Program Bantu Membantu Jana Wang

Monday, April 28, 2008

Perjelaskan kekeliruan isu PTPTN

PERTAMA, jutaan ucapan terima kasih dan syabas kepada Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di atas kesudian beliau membuka mata meneliti masalah para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jumlah mereka bukan sedikit, malah akan bertambah pada masa hadapan, semuanya bergantung kepada PTPTN untuk meneruskan pembiayaan ke peringkat menara gading.

Memang merupakan satu tindakan yang tepat untuk menyelami permasalahan yang timbul, walaupun sedikit pada kadarnya. Walaupun, hanya tiga peratus pada kuantiti, tapi besar akibat dan kesan yang dihadapi oleh para peminjam justeru memberi imej kurang baik kepada kerajaan yang menaunginya.

Seingat-ingat penulis, Mohamed Khaled bukan orang pertama yang menabur janji manis tersebut, bahkan sebelum ini pengerusi badan itu sendiri pernah berjanji untuk merujuk perkara tersebut kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, satu tindakan yang boleh dianggap berhemah demi meleraikan syak wasangka peminjam yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam.

Namun, janji tinggal janji. Sebarang perkembangan atau jalan menuju ke arah itu langsung tidak kelihatan.

Beberapa kekeliruan dalam sistem pinjaman PTPTN ini mesti segera diperjelaskan. Masalah utama bukan berpunca tentang jumlah tiga peratus yang ditetapkan, tetapi yang menjadi masalah apabila ia didasarkan kepada 'baki semasa' akaun peminjam setiap tahun.

Hal inilah yang menjadi pokok permasalahan yang mana mungkin telah disalah anggap oleh sesetengah pihak sehingga menganggap sistem tersebut menjadi riba kerana jumlah tiga peratus tersebut.

Banyak pihak faham mengenai wang proses yang dimaksudkan oleh PTPTN, dan mereka maklum bahawa ia dibolehkan dalam Islam. Mana mungkin pada zaman yang serba canggih ini orang mahu memberikan perkhidmatan secara percuma. Tetapi, kerana tiga peratus didasarkan daripada jumlah baki semasa, ia menjadi sama seperti sistem yang digunakan oleh bank konvensional.

Jika PTPTN ikhlas mahu menyucikan sistem itu daripada sebarang perkara yang bertentangan dengan syarak, terangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang seluruh bentuk sistem yang diguna pakai dalam akad pinjaman ini dengan sejelas-jelasnya tanpa ada sebarang keciciran maklumat.

Kita tidak mahu Majlis Fatwa pula yang akan dipersalahkan di atas sebarang kekeliruan yang bakal timbul hasil daripada kecuaian memberi maklumat lengkap tersebut. Sahutlah tawaran Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersedia untuk membincangkan isu tersebut dalam Muzakarah yang bakal diadakan pada 5-7 Mei ini.

Elok kita rungkai segala kekusutan ini dengan cara baik dan bijaksana.

Berita PLKN

Penutupan Kem Kubena muktamad

Oleh Ramli Ibrahim

GENERASI PELAPIS: Abdul Hadi beramah mesra dengan pelatih PLKN Kem Etnobotani, dekat Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG: Keputusan menutup Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kubena di Sipitang, Sabah berikutan kejadian tanah runtuh tiga hari lalu adalah muktamad. Penutupan serta-merta berkuat kuasa kelmarin, bagi menjaga keselamatan pelatih daripada berdepan dengan risiko kejadian tidak diingini walaupun kejadian itu jauh daripada penempatan pelatih terbabit. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pengurusan kem itu tidak akan diberi peluang untuk membuat rayuan kerana JLKN sudah mengambil pendirian muktamad.

"Sebarang rayuan pengurusan kem itu mungkin hanya akan dipertimbangkan semula untuk penempatan pelatih bagi kumpulan ke tiga nanti, itu pun bergantung tahap keselamatan. Bagi 343 pelatih kumpulan dua yang sebelum ini ditempatkan di kem itu, mereka sudah dipindahkan ke tujuh kem lain serta-merta mulai kelmarin.

