Program Bantu Membantu Jana Wang

Saturday, October 25, 2008

JLKN nafi anak VIP dikecualikan PLKN

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. ''Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.

Friday, October 24, 2008

Fahami sejarah negara demi perpaduan

MELAKA 23 Okt. - Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini diminta agar terus bersatu kerana ia merupakan teras kepada tercapainya kemerdekaan dan kekuatan negara pada masa ini.

Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Raghavan berkata, keamanan yang dikecapi hari ini perlu dipertahankan bagi memastikan negeri dan negara dapat terus dibangunkan dan bergerak maju.

Menurutnya, sebarang masalah dan kekacauan yang berlaku baru-baru ini tidak sepatutnya timbul sekiranya seluruh rakyat bertanggungjawab memelihara perpaduan dalam diri masing-masing.

''Setiap daripada kita sudah berada di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lamanya dan kita bersama-sama telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sehingga kita berjaya mencapai kemerdekaan negara ke-51 pada tahun ini.

''Jadi, mengapa sekarang timbul banyak masalah dan pelbagai tuduhan diadakan pada masa ini, ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hamper makanan, duit raya kepada kira-kira 270 penghuni Rumah Kenangan Cheng sempena sambutan Deepavali di sini semalam.

Menurutnya, masalah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu menunjukkan kumpulan berkenaan tidak memahami sejarah dan kedudukan masyarakat negara ini yang berbilang kaum serta keturunan.

''Kalau mereka ini faham sejarah negara kita dengan betul, tidak akan timbul sebarang masalah.

''MIC negeri juga tidak setuju cara kekerasan, tunjuk perasan atau demonstrasi jalanan, banyak cara boleh diadakan untuk menyelesaikan sebarang masalah, kita boleh selesaikan dengan cara kekeluargaan," katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana kumpulan tertentu, beliau berkata, pihak terbabit yang menganjurkan demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan jelas tidak mempedulikan keamanan dan perpaduan kaum yang diamalkan oleh masyarakat negara ini.

''Mengapa perlu kita ikut cara yang tidak disukai oleh masyarakat.

''Ada yang kata cara mereka ini diterima dan disukai oleh sebilangan orang tetapi ini bukan cara terbaik dan bukan cara yang diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan berbeza kebudayaan," jelasnya.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, setiap warganya berperanan untuk menjaga dan mengekalkan perpaduan masyarakat yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.

''Agenda perpaduan perlu dijadikan keutamaan dan sentiasa dipelihara oleh semua masyarakat," katanya.

Ujar beliau, rakyat juga perlu ingat bahawa sebarang bentuk tindakan dan keputusan kerajaan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara ini.

Tambahnya, semangat 'satu bangsa satu negara' perlu dipupuk dengan memantapkan kecintaan untuk mempertahankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Thursday, October 16, 2008

Khabar Berita KLCC Dari Jauh

Setelah Selesai sessi kumpulan 3 Siri 5 2008 bagi para pelatih PLKN kem cheneh, sausana kem bali sunyi dan sepi. Kalau sebelum ini kem ini sentiasa kedengaran gelak tawa, teriakkan suara suara jurulatih dan pelatih hari ini ianya di selimuti dengan suasana sunyi, cuma kadang kadang hanya kedengaran suara suara ungas. Suasananya cukup berbeza...namun kenangan kenangan sepanjang pelatih berada di kem ini dari mula sampai sekarang ini semuanhya masih segar dalam ingatan. Kadang dikalangan cikgu2 dan staf kami selalu tersenyum bila mengenangkan peristiwa peristiwa lucu dan gelagak2 wira dan wira wati sepanjang berada disini. Semuanya cukup indah...dan ianya kan sentiasa terpahat dalam hati setiap pelatih dan cikgu2 dan staf. Kini, sementara menunggu ketibaan para pelatih kumpulan baru yang dijadualkan akan melapor diri pada tahun depan. Parta jurulatih akan membuat "In House Training" untuk memastikan kemantapan kemahiran setiap jurulatih. ____SeLaMat BeRlatih dan BeRkuRsUs DiUCapKan Kepada RakAn2 JuRulatih, SeMoga BerJaYa MenDiDiK Anak BaNgSa Menjadi SeOrang YAng Berguna Kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!_ Daripada Cikgu DiN Dari Jauh. :)

Tuesday, September 2, 2008

MALAYSIA TETAP DI HATI....

SEBAHAGIAN pelajar Malaysia dari beberapa buah universiti berarak menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51 di Melbourne, Australia, kelmarin. – Bernama

Walaupun berjauhan, namun semangat patriotik terhadap tanah air tercinta tetap kekal di hati rakyat Malaysia di perantauan.

Justeru para pelajar Malaysia dan rakan-rakan dari beberapa universiti di Melbourne telah menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51 di Dataran Persekutuan, Melbourne, Australia, kelmarin.

Mereka berarak sambil membawa bendera Jalur Gemilang dalam suasana meriah merayakan sambutan kemerdekaan yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan.

Majlis sambutan kemerdekaan tersebut telah dirasmikan oleh Atase Pendidikan Malaysia di Melbourne, Dr. Mohamed Ali Abdul Rahman.

Tuesday, August 19, 2008

Pendidikan seks di PLKN tahun depan

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata, modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN.

Modul itu dikenali sebagai 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' di mana skop pengajarannya merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.

"Kita harus memberi pengajaran dan pengenalan tentang aspek-aspek ini supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan memahami masalah yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2008 di sini hari ini.

Yen Yen berkata, kebanyakan remaja mendapat pengetahuan seks daripada saluran tidak rasmi misalnya daripada perbualan dengan kawan dan maklumat daripada Internet.

"Sesetengah maklumat ini kurang tepat," katanya.

Yen Yen berkata, kementerian bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan 'modul kebapaan' bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.

Menurut kajian, lelaki didapati tidak begitu mahir menghadapi tekanan hidup berbanding wanita.

"Mereka enggan meminta bantuan daripada pakar runding sebaliknya menyimpan emosi sendiri sehingga akhirnya membawa kesan negatif seperti menimbulkan pelbagai masalah sosial," katanya.

- Bernama

Monday, August 18, 2008

Sambutan merdeka ke-51 dingin

Tidak meriah... Masih banyak bangunan di sekitar Kuala Lumpur yang masih belum memasang Jalur Gemilang sedangkan sambutan kemuncak Bulan Kemerdekaan kali ke-51 hanya tinggal 13 hari sahaja lagi.– Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ

Tanggal 31 Bulan lapan 57 Hari yang mulia hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warganegara Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka Merdeka!.

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Itulah antara bait-bait lagu Allahyarham Sudirman Arshad yang sering meniti di bibir-bibir seluruh rakyat Malaysia apabila tiba sahaja sambutan Bulan Kemerdekaan.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-51.

Jika tahun lalu, kita dapat menyaksikan sambutan merdeka yang paling meriah memandangkan ia adalah ulang tahun yang ke-50 negara merdeka, namun pada tahun ini kelihatan banyak kekurangannya memandangkan baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa sambutan kemerdekaan hanya akan disambut secara sederhana berikutan langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan negara.

Jadi tidak hairanlah pemandangan di sekitar ibu kota hambar dan lesu tanpa kibaran megah Jalur Gemilang di bangunan-bangunan mahupun di kenderaan-kenderaan warga kota.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati masih banyak lagi bangunan-bangunan serta premis-premis yang masih belum memasang Jalur Gemilang.

Entah di mana silapnya hinggakan kemeriahan sambutan kemerdekaan yang sepatutnya disambut hujung bulan ini tidak begitu dirasakan.

