Program Bantu Membantu Jana Wang

Saturday, May 31, 2008

Pelatih PLKN kesal keracunan makanan berulang

SETIU 30 Mei - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Peladang Setiu Agro Resort di sini yang mengalami keracunan makanan semalam, menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang menakutkan kerana ia berlaku dua kali dalam tempoh seminggu.

Salah seorang pelatih, Nurul Fatin Abdul Hapida, 18, berkata, dia tidak menyangka mengalami keracunan makanan sebanyak dua kali sejak melaporkan diri di kem berkenaan pada Mac lalu.

Dia berkata, kejadian itu merupakan satu pengalaman yang amat menakutkan ketika mengikuti program berkenaan kerana bimbang mengalami penyakit lain pula.

''Sekarang saya bimbang dengan kejadian ini yang mungkin memberi kesan sampingan dan mewujudkan masalah kesihatan lain.

''Saya rasa sangat lemah dan tidak bermaya kali ini berbanding kejadian minggu lalu," katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh di Hospital Setiu di sini semalam.

Nurul Fatin yang berasal dari Rompin, Pahang berkata, dia telah mengambil makanan yang dihidangkan walaupun menyedari makanan itu berbau dan masam kerana lapar ketika itu.

''Nasib baik program ini tinggal seminggu lagi, jika tidak saya tak tahulah macam nak menanganinya," ujarnya

Seorang lagi pelatih, Nurul Aliah Mohd. Mat Ali, 18, memberitahu, dia sudah menjangka mengalami keracunan itu sekali lagi selepas perutnya sakit serta beberapa kali membuang air besar, sama seperti pada 22 Mei lalu.

''Saya bimbang ia berulang lagi tetapi apa yang kami harapkan pihak pengurusan kem lebih berhati-hati memilih pembekal makanan pada masa akan datang," katanya yang berasal dari Selangor.

Sebanyak 67 pelatih di kem berkenaan dikejarkan ke hospital semalam selepas dipercayai keracunan makanan setelah menikmati makan tengah hari kelmarin.

Lima hari sebelum itu lapan daripada pelatih kem tersebut juga telah dihantar ke hospital kerana kejadian yang sama.

Hari Cuti Yang Cukup Indah

Jumaat dan sabtu, hari hari yang amat dinanti nantikan oleh para pelatih. Biasanya kalau dan siap PT dan sarapan pagi. Tempat yang pertama sekali mereka tuju ialah bilik jurulatih. Kenapa?? sebab nak dapatkan hanset...Cikgu nak hanset...cikgu nak hanset...itulah kata kata yang akan cikgu cikgu dengar bila tiba hari jumaat dan sabtu.em,memang penuh lah kat depan pintu bilik cikgu cikgu. Tapi macam biasalah, nak hanset kena lah buat kerja dulu. Kena bersihkan dorm..bilik air dan kawasan sekitar dorm, bukan apa nak disiplinkan lagi mereka..hehe..an kalau nak tahu hari hari macam ne juga mereka akan menunjukkan sikap rajin yang amat luar biasa, kejap je semua siap.hahaha..cepat siap cepatla dapat hanset. Biasanya, dekat kem klcc ne, pelatih akan diberi hanset seawal jam 9.00 pagi dan hantar pukul 5.30 petang. pihak kem membuat peraturan seperti ini atas dasar keselamatan kerana melalui pengalaman sebelum ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku bila hanset lambat diserahkan. selamat mengunakan hanset...call dan mesej lah sepuas puasnya. Tapi jangan lupe... serah balik! Publish Post

Tuesday, May 20, 2008

12 cara tingkat harga diri

Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri . Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda .Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri . 1.Bina keyakinan diri . Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya,bukan sekadar berangan-angan kosong saja . 2.Dampangi orang lain Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia . 3.Elakkan diri daripada kesempurnaan Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi ,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda . 4.Jaga perawakan diri Perawakan diri menjadi satu factor kritikal dalam pembinana harga diri .Anda tidask perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetrapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri . 5.Dapatkan kerehatan Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda

