab pertama buku ini menyingkap secara sepintas lalu proses pengambilan pekerja yang umum bermula dari kekosongan jawatan sehinggalah seseorang calon yang terpilih melapor diri ke tempat pekerjaan baru.

Beberapa contoh jenis iklan jawatan kosong dikongsi bersama pembaca untuk memberikan kefahaman mengenai maksud dan tujuan syarikat-syarikat yang menyiarkan iklan-iklan berkenaan.

Di dalam bab kedua penulis mengupas mengenai cara-cara menulis resume dan surat iringan yang berkesan. Matlamat menyediakan kedua-dua dokumen hanyalah satu yakni untuk "meyakinkan seseorang majikan bahawa pemohon berkenaan adalah calon paling berkemampuan bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada."

Persediaan Persiapan menghadapi temu duga dibincangkan di dalam bab ketiga. Melakukan persediaan seperti mendapatkan maklumat mengenai syarikat dan jawatan, merancang perjalanan ke tempat temu duga, penampilan jasmani diri calon dan hal-hal yang perlu diketahui sewaktu mengisi borang permohonan pekerjaan dikongsi bersama.

Jenis-jenis perwatakan penemu duga yang mungkin ditemui seperti penyoal siasat, perealisasi kendiri, pemerhati dan profesional. diperjelaskan dalam bab berikutnya. Bab keempat menekankan betapa pentingnya membentuk tanggapan positif di mata penemuduga sebaik saja melangkah masuk ke bilik temu duga dan semasa temu duga berlangsung.

Bab kelima menyenaraikan sepuluh soalan yang lazim ditanya sewaktu temu duga seperti "Ceritakan pada saya mengenai diri kamu" (Tell me about yourself ). Contoh-contoh respons yang elok diberikan sebagai panduan kepada pembaca. Dimasukkan juga dengan jawapan-jawapan yang boleh menjejaskan peluang calon.

Ciri-ciri calon idaman yang dicari oleh majikan didedahkan di dalam bab keenam. Salah anggapan calon selepas temu duga seperti "Hanya calon-calon cemerlang saja akan berjaya" dikupas oleh penulis.

Beliau menceritakan juga apa yang dimaksudkan dengan keputusan temu duga, "Dalam Perhatian" atau "KIV". Pembaca diajak melakukan post mortem sekiranya tidak tersenarai sebagai calon yang berjaya dan merangka tindakan susulan.

Bab seterusnya mengupas mengenai proses yang bakal dilalui oleh calon yang ditawarkan pekerjaan. Fasal-fasal penting di dalam Surat Lantikan diperjelaskan supaya penerima benar-benar memahami erti yang dibawa oleh setiap klausa kontrak sebelum menandatangani di ruang persetujuan surat terbabit.

Diceritakan juga perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melapor diri dan apa yang bakal dilalui semasa hari pertama di tempat kerja baru.

Bab kelapan memuatkan sketsa dwi- bahasa tiga situasi temu duga untuk tatapan pembaca. Penulis berkongsi pengalamannya mencari pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi tahun 1980-an di dalam bab berikutnya.

Bab terakhir mengajak pembaca memikirkan tentang memilih kerjaya yang menepati cita-cita dan kehendak mereka. Buku ini diedarkan oleh MPH Bookstores pada harga RM29.90 senaskah. Penulis boleh dihubungi menerusi e-mel: omar.ariff@gmail.com.