Rata-rata bangunan di sekitar ibu kota masih belum mengibar dan menggantungkan Jalur Gemilang di bangunan mereka.

Tidak seperti tahun lalu di mana mereka lebih ‘ghairah’ menggantung Jalur Gemilang di setiap sudut bangunan mereka sehinggakan semangat sambutan tersebut dapat dilihat jelas.

Barangkali, memandangkan tahun lalu diadakan pertandingan bangunan hiasan tercantik menyebabkan pemilik-pemilik bangunan lebih bersemangat untuk menceriakan bangunan mereka.

Namun, tahun ini sebagai langkah penjimatan, tiada lagi sebarang pertandingan menghias bangunan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh mana-mana agensi.

Selain itu, tahun ini juga tiada lagi pemberian Jalur Gemilang secara percuma dalam kuantiti yang banyak kepada orang ramai dan pemilik-pemilik bangunan dan mereka diminta membelinya sendiri.

Mungkin disebabkan beberapa alasan tersebut menjadikan sambutan kemerdekaan pada kali ini hambar dan dingin.

Rata-rata warga kota yang ditemui menyatakan bahawa sambutan kemerdekaan kali ini kurang meriah memandangkan kurangnya kibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan besar serta deretan premis.

Selain itu, Jalur Gemilang juga tidak kelihatan dipasang di kenderaan-kenderaan awam mahupun persendirian.

Seorang warga kota yang ditemui, Wong Fu Nam, 36, berpendapat keadaan ekonomi negara yang sering berubah menjadikan faktor mengapa kehangatan kemerdekaan kurang menyengat pada kali ini.

“Disebabkan harga minyak naik, orang ramai lebih berminat mencari duit sara diri berbanding menyambut Bulan Kemerdekaan.

“Bukan itu sahaja, promosi bagi Bulan Kemerdekaan pada kali ini tidak sehangat daripada tahun sebelumnya,” kata pekerja di sebuah agensi pengiklanan itu.

Seorang lagi warga kota yang ditemui, Uma Permalu, 36, mengakui bahawa sambutan pada kali ini tidak meriah seperti tahun-tahun lalu.

“Kebanyakan kereta dan premis tidak mengibarkan Jalur Gemilang

“Saya juga tidak merasakan kehangatan dan aura Bulan Kemerdekaan, tidak seperti pada tahun sebelum ini sebelum bulan Ogos lagi sudah banyak promosi serta aktiviti yang menarik untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya.

Tambahnya, pada tahun sebelumnya, promosi bagi Bulan Kemerdekaan dibuat dua atau tiga bulan lebih awal dan suasana lebih meriah pada bulan Ogos.

“Namun, pada kali ini, sehingga ke hari ini tidak banyak promosi yang diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut,” katanya.

“Saya berasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mempromosikan acara-acara yang akan diadakan supaya warga kota lebih maklum tentang perkara tersebut.

“Selain itu, warga kota juga perlu memberi kerjasama untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan memasang Jalur Gemilang di kenderaan-kenderaan mereka,” jelasnya.

Bagi Muhammad Razi Ahmad, 28, sikap warga kota yang sering dimanjakan dengan pemberian Jalur Gemilang percuma menyebabkan mereka tidak mahu membelinya sendiri.

Menurutnya, sebagai rakyat yang bangga dengan negaranya, mereka perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membeli bendera tersebut bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan.

“Sambutan kemerdekaan disambut sekali setahun sahaja dan tiada salahnya kita membeli Jalur Gemilang untuk diletakkan di kediaman mahupun kenderaan.

“Rasanya harganya juga tidaklah berapa mahal jika dibandingkan dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita sebelum ini untuk mendapatkan kemerdekaan.

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dengan kemerdekaan negara yang telah mencapai tahun yang ke-51 ini,” tegasnya.

Seorang lagi pengguna, Hanim Zain, 42, berkata, warga kota tidak boleh menjadikan pelbagai alasan untuk tidak memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

“Pada pendapat saya, tiada lagi pemberian Jalur Gemilang secara percuma bukanlah alasan untuk warga kota untuk tidak meraikan hari kemerdekaan negara.

“Pada saya, sekiranya Jalur Gemilang tahun lalu masih boleh digunakan apa salahnya ia digunakan semula sekiranya tidak mahu membeli yang baru.

“Tanggal 31 Ogos adalah tarikh yang penting untuk negara, oleh itu warga kota perlulah menunjukkan rasa semangat serta rasa patriotik terhadap negara kita yang tercinta,” tegasnya.

Sunday, August 17, 2008

Latihan X-Wirajaya

Brmula pada hai ini, latihan wirajaya telah diadakan. selepas baris dan sarapan pagi, para pelatih terus berkumpul didewan makan untuk mendengar taklimat daripada ketua jurulatih fizikal. Cg toha dan jurulatih jurulatih yang lain untuk arahan yang seterusnya. Setelah misi pada hari ini dibaca.para pelatih terus bergerak kedestinasi kedestinasi yang telah ditetapkan dengan mengunakan kompas yang diberikan. Aktiviti navigasi kali ini berbeza dengan sebelum ini kerana kawasan yang akan dilalui oleh para pelatih adalah lebih dekat sedikit berbanding sebelum ini. Kawasannya meliputi sekitar tasik di kawasan luar kem dan kedalam kawasan hutan kelapa sawit. para pelatih di lepaskan di check point pertama pada pukul 8.30 pagi dan telah pun berakhir pada pukul 11.30 pagi tadi.memakan masa kira kira 3 jam.
Ketika artikel ini ditulis para pelatih masing masing sedang menyiapkan kemah kemah yang telah diberikan kepada mereka. Pada sebelah petang ini mereka akan dikehendaki menyiapkan/ memasak makanan mereka sendiri untuk makan malam. Pada sebelah malam pula, masa mereka akan di isi dengan pelbagai aktivi terutama sekali operasi mencari kelapa emas yang menjadi salah satu aktiviti wajib bagi aktiviti X-wirajaya. Latihan ini dijangka akan tamat pada sebelah petang esok.

Saturday, August 16, 2008

Pertukaran TKP Leftenan kamarulzaman

Pada malam rabu lepas bersamaan 13hb.08.08 majlis perpisahan tkp kamarulzaman telah diadakan sempena pertukaran tkp ke Wilayah Laut Satu (Marwila) yang telah dilantik sebagai setiausaha kepada panglima laut satu. Pertukaran ini sepatutnya berlaku 20hb. tetapi disebabkan setiausaha kepada panglima telah kenegara China maka beliau terpaksa berpindah ke Marwila lebih awal dari tarikh yang diberikan. Mengimbau kembali kedatangan leftenan Kamarulzaman ke Kem KLCC ini, beliau telah ditugaskan ke kem ini pada januari 2008, yang mana ketika itu kem KLCC berada dalam keadaan terumbang ambing kerana beberapa peristiwa yang telah berlaku. Diantaranya ialah berkenaan dengan kes kematian seorang pelatih iaitu arwah Mohamad Rafi dan masalah dalaman kem klcc. Setelah kedatangan beliau, masalah yang membelenggu kem klcc ketika itu dapat di selesaikan sedikit demi sedikit melalui kebijaksanaan dan ketegasan beliau terutama sekali berkaitan dengan masalah dalaman kem klcc. Banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada kem ini dan kepada para pelatih khasnya, terutamanya dari segi membentuk disiplin. Walaupun beliau berdepan dengan pelbagai risiko terhadap ketegasan beliau dalam membentuk disiplin, beliau tetap teruskan dan saya percaya semua ini beliau lakukan bukan kerana suka suka tetapi sebagai proses untuk membentuk disiplin dan jati diri anak bangsa Malaysia yag kita cintai ini dengan lebih berkesan. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada TKP leftenan Kamarulzaman bin Kamaruddin diatas sumbangan yang telah beliau berikan. Jasa dan budi baik tuan amat kami di KLCC ini hargai. Moga tuan akan terus maju dan berjaya pada masa akan datang. Ingatan Tulus Ikhlas _Daripada Jurulatih klcc_