Monday, May 19, 2008

Puisi : Janji Cikgu

Hidup seorang guru sungguh bahagia Terkenang jasa diluput tidak Tapi pena orang luar Bila berbicara soal guru Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah Siang pergi malam kerja Aku kata guru itu mudah Siang bergaji malam bahagia Pagi tak pernah rugi Malam tidurpun selesa Orang kata guru itu penat Gaji tak seberapa kerja berlambak Aku kata guru itu rehat Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat Ilmu yang dicurah tak dapat disekat Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan Setiap tahun muka sama setiap bulan Aku kata guru itu singguh riang Sekali berkata murid ketawa girang Bila berjaya murid terus menjulang Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi Aku kata guru itu "happy" Jasa bakti dipercayai Masuk kedalam hutan untuk berbakti Pada bangsa anak pertiwi Agak kelak menabur bakti Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah Orang berkereta mewah berbatunya rumah Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena Aku kata guru itu senang Kereta tak ada tak bayar hutang Rumah sederhana berhati tenang Tidur lena pencuri tak datang Tak dapat pindah bukan penghalang Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata Kalau hati sudah dimahkota Janji guru janji dikota Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta Jangan takut bila dikata Janji kita harus dikota Luput tidak diingat dikata.

Sunday, May 11, 2008

PLKN: Wajib periksa kesihatan?

BERA 10 Mei - Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti latihan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji dari segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan tersebut.

Pada masa ini, jelas beliau, setiap pelatih hanya disyaratkan menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

''Ekoran itu, kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 yang meninggal dunia selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak kelmarin.

Too Hui Min, 18, yang menjalani latihan di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baru, Selangor dilaporkan mengalami sakit perut ringan pada pukul 3 petang setelah makan nasi ayam di lapang sasar Jugra, Banting.

Dalam kes lain Khamis lalu, seramai 90 pelatih PLKN di Kem Jiwa Murni, Semanggol, Taiping, Perak dimasukkan ke Hospital Taiping kerana dipercayai menghidap demam serius akibat jangkiti virus yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Najib menegaskan, kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan PLKN hanya kerana timbulnya kes-kes berkenaan.

Jelas beliau, program itu telah berjalan dengan begitu terancang sejak beberapa tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya tidak dapat mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku kerana disebabkan faktor-faktor tertentu.

''Adakalanya sesuatu itu berlaku sebab ada pelatih kita ada penyakit sebelum dia mengikuti latihan PLKN dan secara kebetulan penyakit itu semakin teruk ketika berada dalam kem," katanya.

Saturday, May 10, 2008

Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan pelatih PLKN menelan kos tinggi

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata cadangan mewajibkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melakukan pemeriksaan penuh kesihatan akan menelan kos yang tinggi dan memerlukan kajian teliti. Katanya cadangan pemeriksaan kesihatan itu mungkin pilihan yang terbaik bagi mengetahui status kesihatan pelatih tetapi persoalan yang timbul adalah siapa yang akan menanggung kos berkenaan. “Siapakah yang akan menanggung kos itu.. ibu bapa? Mereka pasti akan mempersoalkannya jika kos itu dibebankan ke atas mereka. Kita kena lihat daripada segi kos dan kemampuan. Kami perlu menelitinya terlebih dulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan klinik pesakit luar pertama Pusat Perubatan Sunway di Damansara hari ni.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil mencadangkan para pelatih PLKN menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengelakkan kes kematian mengejut semasa mengikut latihan ekoran beberapa kematian pelatih PLKN yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Sehingga hari ini, sebanyak 16 kematian pelatih PLKN direkodkan dengan yang terbaru adalah kematian pelatih berumur 18 tahun, Too Hui Min beberapa jam selepas mengadu sakit perut di Kem Geo Kosmo pada Rabu lalu. Pada masa ini, pelatih PLKN hanya dikehendaki mengisi borang pengisytiharan diri mengenai status kesihatan mereka.

Liow berkata kementerian tidak mempunyai rancangan mewujudkan klinik di setiap kem PLKN kerana pasukan perubatan sedia ada mencukupi.

“Terdapat dua hingga empat pembantu perubatan di setiap kem yang dilengkapi dengan perubatan, yang statusnya adalah setaraf klinik desa. Pegawai Perubatan telah mengarahkan jika timbul sebarang masalah, mereka perlu menghantar ke hospital dengan segera,” katanya. Dalam perkembangan lain, Liow yang juga Ketua Pemuda MCA, berkata Perlembagaan Persekutuan adalah rujukan terbaik terhadap sebarang pertikaian undang-undang dan hak rakyat. Sambil menyatakan perlembagaan melindungi setiap individu termasuk raja-raja dan tiada siapa yang boleh menyalahgunakan atau tidak menghormati Perlembagaan, Liow berkata : “Saya rasa merujuk kepada Perlembagaan adalah langkah terbaik kerana ia menjaga semua orang termasuk raja-raja.” Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam hal pentadbiran kerajaan negeri berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. - Bernama

