Program Bantu Membantu Jana Wang

Saturday, October 25, 2008

JLKN nafi anak VIP dikecualikan PLKN

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. ''Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.

Friday, October 24, 2008

Fahami sejarah negara demi perpaduan

MELAKA 23 Okt. - Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini diminta agar terus bersatu kerana ia merupakan teras kepada tercapainya kemerdekaan dan kekuatan negara pada masa ini.

Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Raghavan berkata, keamanan yang dikecapi hari ini perlu dipertahankan bagi memastikan negeri dan negara dapat terus dibangunkan dan bergerak maju.

Menurutnya, sebarang masalah dan kekacauan yang berlaku baru-baru ini tidak sepatutnya timbul sekiranya seluruh rakyat bertanggungjawab memelihara perpaduan dalam diri masing-masing.

''Setiap daripada kita sudah berada di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lamanya dan kita bersama-sama telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sehingga kita berjaya mencapai kemerdekaan negara ke-51 pada tahun ini.

''Jadi, mengapa sekarang timbul banyak masalah dan pelbagai tuduhan diadakan pada masa ini, ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hamper makanan, duit raya kepada kira-kira 270 penghuni Rumah Kenangan Cheng sempena sambutan Deepavali di sini semalam.

Menurutnya, masalah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu menunjukkan kumpulan berkenaan tidak memahami sejarah dan kedudukan masyarakat negara ini yang berbilang kaum serta keturunan.

''Kalau mereka ini faham sejarah negara kita dengan betul, tidak akan timbul sebarang masalah.

''MIC negeri juga tidak setuju cara kekerasan, tunjuk perasan atau demonstrasi jalanan, banyak cara boleh diadakan untuk menyelesaikan sebarang masalah, kita boleh selesaikan dengan cara kekeluargaan," katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana kumpulan tertentu, beliau berkata, pihak terbabit yang menganjurkan demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan jelas tidak mempedulikan keamanan dan perpaduan kaum yang diamalkan oleh masyarakat negara ini.

''Mengapa perlu kita ikut cara yang tidak disukai oleh masyarakat.

''Ada yang kata cara mereka ini diterima dan disukai oleh sebilangan orang tetapi ini bukan cara terbaik dan bukan cara yang diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan berbeza kebudayaan," jelasnya.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, setiap warganya berperanan untuk menjaga dan mengekalkan perpaduan masyarakat yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.

''Agenda perpaduan perlu dijadikan keutamaan dan sentiasa dipelihara oleh semua masyarakat," katanya.

Ujar beliau, rakyat juga perlu ingat bahawa sebarang bentuk tindakan dan keputusan kerajaan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara ini.

Tambahnya, semangat 'satu bangsa satu negara' perlu dipupuk dengan memantapkan kecintaan untuk mempertahankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Thursday, October 16, 2008

Khabar Berita KLCC Dari Jauh

Setelah Selesai sessi kumpulan 3 Siri 5 2008 bagi para pelatih PLKN kem cheneh, sausana kem bali sunyi dan sepi. Kalau sebelum ini kem ini sentiasa kedengaran gelak tawa, teriakkan suara suara jurulatih dan pelatih hari ini ianya di selimuti dengan suasana sunyi, cuma kadang kadang hanya kedengaran suara suara ungas. Suasananya cukup berbeza...namun kenangan kenangan sepanjang pelatih berada di kem ini dari mula sampai sekarang ini semuanhya masih segar dalam ingatan. Kadang dikalangan cikgu2 dan staf kami selalu tersenyum bila mengenangkan peristiwa peristiwa lucu dan gelagak2 wira dan wira wati sepanjang berada disini. Semuanya cukup indah...dan ianya kan sentiasa terpahat dalam hati setiap pelatih dan cikgu2 dan staf. Kini, sementara menunggu ketibaan para pelatih kumpulan baru yang dijadualkan akan melapor diri pada tahun depan. Parta jurulatih akan membuat "In House Training" untuk memastikan kemantapan kemahiran setiap jurulatih. ____SeLaMat BeRlatih dan BeRkuRsUs DiUCapKan Kepada RakAn2 JuRulatih, SeMoga BerJaYa MenDiDiK Anak BaNgSa Menjadi SeOrang YAng Berguna Kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!_ Daripada Cikgu DiN Dari Jauh. :)