Monday, July 14, 2008

Sex education for trainees soon

KUALA LUMPUR: Sex education will soon be part of the curriculum of the National Service Training Programme.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Dr Ng Yen Yen said emphasis would be given to reproductive healthcare and youth sexuality. She said the move was also to ensure better health for women, mothers and babies. She added that life-long quality reproductive health services, especially during pregnancies, could reduce fatalities during deliveries. "Maternity, obstetrics and family planning services are integral to reproductive healthcare. In this context, the role men play in family healthcare is equally important.
"Socio-economic development, especially in health and industrialisation, has led to a reduced mortality rate," she said in a statement in conjunction with World Population Day, yesterday. Dr Ng added although there were adequate reproductive healthcare facilities at government and private clinics and hospitals, there remained some hardcore poor who were deprived of the service. In conjunction with World Population Day 2008, the ministry is hosting a conference themed Youth and the Changing Demographics on Aug 18 and 19 here.

Saturday, July 12, 2008

Hilang bahasa, hilang budaya

Seluruh rakyat negara ini tidak boleh membiarkan satu pun bahasa ibunda di negara ini hilang baik daripada kelompok Melayu, China dan India mahupun lain-lain etnik dari Sabah dan Sarawak.


'SATU negara, satu bangsa dan satu bahasa' - itulah tiga perkara yang didukung oleh Indonesia pada tahun 1928 semasa republik itu melaungkan tuntutan kemerdekaan daripada penjajahan Belanda.

Coretan sejarah ini membuktikan bahawa betapa besar pengorbanan sesebuah bangsa mahupun negara dalam memperjuangkan dan memartabatkan bahasa yang menjadi identiti asli mereka.

Bah kata pepatah, 'biar mati anak, jangan mati adat'. Senario sama wujud bagi sebuah bahasa yang mencerminkan keunggulan sesuatu bangsa di mata dunia. Jika pupus pertuturan sesuatu bahasa maka hilanglah identiti bangsa tersebut.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong mengakui kenyataan ini bahawa bahasa terutamanya bahasa ibunda adalah satu komponen penting dalam melambangkan budaya masyarakat setempat.

"Bahasa ibunda didefinisikan sebagai bahasa yang diperkembangkan daripada ibu bapa secara tidak formal sewaktu kita mula belajar bercakap dan ia turut dikenali sebagai 'bahasa pertama'.

"Bahasa pertama tidak mengikut panduan tata bahasa atau struktur ayat dan sinonim dengan bahasa pasar. Bahasa pasar yang dipelajari oleh kanak-kanak akan berubah setelah meningkat dewasa apabila mereka mempelajari bahasa tersebut secara formal. Bahasa formal ini akan menjadi 'bahasa kedua' mereka," katanya.

Kok Seong berkata, masyarakat umum sedar akan kepentingan bahasa ibunda masing-masing. Walaupun banyak persidangan diadakan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa untuk memartabatkan keunggulan bahasa ibunda pelbagai etnik, namun senario kepupusan bahasa tidak dapat dielakkan.

"Apa yang lebih memilukan ialah pada permulaan tamadun manusia, terdapat kira-kira 10,000 bahasa di seluruh dunia tetapi peredaran masa membuatkan angka ini semakin berkurangan sehingga mencecah 6,000 bahasa pada hari ini.

"Bilangan itu akan terus berkurangan ketika dunia menjejaki penghujung abad ini dan dijangka jumlahnya akan tinggal 3,000 sahaja. Jika dilihat pada kaca mata arus modenisasi, penyusutan bahasa bukan mendatangkan sebarang impak kepada perkembangan sains dan teknologi tetapi bagi seorang ahli bahasa, ia secara tidak langsung memupuskan perkembangan budaya dan etnik minoriti di dunia," katanya pada pertemuan khas bersama Kosmo! di UKM, Bangi baru-baru ini.

Kok Seong menegaskan, laungan para sasterawan dan pakar bahasa tempatan dalam memartabatkan bahasa ibunda harus disahut oleh masyarakat setempat terutamanya generasi muda.

"Ini kerana pembelajaran bahasa ibunda membantu mengeratkan silaturahim di antara kaum keluarga sekali gus memberi ruang kepada generasi muda mengenali keturunan serta memahami asal usul masing-masing.

"Dalam budaya masyarakat Melayu, China dan India, masing-masing kaum mempunyai 'pangkat' atau panggilan khusus dalam susur galur keluarga. Panggilan khas ini yang membuatkan budaya kita lebih unik berbanding budaya Barat yang tidak memiliki pangkat tersebut. Misalnya, Pak Long (Melayu), Ah Pek (Hokkein) dan Mama (India) dan sebagainya," jelasnya.

Ujarnya, panggilan khas ini akan mengajar generasi muda mengenai budaya hormat-menghormati di antara satu sama lain dan menyedarkan kepentingan nasab dalam keluarga serta naluri menjiwai keindahan bahasa ibunda masing-masing.

Tambahnya lagi, menyedari kepentingan dan peranan bahasa ibunda, UNESCO mengadakan sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa setiap tahun pada bulan Februari.

"UKM selaku institut pengajian tinggi awam nasional yang sentiasa berganding bahu memperjuangkan pemelihara bahasa kebangsaan dan kaum minoriti turut mengambil inisiatif buat julung kali menganjurkan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa di kampus UKM Bangi baru-baru ini.

"Sambutan ini diharap dapat menyedarkan warga UKM khususnya masyarakat umum tentang pentingnya bahasa ibunda masing-masing yang pada lazimnya merupakan bahasa minoriti. Sesungguhnya, bahasa-bahasa kecil ini perlu dipelihara dan dipupuk agar sejarah masyarakat Kedah atau Iban misalnya dapat dikenang bersama dengan ciptaan seni, karya sastera, pahlawan serta tokoh bangsa oleh generasi muda," katanya.


Kok Seong memberitahu, sempena acara penuh bermakna ini, para mahasiswa mengadakan pelbagai acara untuk menyebar dan mewariskan budaya melalui bahasa antaranya dendangan lagu, mendeklamasi sajak atau puisi, dan membuat persembahan drama serta tarian kebudayaan.

Beliau menyifatkan apabila sesebuah bahasa itu hilang maka hilanglah pertalian semula jadi dan simbolik antara penuturnya sama ada dengan sejarah mahupun segala macam pencapaian yang merupakan sebahagian daripada pemilikan komuniti.

"Penyerapan bahasa baru atau bahasa lain, setelah hilangnya bahasa ibunda walaupun komuniti berkenaan masih meneruskan budaya hidup seperti biasa tetapi sifat, nilai dan segala macam yang lain tentang komuniti berkenaan akan berubah untuk selama-lamanya.

"Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan dengan persekitaran budaya yang berbagai-bagai, sudah tentu keadaan ini merupakan persekitaran yang baik dalam membangunkan bangsa Malaysia multi etnik," jelasnya.

Kok Seong juga berkata, seluruh rakyat negara ini tidak boleh membiarkan satu pun bahasa di negara ini hilang baik daripada kelompok Melayu, China dan India mahupun lain-lain etnik dari Sabah dan Sarawak.