Syarat wajibkan bakal pelatih PLKN jalani pemeriksaan kesihatan dikaji, kata Najib

BERA: Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti program itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji daripada segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan itu. "Pada masa ini setiap pelatih hanya di syarat menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

"Kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak, pada Khamis. Too Hui Min, 18, yang menjalani latihan di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baharu, dilaporkan mengalami sakit perut pada 3 petang selepas makan nasi ayam di lapang sasar Jugra, Banting.

Dalam kes lain, seramai 90 pelatih PLKN di Kem Jiwa Murni, Semanggol, Taiping, Perak dimasukkan ke Hospital Taiping kerana dipercayai menghidap demam serius dipercayai akibat dijangkiti virus yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya PLKN dihentikan, Najib berkata kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan PLKN hanya kerana timbulnya kes-kes berkenaan. Beliau berkata program itu telah berjalan dengan begitu terancang sejak beberapa tahun lepas dan membabitkan banyak pihak. "Adakalanya sesuatu itu berlaku sebab ada pelatih kita ada penyakit sebelum dia mengikuti latihan PLKN dan secara kebetulan penyakit itu semakin teruk ketika berada dalam kem,” katanya. - Bernama

Monday, May 5, 2008

Peraturan Kem , Ketat Vs Longgar

Selepas berakhir pertandingan sukan air zon G di kelantan baru baru ini, saya di tanya oleh para pelatih saya berkenaan peraturan kem. Dialognya lebih kurng macam ne lah "cikgu kenapa peraturan kem kita ne ketat sangat??? kem kem (pelatih Kem) lain yang kami jumpa baru ne pun tak seteruk kem kita?? tak best la cikgu.kem lai relex je.."

Bertubi tubi soalan di tujukan kepada saya, masing melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pentadbiran di kem ini (KLCC)

Sambil tersenyum saya terus bertanyakan kepada mereka "Dari mana kamu semua dapat tahu yang kem kita ne, kem yang paling ketat plak?? "Ala..cikgu..kami dah tanya semua pelatih pelatih kem lain, mereka semua bebas. Pakaian boleh pakai pakaian bebas..nak pergi ke dewan makan ke..ke kelas ke..mereka tak perlu berbaris.

Hukuman pun ringan je..paling paling berat pun kalau dapat tangkap hisap rokok, kena ketuk ketampi 10x je..tapi kita kita sini %#@#@....

"Emm...ye eh? jadi kamu pun nak macam tu lah??" Ye la cikgu...baru best.!!! Boleh..kita boleh buat macam tu tapi bagi cikgu la kan, kalau hukum macam tu, macam mana kami nak didik kamu?? dengan keadaan peraturan kem kita yang ketat ne pun kamu dah buat macam macam masalah, kalau longgar macam tu lagi la dan satu lagi kalau merokok dalam kem, hukumanya ketuk ketampi 10x je, kalau saya jadi kamu la kan..saya akan hisap 10 batang sekali! siap hisap depan cikgu2 lagi. Ye la..ape nak takut setakat ketuk ketampi 100x je. Budak sekolah rendah boleh buat.. betul x?? "Betul...(Em! tau pun.. :) )"

" Ok, cikgu nak tanya secara jujur la..kamu semua rasa yang mana lebih baik untuk mendidik kamu? beri kelonggaran seperti yang kamu sebut tadi ke..atau peraturan ketat dan tegas untuk mendisiplinkan kamu??? Sebab bagi saya PLKN ne bukanya tempat berbulan madu..tapi untuk membentuk dan membina disiplin kamu semua. So macam mana??? "

"Baik macam ne cikgu..." Em..taupun! so itu la jawapanye kenapa kami buat macam ne. Kami boleh buat xkisah..buat lembut2 dan xpedulikan disiplin kamu, kami tetap dapat gaji..tapi untuk apa??? untuk lepaskan tanggungjawab??? untuk lihat bangsa kami MENJAHANAM kan diri mereka sendiri??

Tidak!! itu bukan kami..walaupun kami sentiasa berada dalam risiko di jadikan tempat untuk dilemparkan segala tuduhan atas apa yang berlaku dan risiko dibuang kerja pada bila bila masa sahaja. InsyaAllah...kami akan tetap lakukan, bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk MALAYSIA..NEGARA yang Kami CINTAI..