“Seramai 270 pelatih Sabah dan Sarawak ditempatkan di kem sekitar Sabah, manakala baki 73 pelatih dari Semenanjung dipindahkan ke kem sekitar Selangor menggunakan khidmat pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam kelmarin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kem PLKN Etonobotani, dekat sini, pagi semalam. Beliau mengulas perkembangan lanjut kejadian tanah runtuh di Kem PLKN Kubena di Sipitang, Sabah, yang menempatkan seramai 343 pelatih.

Kejadian tanah runtuh kawasan jemur pakaian tidak jauh dari asrama pelatih kem itu berlaku kira-kira jam 10 malam Rabu lalu dipercayai berpunca hujan lebat.

Abdul Hadi juga memberi amaran keras akan mengambil tindakan sama terhadap mana-mana kem PLKN di seluruh negara, jika keadaan keselamatan pelatih tidak memuaskan dan terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini. Oleh itu, katanya, pengurusan kem seluruh negara hendaklah melakukan pemantauan serta pembaikan segera jika berlaku sesuatu perkara yang yang dikhuatiri boleh menyebabkan kejadian tidak diingini terhadap pelatih. “Kita mengambil tindakan awal menutup mana-mana kem jika keadaan itu dikesan supaya segala urusan berkaitan latihan serta keselamatan pelatih terjamin,” katanya.

Sunday, April 27, 2008

Renungan bersama.

HIidup ini adalah anugerah Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan blog ini adalah sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan sesama kita dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi dan walaupun kita mampu mencipta sesuatu yang cukup hebat pada zaman ini tetapi dalam masa yang sama kita tiada nilai dan jati diri, it nothing!!

Friday, April 25, 2008

KLCC dalam kenangan..

Selamat Pagi semua... Alhamdulilah..di pagi yang cukup indah ini dapat lagi kita menghirup udara yang segar. Udara kat kem ini masih lagi seperti dulu, banyak kenangan kenangan yang indah2 dan lucu berputar di benak fikiran ini bila melihat sekitar kem ini. Mana tidaknya, hampir dua tahun dekat KLCC ini, sudah 6 kump. dah yang datang dan pergi. Setiap kump. masing masing dengan perangai yang berbeza beza dan semuanya masih segar dalam ingatan ini dan jurulatih jurulatih yang lain. Kadang kadang bila kami sesama jurulatih bersembang, kami akan sebut dan masing masing bercerita tentang gelagat dan telatah pelatih masing masing, sehingga membuatkan kami senyum dan tergelak mengenangkan apa yang telah berlaku. Walaupun semua itu telah lama berlaku dan semaking dilupakan, namun ia tetap segar dalam ingatan kami sebagai jurulatih disini. " semuanya akan datang dan pergi..namun kami tetap disini" Terima Kasih semua...kerana menjadi salah satu kenangan yang paling indah dalam hati ini! Kepada pelatih dan rakan jurulatih yang, pernah mencipta kenangan bersama sama suatu ketika dulu, dari saya, mewakili kawan kawan jurulatih disini, semoga berjaya dalam hidup dan menjadi seorang yang berguna kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara!!! Sebuah lagu kenang kenangan. Dengar Sini Teman Teman Kata kata Buat Panduan Kalau ada kesalahan Dalam Hati Jangan Simpan Ku Bicara Soal Teman Kata Kata Buat Ingatan Kita Kawan Jangan Lawan Sampai Masa Berjauhan Mengapa(Hoi) Terjadi Petemuan Oh Kerana Khidmat Negara Jurulatih Beri Bimbingan Untuk Kita Di Masa Depan Mengapa(hoi) Terjadi Perpisahan Oh kerana Sudah Takdir Tuhan Oh Kawanku Jangan Bimbang Kau kan Tetap Dalam Ingatan Cincin Emas Belah Rotan Bumi ini Kupertahankan Biar Jasad Tidak Berkapan Pantang Undur Anak Watan.. Moga Bertemu Semula...