Saturday, July 5, 2008

HARI TERBUKA KEM PLKN CHENEH CEMERLANG

Pagi nanti, semua warga kem akan menyambut kedatangan para keluarga wira dan wirawati. Hari terbuka ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat untuk melihat suasana dan keadaan tempat latihan khidmat negara di seluruh nagara dengan lebih dekat. Pada hari ini juga orang ramai bukan sahaja dibenarkan melawat kawasan kem malah mereka juga berpeluang masuk ke tempat penginapan wira dan wirawati. Suasana hari terbuka di Kem Latihan Cheneh Cemerlang(KLCC) kali ini berbeza dengan hari terbuka sebelum ini. Kalau sebelum ini, banyak program disusun untuk menjadikan hari seperti ini lebih menyeronokkan, seperti aktiviti sukaneka, praduan2, aktiviti Kayak,bermain bot, Tali tinggi, luck draw dan tidak ketinggalan juga persembahan daripada para pelatih wira dan wirawati. Namun untuk hari terbuka kali ini, tidak ada aktiviti yang dijalankan, seperti hari lawatan keluarga biasa sahaja. Ini adalah berikaitan dengan beberapa peristiwa dan masalah yang tidak dapat dielakan melanda KLCC. Namun begitu, objektif hari terbuka kem untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang suasana dikem masih lagi dapat dicapai. Cuma kali ini suasananya sedikit suram.

Tuesday, July 1, 2008

Pemulihan keadaan di kem

Esok, pagi baris seperti biasa, pukul 7.00 pagi. Namun esok hari tiada aktiviti kelas cb dan fizikal yang akan diadakan. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pemulihan keadaan di kem. Sekiranya keadaan pulih seperti biasa, tiada lagi histeria dan sebagainya, lusa kelas akan start balik. tetapi sekiranya esok kejadian yang sama masih lagi berulang maka lusa pun aktiviti tidak akan dijalankan.

Sunday, June 29, 2008

Modul AKPK

Sabtu, 28 hb 6 2008. Modul pengurusan kewangan telah diadakan di dewan makan kem Kpcc. Penceramahnya en.samsul daripada pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit telah hadir untuk memberi ceramah. modul ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Objektif modul ini adalah untuk membantu dan mengajar para pelatih berkenaan dengan cara cara menguruskan wang dengan betul.

Hari Terbuka Kem

Pada hari sabtu depan bersamaan 7hb julai 2008 hari terbuka kem di seluruh negara akan diadakan. Pada hari itu semua di benarkan masuk ke kem untuk melihat dengan lebih dekat suasana di kem plkn. Pada hari itu juga ibu bapa dan keluarga di benarkan masuk ke dalam dorm tempat anak anak mereka menginap. buat masa sekarang ini masih belum ada apa apa aktiviti yang di rancang oleh pihak kem untuk memeriahkan hari tersebut. Mungkin dalam sehari dua lagi mesyuarat akan diadakan untuk membincangkan berkaitan dengan hari terbuka nanti.

Suasana Baru di Kem

Akhir akhir ini banyak perubahan yang berlaku di dalam kem klcc/kpcc, barang kali sama juga dengan kem kem yang lain. Setahu saya tindakan yang di buat ini adalah hasil daripada pihak JLKN yang menghantar memo / fex ke kem plkn seluruh negara dan juga melalui taklimat mereka kepada komandan komandan kem. sausana aktiviti di kem banyak menyaksikan perubahan. Jikalau dulu malam malam kita isikan ruang yang ada dengan aktiviti seperti tayangan video CB, filem filem berkenaan dengan perjuangan bangsa dan aktiviti melepaskan tension seperti KLCC idol dan lain lain tetapi suasana a kini jauh berubah. Malam, aktiviti tidak lagi dibenarkan. kalau hendak diadakan mesti menyediakan surat dan sebagainya.Begitu juga bertandingan pertandingan tradisi di KPCC semuanya diharamkan sama sekali kecuali kawat sahaja. (Road Relay, Kem bara Halangan.) Bukan itu sahaja, jurulatih juga terpaksa berada di dalam dilema. Kini jerit menjerit kepada pelatih juga tidak lagi di benarkan. Kalau buat, jurulatih akan dipanggil menghadap komandan dan berkemungkinan akan dikenakan tindaka disiplin. saya bukan bermaksud bahawa jurulatih perlu mengunakan kata kata kesat dan sebagainya untuk mendidik tetapi perlu diingat kadang kadang jerit menjerit perlu untuk menegaskan dan memaksa para pelatih mengikut peraturan. Bayangkalah kalau jurulatih hanya perlu bercakap dengan nada biasa untuk memberi penegasan, adakah ianya berkesan?? sekiranya pelatih hanya buat endah tak endah dengan arahan jurulatih di mana penegasanya??? boleh, kami jurulatih boleh buat macam tu, ibarat memberi arahan seperti melepas batuk di tangga je lah. sekadar ambil syarat, tetapi berkesan ke pelatih nanti jika dididik sebegini rupa??? Di KLCC suasana ini bermula semasa pertengahan kumpulan 2 lagi untuk percubaan dan kumpulan 3 ini peraturan ini dijalankan sepenuhnya. Mungkin ada pro dan kontranya...tetapi jika hendak dibandingkan PLKN dulu dan Sekarang secara peribadinya dari kebekesanan dan kemeriahan jauh lebih baik dulu.

Saturday, June 28, 2008

Start saving for your future

By EDWARD RAJENDRA

SET aside some money for yourself first when you get your pay cheque, that is the advice given by a chartered financial consultant so that you can retire as a millionaire.

K.H. Tan said the idea of “paying yourself first” was good and should start early in one's working life.

“Paying yourself first means before you settle the bills or spoil yourself on designer coffees, you set money aside for yourself. Now this isn't cash to splurge but cash to save for the future,” he said.

Tan, 38, added that many young executives who had attended his financial seminars felt it difficult to set money aside for themselves.

“Salary adjustments, increments and bonuses are earned. No matter how much you earn, you must force yourself to set aside an amount for retirement. If you don't do it, nobody else will,” he said at his recent I Can Be a Millionaire seminar.

However, Tan said: “Human nature makes it difficult as people think they don't have enough to pay themselves first because there's always something to spend the annual salary increase on.

“We advice many to start on a small sum instead of a ambitious sum.

“As income grows, increase the savings and to make the pay your self first effective, the process has to be automatic. Apply for an automatic bank transfer to take effect each time your income is credited to your account,” he added.

Tan's business partner P. Utama Raj strongly believes in the pay yourself idea and suggest that young executives request their employers transfer a fixed percentage of their income from their monthly pay to an investment portfolio.

“By doing so, the process becomes automatic and it makes it easier to hit that million ringgit mark due to the consistent monthly deposits and power of compounding interest,” he said.

Raj, 35, added that young executives must avoid incurring credit- card debts and spend wisely.

“One good approach to spend wisely is to use cash whenever possible.

“Being discipline does not mean a lack of a social life or depriving oneself of every shopping urge.

“We must keep our spending habits within reason thus exercising delayed gratification,” he said.

Women today more ED-ucated

By PAUL CHOO

KUALA LUMPUR: More women are seeking help on erectile dysfunction (ED) compared to men, according to andrologist Dr Mohd Ismail Tambi.

He said over the past few years more women had approached him for information on the condition.

“I am not surprised,” said the clinical andrologist.

“Whenever a woman’s partner has ED, she can relate to the problem.

“Ultimately, their ego could be seriously affected as well,” he said during a question-and-answer session at a forum on ED among men. It was organised by the National Population and Family Development Board (LPPKN).