Kami berdoa dan berharap, agar bila kamu semua keluar dari sini (PLKN) kamu boleh menjadi seorang yang berguna kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Wassalam...

Sah selamat, kem dibuka semula

RAWANG 4 Mei - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kubena di Sipitang, Sabah yang ditutup sementara akibat tanah runtuh hanya akan dibuka semula setelah ia disahkan selamat.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, Timbalannya, Jamaluddin Masrin akan melawat kem itu bagi kali kedua bagi melihat perkembangan kerja-kerja penambakan.

''Jamaluddin akan melawat kem itu sekali lagi dan kalau sesuai, kita akan masukkan pelatih bagi siri berikutnya tetapi kalau masih tidak selamat, kita akan tangguh kemasukan pelatih ke kem itu,'' katanya ketika ditemui di Kem PLKN Temasya Rimba Templer di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Kem PLKN Kubena di Sipitang yang berlaku pada pukul 10 malam, 23 April Rabu lalu, di kawasan jemuran pakaian yang agak jauh dari asrama pelatih.

Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah wang tunai RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari lapan kem di Selangor.

Menurutnya, hadiah RM100 itu diberikan kepada pelatih PLKN yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Katanya, pemberian hadiah itu menunjukkan ia bukan berorientasikan ketenteraan semata-mata tetapi program sokongan ketenteraan bersifat holistik dalam membina insan sempurna.

Beliau berkata, hadiah RM100 kepada pelatih yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2007 dilaksanakan dengan kerjasama Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

Abdul Hadi berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai cadangan Menterinya, Datuk Dr. Ng Yen Yen untuk memasukkan modul pengurusan diri dalam PLKN.

Katanya, perbincangan itu penting bagi memastikan tidak ada pertindihan modul berlaku memandangkan PLKN turut mempunyai program p

Kebajikan pelatih bekerja diutamakan

KUALA LUMPUR: Kebajikan remaja yang sudah bekerja dan dipilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi perhatian bagi mengelakkan mereka diberhentikan kerja selepas tamat latihan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata beliau menerima banyak aduan bekas pelatih yang mendakwa diberhentikan kerja kerana mengikuti latihan Khidmat Negara selama tiga bulan. “Setakat ini saya menerima lebih 10 panggilan dari bekas pelatih iaitu dari kumpulan ketiga yang hampir 50 peratus sudah bekerja.

“Saya akan mengadakan perbincangan bersama ahli MLKN bagi mengelakkan majikan memberhentikan pelatih yang sudah bekerja,” katanya kepada Berita Harian semalam. Lee berkata, Akta Latihan Khidmat Negara 2003, Seksyen 24 (1) mewajibkan majikan memberikan kebenaran kepada pekerja yang mengikuti PLKN cuti selama tiga bulan dan membayar gaji selama 30 hari. “Kita akan membincangkan pada mesyuarat 3 Jun ini supaya majikan membayar gaji pekerja yang mengikuti PLKN sehingga 60 hari berbanding 30 hari sebelum ini dan memastikan mereka tidak dibuang kerja selepas latihan tamat.

“Kita akan mengambil pandangan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan sebelum membuat sebarang pindaan. Jika akta itu selesai dibincangkan dan perlu dipinda, kami akan membawa usul kepada kerajaan,” katanya

JLKN timbang kursus pencarian identiti remaja

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mempertimbangkan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan kursus pencarian identiti remaja membabitkan pelatihnya bagi mengelakkan pertindihan dengan modul sedia ada.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pihaknya menyambut baik cadangan Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen dan berhasrat mengadakan perbincangan lanjut. “Ia (cadangan) itu sesuatu yang amat baik dan mungkin menjadi salah satu proses penambahbaikan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Kita akan berbincang mengenai pelaksanaannya bagi mengelakkan pertindihan dengan Modul Pembinaan Insan sedia ada, dan tempoh pelaksanaannya supaya ia tidak mengganggu program lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari tujuh kem di Selangor yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini, semalam. Katanya, sumbangan kerajaan dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd itu akan disampaikan kepada 1,567 pelatih yang mendapat keputusan 9A ke atas dalam peperiksaan SPM di seluruh negara, secara berperingkat.Jumaat lalu, Ng berkata, kementeriannya bercadang melaksanakan kursus Pembangunan dan Pengurusan Kehidupan Remaja membabitkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), hujung tahun ini.