Wednesday, April 23, 2008

PLKN: Pemeriksaan kesihatan diwajibkan

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

KUANTAN 22 April - Para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mungkin diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan terlebih dahulu sebelum diserapkan ke kem-kem latihan pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat.

''Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan untuk mengadakan penambahbaikan program yang disediakan dari semasa ke semasa.

''Memang ada cadangan tentang perkara ini tetapi kita perlu mendapatkan pandangan semua pihak," katanya kepada pemberita di Kem PLKN Cahaya Gemilang Cherating dekat sini hari ini.

Beliau ditanya kemungkinan sudah sampai masanya para pelatih PLKN diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan berikutan berlaku beberapa kes menyebabkan kematian akibat para pelatih enggan berterus terang tentang tahap kesihatan masing-masing.

Terdahulu, Abdul Hadi yang hadir sempena program motivasi dan latihan oleh ikon PLKN, Mejar Dr. Faiz Khaleed, melakukan flying fox sebagai suntikan semangat kepada para pelatih kem tersebut.

Turut melakukan aksi yang sama dengan jarak sejauh 100 meter dan ketinggian kira-kira 15 meter itu ialah Dr. Faiz serta Komandan kem, Leftenan Komander Mohd. Zailani Osman.

Seramai 429 pelatih kumpulan dua siri 5/2008 yang bermula 18 Mac lalu menjalani latihan di kem berkenaan termasuk anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Nurul Izzah Abdullah, 18.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, buat masa ini, para pelatih hanya perlu mengisytiharkan status kesihatan mereka melalui pemeriksaan kesihatan biasa yang dilakukan di kem-kem seluruh negara.

Pada masa sama, tegasnya, tidak adil menyalahkan JLKN atau PLKN jika timbul sebarang masalah kerana semua pihak bertanggungjawab memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.

''Ada kes pelatih PLKN yang sudah keluar lebih sebulan tetapi masih dikaitkan dengan kita. Bagi saya, tidak adil masyarakat menyalahkan program ini dengan apa sahaja yang berlaku," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, hasil kajian keberkesanan terbaru PLKN oleh pihak pengurusan ke atas 3,100 pelatih pelbagai kaum mendapati matlamat yang disasarkan tercapai.

''Kesimpulannya, rata-rata maklum balas tentang keberkesanan program yang diberikan oleh para pelatih tidak kurang daripada 90 peratus. Saya boleh katakan program ini sangat berkesan," kata beliau.

Sehubungan itu katanya, satu kajian lanjut dan lebih terperinci tentang keberkesanan program itu akan dilaksanakan dengan keputusan atau hasilnya kelak akan diumumkan kepada orang ramai.

''Kajian seumpama ini penting kerana ia merupakan asas kepada pihak jabatan merangka program-program pada masa akan datang," katanya.

JLKN cadang benarkan semua ibu bapa lawat kem

KLUANG 20 April - Bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bercadang membenarkan semua ibu bapa melawat pusat tersebut pada hari terbuka yang diadakan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah proaktif itu bagi membolehkan ibu bapa melihat secara dekat kemudahan, peralatan dan modul program pusat berkenaan.

Pada masa ini, ujar beliau, hari terbuka tersebut hanya dibuka kepada ibu bapa yang anaknya sudah berada di pusat itu.

"Kami yakin dengan membenarkan semua ibu bapa dan bakal peserta melihat sendiri suasana di pusat berkenaan sebelum dipilih memasuki pusat itu, ia akan memberi keyakinan kepada calon daripada segi mental untuk menyertai program yang bertujuan untuk membentuk siasah diri mereka secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hari Bertemu Keluarga di Kem PLKN Sembrong di sini hari ini yang turut dihadiri angkasawan negara, Mejar Dr. Mohd. Faiz Khaleed yang merupakan ikon PLKN.

Sehubungan ini, Lam Thye berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pengarah JLKN, Abdul Hadi Awang Kechil pada Jun ini.

Tindakan PLKN untuk mengadakan hari terbuka tersebut adalah hasil maklum balas dan sesi dialog dengan orang ramai khususnya, ibu bapa peserta terbabit yang sebelum ini menyatakan rasa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke institusi latihan tersebut.