Elaborating, Dr Mohd Ismail said women would question why their partners would, at some point in life, be unable to “get it up”.

He said that to certain extremes, they would wonder if they were no longer attractive or able to arouse their partners.

“In a worse-case scenario, if both husband and wife do not talk about it, the latter would even harbour thoughts that her husband was cheating on her because of the lack of interest in intercourse.

“These are just examples, but it is for such concerns that women have shown an increasing interest in ED, mainly because they want to help their other halves,” said Dr Mohd Ismail, who is also an adviser at LPPKN.

He said ego was the reason most men were reluctant to address the issue. It was, thus, important, he said, for women to understand their partners and encourage them to seek help.

“It has been said over and over again that ED can be treated and cured. A recent survey showed that some 3.8 million Malaysian men above the age of 40 have ED, not to mention those below that age,” he said.

He said that some women have even told him that their husbands were “once-a-month” men.

“When all is said and done, women should always remember that it is not their fault, and instead explore how their partner’s mindset works especially in their older age,” he said.

Wednesday, June 25, 2008

Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang

Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain. 3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan. 4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja. 5. Jangan bersikap pura-pura. 6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan. 7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain. 8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri. 9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri. 10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu. 11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik. 12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

Janji Pada Diri Sendiri...

Janji pada diri sendiri...tidak kira apa pun rintangan yang akan datang, tidak kira apa jua kegagalan yang akan kamu hadapi, JANGAN..JANGAN ...JANGAN sesekali putus asa! Sekiranya kamu terjumpa dengan sahaba karib kejayaan, iaitu kegagalan-usah risau. Kegagalan ialah perintis untuk mencapai kejayaan. Sebab itulah saya gelarkanya sebagai sahabat karib. Kamu mesti ingat, jarang jarang kali sesuatu kejayaan dicapai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan yang kamu temui, lagi hampir kejayaan kepada kamu. Jangan sesekali putus asa. Kejayaan mungkin sedang menunggu kamu disebalik kegagalan itu. Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak pengalaman yang kamu temui, lebih banyak ilmu yang dapat kamu pelajari. Kamu akan mempelajari lebih banyak ilmu daripada sesuatu kegagalan. Sekiranya menemui kegagalan, ubah cara kamu -jangan ikut cara yang sama, kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya.

Hari Ke-7 Modul 1

Alhamdulilah..hari ini dah masuk hari ke-7 Modul Pembinaan Karakter. Akhirnya hari ini berlalu macam semalam juga. Semua cikgu2 kat sini masing masing telah memberikan yang terbaik untuk para pelatih, cuma terpulang kepada diri pelatih sendiri samada hendak mengunakan apa yang telah diajar dan dikongsi ataupun tidak. Hari ke-7 ini adalah berkenaan dengan kreativiti. bila diingat2kan kembali berkenaan dengan hari seperti hari ini. Macam2 kenangan manis dan melucukan telah berlaku sepanjang berkhidmat sebagai jurulatih modul pembinaan Karakter ini di kem ini. Setiap kumpulan mempunyai keistimewaan masing masing, dengan telatah dan kelucuan mereka lah membuatkan kami jurulatih tetap tidak boring walaupun setiap kumpulan mengajar tentang perkara yang sama.

Sunday, June 22, 2008

Jawatan Pengerusi MLKN Lee Lam Thye berakhir hari ini

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye mengumumkan jawatan yang dipegang sejak Jun 2005 akan berakhir esok. Beliau turut mengumumkan untuk tidak memohon pelantikan semula sebagai Pengerusi MLKN dan keputusan itu sebenarnya sudah dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Menteri Pertahanan itu juga sudah menerima keputusan itu dan ia telah dimaklumkan kepada ahli majlis di dalam mesyuarat yang diadakan 3 Jun lepas. ''Saya sudah berkhidmat sejak menjadi Ahli Majlis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak tahun 2004. Sumbangan saya selama ini rasanya cukup dengan hasilnya," katanya. ''Selama lima tahun saya berkhidmat. Rasanya pengganti baru nanti dapat membawa PLKN ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di sini hari ini. Tambah Lam Thye, sebahagian tugas berat bersangkutan program pembangunan generasi muda negara menjadi cabaran utama dan paling mencabar untuk jawatan Pengerusi MLKN. ''Jawatan ini sangat mencabar. Melatih lebih 100,000 anak muda dalam masa tiga bulan benar-benar ujian untuk saya. ''Namun saya laksanakan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang amat tinggi," ujarnya. Oleh itu katanya, satu cadangan telah dibentangkan pada mesyuarat yang lalu untuk mengkaji semula pelaksanaan PLKN termasuk modul yang diajar di dalam kem. ''Cadangan itu sudah diterima. Seharusnya ia menjadi tangga untuk melihat program ini menjadi bertambah baik pada tahun-tahun akan datang," jelasnya. Sehubungan itu kata Lam Thye, beliau berharap PLKN akan menjadi satu program terbaik yang boleh membangunkan generasi muda negara. ''Program PLKN seharusnya diteruskan. Kejayaannya bergantung kepada sikap lebih prihatin, pengurusan terbaik selain kerjasama semua pihak," ujarnya.

Kerancunan Makanan

semalam, sabtu 21hb. terdapat kira kira belasan pelatih wira dan wirawati kem KPCC didapati keracunan makanan. Keracunan makanan ini di laporkan akibat dari makanan yang di makan pada hari jumaat bersamaan 20 hb. Mereka yang keracunan makanan dilaporkan mengalami muntah muntah dan sakit perut pada pagi sabtu. Mereka yang disyaki keracunan telah di bawa ke MEDIK kem untuk diperiksa dan kemudian yang teruk2 di hantar ke Hospital kemaman. sehingga hari ini, terdapat 3 orang wira wati yang berada di wad hospital. berikutan dengan kejadian ini, pihak hospital kemaman telah membuat lawatan mengejut ke dewan masak kem. Hasilnya pada hari ini dewan memasak telah diarahkan tutup sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut. Pagi tadi, semasa rehat dari kelas CB, pelatih di buat soal selidik berkenaan dengan makanan yang telah mereka makan. Buat masa sekarang, makanan untuk wira dan wirawati serta cikgu2 di masak di resort sebelah kem dan dapur masak kem masih lagi ditutup. Walau bagaimanapun, keadaan sekarang masih lagi terkawal dan kes ini masih berada dalam kawalan lagi. Harap2 masalah ini akan selesai secepat mungkin...dan mereka yang sakit cepat sembuh! Amin..

Sory lama tak update

akm, pertama sekali saya ingin minta maaf kepada para pengunjung blog ne yang semestinya nak tahu apa perkembangan terbaru di KPCC/KLCC n.kerana tiada berita terkini semenjak dua menjak ini. Semenjak bermula kumpulan 3 siri 5 sabtu lepas, banyak perkara perlu dibuat sehinggankan xsempat rasanya nak menulis. Bagi pengetahuan semua, kekuatan kump.3 siri 5 ini semasa mendaftar di kem sabtu lepas adalah seramai 198 0rang. Tetapi sehingga kini, setelah ditolak dengan pelatih yang mempunyai masalah kesihatan dan menyambung pelajaran kekuatan yang ada adalah dalam lingkungan 190 orang dan kekuatan ini mungkin akan berkurangan lagi kerana masih ada pelatih yang dalam proses penanguhan kerana sambung belajar. Kekuatan kumpulan ini jauh berbeza dengan kumpulan sebelum ini, kumpulan 2 siri 5 dan pastinya dengan pengurungan bilangan pelatih ini serba sdikit mengurangkan kemeriahan suasana di kem. Bagi wira, hanya 4 dorm saja digunakan iaitu dorm 3,4,5, dan 6 manakala wirawati dalam 2 dorm sahaja iaitu dorm 6 dan 7. cikgu2 dorm masih lagi di kekalkan.Kelas telah bermula pada hari selasa minggu lepas dengan modul yang pertama iaitu MODUL PEMBINAAN KARAKTER (CB) dan FIZIKAL.