Katanya, kursus itu yang memberi tumpuan kepada pencarian identiti remaja, pengisiannya secara positif, selain meningkatkan kemahiran dalam pengurusan diri, sudah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, pelatih yang tidak pulang ke rumah ketika cuti rehat selama enam hari bermula Khamis ini, akan dibawa melawat tempat menarik dalam jarak 100 kilometer dari kem masing-masing di seluruh negara. “Kita memberi peluang kepada mereka untuk bersiar-siar dengan syarat mereka dibawa oleh Komandan Kem dan tidak dibenarkan ke kawasan yang berisiko seperti hutan dan laut.

“Bagaimanapun, lawatan itu bersifat sehari dan hanya dua kali dalam tempoh enam hari itu. JLKN akan membiayai kos perjalanan manakala pengurusan kem perlu menanggung kos makan dan minum pelatih,” katanya.

Saturday, May 3, 2008

Pelatih PLKN diberi pelepasan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 5/2008 diberi pelepasan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam atau institusi pengajian tinggi (IPT) pada 5 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelepasan itu diberikan seminggu lebih awal sebelum mereka mula mendaftar ke Tingkatan Enam atau ke IPT yang akan bermula 12 Mei ini.

"Keputusan itu dibuat bagi memudahkan mereka membuat persiapan dan persediaan sebelum memulakan pengajian masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pelatih yang mendapat tawaran untuk memasuki Tingkatan Enam dan melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengemukakan salinan surat tawaran kepada kem komandan masing-masing.

Bagaimanapun, pelatih yang mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula perlu mengemukakan salinan surat tawaran dan salinan resit pembayaran pendaftaran pengajian.

Abdul Hadi berkata kesemua komandan PLKN diberi kuasa untuk melepaskan para pelatih berkenaan dan mereka dikira telah menjalani latihan sepenuhnya.

Katanya sijil tamat latihan akan dihantar kemudian.

— Bernama

Thursday, May 1, 2008

Program kendali senjata dapat sambutan

Peserta PLKN membuat latihan menembak di bawah kendalian jurulatih di majlis Latihan Pengendalian Senjata Kecil Colt M-16 di Pulada, Ulu Tiram, kelmarin.

JOHOR BAHRU 30 April - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Teluk Sari, Endau, Mersing dekat sini mencatatkan pencapaian membanggakan apabila disertai 100 peratus pelatih kem tersebut dalam program pengendalian senjata Colt M-16.

Ketua Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pencapaian kem itu membanggakan memandangkan ia merupakan bukti keyakinan para ibu bapa terhadap modul latihan yang dijalankan.

"Bagi pengambilan sebelum ini, penyertaan modul latihan yang dijalankan hanya dapat melibatkan 96 serta 97 peratus daripada jumlah keseluruhan pelatih. Namun pada kali ini, Kem Teluk Sari berjaya mendapat penyertaan 100 peratus.

"Ini membuktikan penerimaan para ibu bapa semakin meningkat memandangkan penyertaan dalam latihan ini memerlukan kebenaran ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pengendalian Senjata Colt M-16 bagi Kumpulan 2 Siri 5/2008 PLKN di Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini hari ini.

Hadir sama Komandan Kem PLKN Teluk Sari, Mejar Rosli Jasman.

Bagi pengambilan terkini itu, Kem PLKN Teluk Sari menempatkan sejumlah 405 pelatih dengan kesemua mereka mendapat kebenaran ibu bapa untuk menjalani latihan pengendalian senjata.

Menurut Abdul Hadi, berdasarkan kajian yang dilakukan, latihan pengendalian senjata itu dapat meningkatkan daya keyakinan serta tahap disiplin pelatih PLKN.

"Sebelum ini, golongan ibu bapa kurang memahami matlamat latihan pengendalian senjata namun selepas penjelasan dilakukan, mereka faham mengenai manfaatnya," kata beliau.

Jelas beliau, pihaknya memastikan program latihan selama seminggu itu dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang berkepakaran dengan modul latihan merangkumi latihan teori di kem serta latihan praktikal di lapang sasar.

"Kami juga memastikan tahap keselamatan semasa latihan adalah pada tahap tertinggi dan penekanan turut diberikan agar mereka memahami undang-undang penggunaan senjata api," katanya.