"Kami yakin dengan adanya usaha ini, ia mampu memperbaiki kelemahan yang ada dan menerima pandangan daripada orang ramai.

"Kami yakin PLKN akan menjadi sebuah pusat latihan yang berdaya saing dan sentiasa relevan dalam apa juga keadaan," katanya.

Di samping itu, beliau juga menggesa para peserta supaya jujur menyatakan status kesihatan masing-masing sebelum menyertai latihan itu.

Lam Thye membuat gesaan tersebut berikutan kejadian seorang pelatih di Kemaman, Terengganu yang bersalin semasa menjalani program baru-baru ini.

"Kalau peserta hamil, mereka akan diberi penangguhan. Apa yang berlaku, peserta tidak jujur semasa mengisi borang kesihatan.

"Kita tidak mampu mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap setiap peserta. Malah, Kementerian Kesihatan pun tidak cukup tenaga untuk menguruskan perkara tersebut," katanya.

Katanya, peserta mesti jujur memberitahu mengenai status kesihatan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh latihan itu.

Friday, April 18, 2008

Bestnya cuti..

Alhamdulilah..Cuti juga akhirnya ( jumaat&sabtu), minggu ini rasa penat sangat. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Hari sabtu, 19 April 200, itu esk. Kami jurulatih jurulatih dan staf akan menyambut kedatangan paa keluarga pelatih untuk melawat anak anak kesayangan mereka dan kawasan sekitar kem. InsyaAllah.mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Bagi memeriahkan hari terba kem esok juga, banyak aktiviti aktiviti yang menarik akan diadakan untuk menyerikan lagi hari esok. Semalam, masing masing jurulatih sibuk dengan tugasan mereka, ada yang sibuk dengan melatih pelatih yang akan membuat persembahan tarian dan lakonan, ada yang sibuk mengeluarkan barang barang daripada logistik untuk persiapan dan semalam dengar kabor melalui radio rasmi KLCC ("Walkie Talkie") alat muzik dikir barat telah berjaya dipinjam dari felda cherul iaitu kampung yang tidak jauh dari kem KLCC. Terima Kasih kapada felda cherul kerana sering memberi bantuan dari segi peralatan dikir barat untuk program kem KLCC.Mudah mudahan kerjasama ini akan membawa berkat kepada kita semua. InsyaAllah... Berbalik kepada hari terbuka. JOm! kita sama sama memeriahkan hari yang dinanti nantikan ini. Pada esok hari juga saya dimaklumkan ramai pelatih pelatih yang lepas akan turut sama hadir ke kem ini. Datang untuk melepaskan rindu agaknya tu kot.hehe..orang kata.." Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain" Datang ramai ramai..hari terbuka ini memang untuk kita semua. Antara acara acara yang akan diadakan pada hari terbuka kli ini adalah:
  • Flying Fox
  • Kayak
  • Sukaneka
  • Persembahan tarian,lagu dan lakonan
  • Pameran galeri PLKN kem KLCC
  • Lawatan
  • Cabutan bertuah dan sebagainya.
kepada jurlatih dan staf..cas banyak2 energy ari ne.Bersemangat untuk esok...!!!! hehe.. Wassalam...

Wednesday, April 16, 2008

Bagaimana Masalah Menyelesaikan Masalah?

Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yg dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yg boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya.

“Dah memang masalah. Nak buat macam mana?”

Biasa dengar begitu? Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yg menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji batu yg menghempap tetapi sebutir emas yg jatuh di atas kepala.

Benarkah masalah membuka peluang?

Lihat apa yg dilakukan oleh Thomas Edison. Dia ada masalah ketika hendah menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu, seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

Ketika semua orang kelaparan apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran haznira untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan mejualnya kepada rakan2. Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

Ketika Akmal ada masalah menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang dirumahnya tidak boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah diganti pada perkataan peluang ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan pelbagai idea yg tak terjangka oleh kita.