Saturday, June 14, 2008

Kawan..

Kawan kawan Engkau dah selam ke dasar lautan Engkau dah teroka padatnya hutan Engkau tahu betapa tingginya awan Engkau pun tahu betapa hebatnya kuasa tuhan Kawan kawan.. Kenapalah nak lawan lawan Sampai sanggup nak tikam kawan Bukankah ita anak watan Sama sama nak maju kedepan Kawan kawan.. Banyaknya topeng yang engkau padankan Banyaknya hati kawan dah kau telan banyaknya harapan dan kau permainkan Banyaknya talam dah engkau wajah wajahkan Demi mencapai segala impian Hak kawan engkau dustakan Maruah kawan engkau telanjangkan " Kipas sakti " engkau pertaruhkan Kawan kawan Banyak perkara patut engkau risaukan Dari hanya tembolek sendiri engkau penuhkan Dan demi kawan kawan yang engkau perlekehkan ... nukilan 4p (kmp.1 Siri 5)

Friday, June 13, 2008

Pendaftaran Pelatih Baru

Bermula hari ini, jurulatih dari seluruh negara yang menjadi pengiring akan bertolak ke destinasi masing masing. Mereka akan bermalam di kem kem berdekatan dengan check point masing masing. Pada sebelah malam pula mereka akan di beri taklimat mengenai pergerakkan dan apa yang sepatutnya berlaku pada esok pagi. para pelatih Kump.3 Siri5 akan melapor diri pada sabtu 14 jun 2008. Bagi kem KPCC, pelatih daripada negeri Terengganu dijangka akan melapor diri pada sebelah pagi sekitar jam 11-12 tengah hari, manakala daripada Negeri Pahang sekitar jam 1-2 Petang dan Negeri Selangor sekitar jam 4-7 petang. Bagi kem KPCC ini, semua jurulatih dan pengurusan sudah diberi tugas masing masing. Semuanya menunggu ketibaan hari esok sahaja. Pelatih bagi kumpulan 3 yang aka melaporkan diri esok adalah sekitar 450 orang. Walaubagaimana pun di jangka hanya sekitar 200 orang lebih sahaja yang akan melaporkan diri.

Thursday, June 12, 2008

Tak faham sejarah punca hubungan etnik renggang

Oleh Faiza Zainudin

BERI PANDANGAN: Chandra (kiri), Mohammad Hashim dan Mohamed Jawhar (kanan) pada forum Islam dan Masa Depan Hubungan Antara Kaum di Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Pemimpin harus tunjuk teladan untuk rapatkan jurang antara kaum KUALA LUMPUR: Hubungan etnik yang rapat dan mesra antara masyarakat Islam dengan bukan Islam di Malaysia terhalang berikutan sebahagian besar masyarakat bukan Islam masih gagal memahami sejarah serta latar belakang negara. Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Prof Dr Chandra Muzaffar, berkata halangan itu wujud kerana mereka tidak mahu memahami, walaupun peruntukan perkara berkenaan seperti kedudukan agama Islam dan fungsi bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau berkata, keengganan mereka berbuat demikian boleh menimbulkan masalah kepada negara pada masa depan kerana rakyatnya tidak jujur antara pelbagai kaum.

" Walaupun sejarah negara boleh difahami dengan pelbagai cara, mereka tidak ikhlas (melaksanakannya), inilah masalah berlaku di Malaysia bila rakyat tidak jujur. "Bila sebut perkara berkaitan Islam, mereka takut dan menentang. Sikap ini perlu diubah untuk menjalin integrasi erat antara masyarakat pelbagai kaum," katanya ketika menyampaikan ceramah Islam dan Masa Depan Hubungan Antara Kaum di Malaysia, di sini, semalam.

Forum itu dipengerusikan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan, Prof Dr Mohammad Hashim Kamali dan Pengerusi yang juga CEO Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan. Chandra yang juga tokoh akademik dan reformis berkata, jurang antara masyarakat Islam dengan bukan Islam bertambah luas apabila umat Islam sendiri termasuk pemimpin tidak menunjuk teladan. Beliau berkata, selain itu, masyarakat Islam di negara ini berpecah belah mengikut ideologi politik mereka dengan parti Umno menampilkan identiti lebih mirip kepada kemelayuan dan Pas lebih Islam daripada Melayu. Katanya, keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam, tambahan pula jika ada pemimpin tidak bersikap telus dan rasuah.

Mengenai krisis makanan dan kenaikan harga minyak yang melanda dunia hari ini, beliau berkata, perkara itu boleh dielakkan sekiranya pemimpin kembali kepada ajaran Islam dengan tidak mengamalkan unsur riba.

Wednesday, June 11, 2008

Detik Detik Perpisahan kmp.2 siri 5 .7/6/08

Dewan Tempat Berkumpul , Pagi 7.30am. Bergerak keluar dari Kem tepat pukul 8.00 am.

Sunday, June 8, 2008

Majlis Penutup PLKN KPCC Kumpulan 2 Siri 5

Alhamdulilah, dengan jayanya majlis penutup Plkn bagi kumpulan 2 siri 5 ini telah berjaya di jalankan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Mohamad bin Said.Ini merupakan pertama kali majlis penutup di rasmikan oleh YAB. Bagi kumpulan 1 yang lepas prnutup dirasmikan oleh Panglima Laut bahagian logistik daripada MARWILA,kuantan. Majlis penutup kali ini di meriahkan lagi dengan paluan kompang yang dijemput khas oleh Kem Operator, en. Osman dan En. Wan sebagai pengurus. Selain itu, majlis juga diserikan dengan persembahan silat jemputan sebelum majlis bermula. Tepat pada pukul 9.30 majlis dirasmikan oleh YAB. Dimajlis ini juga penyampaian sijil cenderahati kepada penghulu wira/ti dan timbalan penghulu, wira/ti terbaik dan kompeni terbaik di berikan sebagai menghargai komitmen dan jasa yang telah mereka berikan.
Tahniah!! kepada haziq (penghulu), Natasya (penghulu wati), Bob (tim.penghulu), Ridhwan(wira terbaik), Nurul Aliaa(wirawati terbaik) dan kepada kompeni Alfa kerana jasa dan komitmen kamu semua. selain daripada itu juga, penyampain sijil kepada semua wira dan wirawati diberikan sebagai tanda tamat latihan. Akhir sekali sebelum majlis berakhir, YAB MB sempat meluangkan masa bergambar bersama sama pelatih sebagai kenang kenangan. Majlis penutup berakhir lebih kurang 11.30 pahi.

Wednesday, June 4, 2008

Hari Yang Memenatkan

Alhamdulilah..akhirnya tamat juga cuti. Hari ne hari pertama memulakan tugas setelah seminggu bercuti .Seminggu cuti rasa lama sangat, xsabar sabar rasanya nak balik ke kem ne nak jumpa wira wirawati. Hehe... Nampaknya ada dalam dua tiga hari maka tamatlah sudah latihan mereka dekat kem ne. Rasanya semacam cepat sangat masa berlalu. Baru semalam rasanya bersama sama jurulatih lain menyambut kedatangan mereka ke kem ne. Hari ne, tinggal sedikit masa lagi mereka akan meningalkan kami jurulatih dan kem ne untuk meneruskan kehidupan mereka. Em..kita abaikanlah cerita sedih ne sekejap. Apa yang nak dikongsikan disini ialah cerita hari ini.Hari ne memang hari yang memenatkan. Hari hari terakhir PLKN biasalah penuh dengan raptai penutup, cuma kali ini lebih memenatkan lagi sebab orang yang akan datang untuk merasmikan majlis penutup kali ini bukan orang sebarangan,YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Mat Said. Kepenatan kalau dilihat pada muka wira dan wirawati memang terserlah lah, Penat, mengantuk, letih semua ada. Sampai ramai yang tertido semasa raptai.Hehehe..penat sangat eh??? Tapi apasalahnya sekali sekala, tambah pula 2,3 hari lagi nak balik dah kan? Time ne jela yang ada untuk cikgu2 dan TKP denda lagipun sebelum ne pun dah banyak sangatdah rehat. Alhamdulilah...semua berjalan dengan lancar atas kerjasama semua. Tahniah! moga majlis penutup kali ini berjalan dengan lancafr dan berjaya . Tapiu sebelum tu jangan lupa, esok! Raptai penuh sekali lagi.hahaha... _______Hari yg penat dan mengembirakan____________

Monday, June 2, 2008

Pelatih PLKN diserang virus

KOTA TINGGI 1 Jun - Seramai 59 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Desaru Gerak Khas dekat sini dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dirawat kerana mengalami demam virus berjangkit.

Mereka yang terdiri daripada 25 lelaki dan 33 perempuan menerima rawatan di hospital itu sejak pukul 10 malam tadi.

Seorang pelatih, Mohd. Fakrullah Farrok, 18, berkata, dia mengalami panas badan sebaik sahaja pulang daripada Latihan Wira selama satu hari satu malam di hutan berhampiran kem PLKN itu.

"Kami percaya kami telah dijangkiti penyakit ini semasa membuat latihan dalam hutan. Selepas pulang daripada latihan kami mula terasa panas badan, sakit kepala, tekak, batuk, selesema dan muntah-muntah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di HKT di sini hari ini.

Para pelatih itu merupakan sebahagian daripada 405 pelatih dalam kumpulan dua siri 5/2008 di kem itu di Teluk Sari dekat sini.

Mereka menjalani latihan mulai 19 Mac lalu hingga 7 Jun ini.

Mohd. Fakrullah yang berasal dari Parit Sulong berkata, para pelatih kemudian memaklumkan kepada jurulatih mengenai keadaan mereka dan seterusnya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan mulai malam tadi.

Rakannya, Syafiq Senin, 18, dari Kampung Cheng, Melaka, berkata, pada mulanya dia bimbang dihidapi penyakit serius seperti denggi, namun pemeriksaan doktor mengesahkan ia hanya demam biasa.

"Kami bersyukur kerana ia tidak serius dan telah diberi rawatan segera. Terima kasih kepada jurulatih dan HKT," katanya.

Pelatih lain, Aidil Azmeer Sahadon, 18, memberitahu, sepanjang menjalani latihan di situ sejak dua bulan lalu belum pernah terdapat pelatih mengalami kejadian demam seperti itu.

Dia tidak menyangka masalah kesihatan itu boleh berlaku kerana persekitaran kem PLKN Desaru didapati dalam keadaan memuaskan dan bersih, malah semua pelatih berasa selamat ketika berada di situ.

"Keadaan sekitar kem memang bersih dan selesa, malah kami dijaga dengan baik," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamad Sadique yang turut melawat pelatih yang dirawat di HKT mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan HKT yang telah membuat tindakan segera merawat pelatih yang terlibat.

"Kesemua ibu bapa pelatih sudah pun dimaklumkan dan diharap mereka tidak berasa bimbang tentang kesihatan anak-anak," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai mengesahkan kesemua 59 pelatih tersebut dimasukkan ke hospital akibat demam virus dan bukannya demam denggi.

"Pelatih-pelatih ini mengalami jangkitan demam virus biasa yang turut mengakibatkan batuk dan selesema,'' katanya.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 38 orang daripada mereka telah dibenarkan keluar dari hospital manakala bakinya dijangka keluar dari hospital itu esok

Saturday, May 31, 2008

Pelatih PLKN kesal keracunan makanan berulang

SETIU 30 Mei - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Peladang Setiu Agro Resort di sini yang mengalami keracunan makanan semalam, menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang menakutkan kerana ia berlaku dua kali dalam tempoh seminggu.

Salah seorang pelatih, Nurul Fatin Abdul Hapida, 18, berkata, dia tidak menyangka mengalami keracunan makanan sebanyak dua kali sejak melaporkan diri di kem berkenaan pada Mac lalu.

Dia berkata, kejadian itu merupakan satu pengalaman yang amat menakutkan ketika mengikuti program berkenaan kerana bimbang mengalami penyakit lain pula.

''Sekarang saya bimbang dengan kejadian ini yang mungkin memberi kesan sampingan dan mewujudkan masalah kesihatan lain.

''Saya rasa sangat lemah dan tidak bermaya kali ini berbanding kejadian minggu lalu," katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh di Hospital Setiu di sini semalam.

Nurul Fatin yang berasal dari Rompin, Pahang berkata, dia telah mengambil makanan yang dihidangkan walaupun menyedari makanan itu berbau dan masam kerana lapar ketika itu.

''Nasib baik program ini tinggal seminggu lagi, jika tidak saya tak tahulah macam nak menanganinya," ujarnya

Seorang lagi pelatih, Nurul Aliah Mohd. Mat Ali, 18, memberitahu, dia sudah menjangka mengalami keracunan itu sekali lagi selepas perutnya sakit serta beberapa kali membuang air besar, sama seperti pada 22 Mei lalu.

''Saya bimbang ia berulang lagi tetapi apa yang kami harapkan pihak pengurusan kem lebih berhati-hati memilih pembekal makanan pada masa akan datang," katanya yang berasal dari Selangor.

Sebanyak 67 pelatih di kem berkenaan dikejarkan ke hospital semalam selepas dipercayai keracunan makanan setelah menikmati makan tengah hari kelmarin.

Lima hari sebelum itu lapan daripada pelatih kem tersebut juga telah dihantar ke hospital kerana kejadian yang sama.

Hari Cuti Yang Cukup Indah

Jumaat dan sabtu, hari hari yang amat dinanti nantikan oleh para pelatih. Biasanya kalau dan siap PT dan sarapan pagi. Tempat yang pertama sekali mereka tuju ialah bilik jurulatih. Kenapa?? sebab nak dapatkan hanset...Cikgu nak hanset...cikgu nak hanset...itulah kata kata yang akan cikgu cikgu dengar bila tiba hari jumaat dan sabtu.em,memang penuh lah kat depan pintu bilik cikgu cikgu. Tapi macam biasalah, nak hanset kena lah buat kerja dulu. Kena bersihkan dorm..bilik air dan kawasan sekitar dorm, bukan apa nak disiplinkan lagi mereka..hehe..an kalau nak tahu hari hari macam ne juga mereka akan menunjukkan sikap rajin yang amat luar biasa, kejap je semua siap.hahaha..cepat siap cepatla dapat hanset. Biasanya, dekat kem klcc ne, pelatih akan diberi hanset seawal jam 9.00 pagi dan hantar pukul 5.30 petang. pihak kem membuat peraturan seperti ini atas dasar keselamatan kerana melalui pengalaman sebelum ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku bila hanset lambat diserahkan. selamat mengunakan hanset...call dan mesej lah sepuas puasnya. Tapi jangan lupe... serah balik! Publish Post

Tuesday, May 20, 2008

12 cara tingkat harga diri

Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri . Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda .Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri . 1.Bina keyakinan diri . Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya,bukan sekadar berangan-angan kosong saja . 2.Dampangi orang lain Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia . 3.Elakkan diri daripada kesempurnaan Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi ,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda . 4.Jaga perawakan diri Perawakan diri menjadi satu factor kritikal dalam pembinana harga diri .Anda tidask perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetrapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri . 5.Dapatkan kerehatan Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda

Monday, May 19, 2008

Puisi : Janji Cikgu

Hidup seorang guru sungguh bahagia Terkenang jasa diluput tidak Tapi pena orang luar Bila berbicara soal guru Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah Siang pergi malam kerja Aku kata guru itu mudah Siang bergaji malam bahagia Pagi tak pernah rugi Malam tidurpun selesa Orang kata guru itu penat Gaji tak seberapa kerja berlambak Aku kata guru itu rehat Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat Ilmu yang dicurah tak dapat disekat Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan Setiap tahun muka sama setiap bulan Aku kata guru itu singguh riang Sekali berkata murid ketawa girang Bila berjaya murid terus menjulang Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi Aku kata guru itu "happy" Jasa bakti dipercayai Masuk kedalam hutan untuk berbakti Pada bangsa anak pertiwi Agak kelak menabur bakti Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah Orang berkereta mewah berbatunya rumah Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena Aku kata guru itu senang Kereta tak ada tak bayar hutang Rumah sederhana berhati tenang Tidur lena pencuri tak datang Tak dapat pindah bukan penghalang Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata Kalau hati sudah dimahkota Janji guru janji dikota Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta Jangan takut bila dikata Janji kita harus dikota Luput tidak diingat dikata.

Sunday, May 11, 2008

PLKN: Wajib periksa kesihatan?

BERA 10 Mei - Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti latihan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji dari segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan tersebut.

Pada masa ini, jelas beliau, setiap pelatih hanya disyaratkan menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

''Ekoran itu, kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 yang meninggal dunia selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak kelmarin.

Too Hui Min, 18, yang menjalani latihan di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baru, Selangor dilaporkan mengalami sakit perut ringan pada pukul 3 petang setelah makan nasi ayam di lapang sasar Jugra, Banting.

Dalam kes lain Khamis lalu, seramai 90 pelatih PLKN di Kem Jiwa Murni, Semanggol, Taiping, Perak dimasukkan ke Hospital Taiping kerana dipercayai menghidap demam serius akibat jangkiti virus yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Najib menegaskan, kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan PLKN hanya kerana timbulnya kes-kes berkenaan.

Jelas beliau, program itu telah berjalan dengan begitu terancang sejak beberapa tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya tidak dapat mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku kerana disebabkan faktor-faktor tertentu.

''Adakalanya sesuatu itu berlaku sebab ada pelatih kita ada penyakit sebelum dia mengikuti latihan PLKN dan secara kebetulan penyakit itu semakin teruk ketika berada dalam kem," katanya.

Saturday, May 10, 2008

Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan pelatih PLKN menelan kos tinggi

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata cadangan mewajibkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melakukan pemeriksaan penuh kesihatan akan menelan kos yang tinggi dan memerlukan kajian teliti. Katanya cadangan pemeriksaan kesihatan itu mungkin pilihan yang terbaik bagi mengetahui status kesihatan pelatih tetapi persoalan yang timbul adalah siapa yang akan menanggung kos berkenaan. “Siapakah yang akan menanggung kos itu.. ibu bapa? Mereka pasti akan mempersoalkannya jika kos itu dibebankan ke atas mereka. Kita kena lihat daripada segi kos dan kemampuan. Kami perlu menelitinya terlebih dulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan klinik pesakit luar pertama Pusat Perubatan Sunway di Damansara hari ni.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil mencadangkan para pelatih PLKN menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengelakkan kes kematian mengejut semasa mengikut latihan ekoran beberapa kematian pelatih PLKN yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Sehingga hari ini, sebanyak 16 kematian pelatih PLKN direkodkan dengan yang terbaru adalah kematian pelatih berumur 18 tahun, Too Hui Min beberapa jam selepas mengadu sakit perut di Kem Geo Kosmo pada Rabu lalu. Pada masa ini, pelatih PLKN hanya dikehendaki mengisi borang pengisytiharan diri mengenai status kesihatan mereka.

Liow berkata kementerian tidak mempunyai rancangan mewujudkan klinik di setiap kem PLKN kerana pasukan perubatan sedia ada mencukupi.

“Terdapat dua hingga empat pembantu perubatan di setiap kem yang dilengkapi dengan perubatan, yang statusnya adalah setaraf klinik desa. Pegawai Perubatan telah mengarahkan jika timbul sebarang masalah, mereka perlu menghantar ke hospital dengan segera,” katanya. Dalam perkembangan lain, Liow yang juga Ketua Pemuda MCA, berkata Perlembagaan Persekutuan adalah rujukan terbaik terhadap sebarang pertikaian undang-undang dan hak rakyat. Sambil menyatakan perlembagaan melindungi setiap individu termasuk raja-raja dan tiada siapa yang boleh menyalahgunakan atau tidak menghormati Perlembagaan, Liow berkata : “Saya rasa merujuk kepada Perlembagaan adalah langkah terbaik kerana ia menjaga semua orang termasuk raja-raja.” Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam hal pentadbiran kerajaan negeri berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. - Bernama

Syarat wajibkan bakal pelatih PLKN jalani pemeriksaan kesihatan dikaji, kata Najib

BERA: Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti program itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji daripada segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan itu. "Pada masa ini setiap pelatih hanya di syarat menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

"Kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak, pada Khamis. Too Hui Min, 18, yang menjalani latihan di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baharu, dilaporkan mengalami sakit perut pada 3 petang selepas makan nasi ayam di lapang sasar Jugra, Banting.

Dalam kes lain, seramai 90 pelatih PLKN di Kem Jiwa Murni, Semanggol, Taiping, Perak dimasukkan ke Hospital Taiping kerana dipercayai menghidap demam serius dipercayai akibat dijangkiti virus yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya PLKN dihentikan, Najib berkata kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan PLKN hanya kerana timbulnya kes-kes berkenaan. Beliau berkata program itu telah berjalan dengan begitu terancang sejak beberapa tahun lepas dan membabitkan banyak pihak. "Adakalanya sesuatu itu berlaku sebab ada pelatih kita ada penyakit sebelum dia mengikuti latihan PLKN dan secara kebetulan penyakit itu semakin teruk ketika berada dalam kem,” katanya. - Bernama

Monday, May 5, 2008

Peraturan Kem , Ketat Vs Longgar

Selepas berakhir pertandingan sukan air zon G di kelantan baru baru ini, saya di tanya oleh para pelatih saya berkenaan peraturan kem. Dialognya lebih kurng macam ne lah "cikgu kenapa peraturan kem kita ne ketat sangat??? kem kem (pelatih Kem) lain yang kami jumpa baru ne pun tak seteruk kem kita?? tak best la cikgu.kem lai relex je.."

Bertubi tubi soalan di tujukan kepada saya, masing melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pentadbiran di kem ini (KLCC)

Sambil tersenyum saya terus bertanyakan kepada mereka "Dari mana kamu semua dapat tahu yang kem kita ne, kem yang paling ketat plak?? "Ala..cikgu..kami dah tanya semua pelatih pelatih kem lain, mereka semua bebas. Pakaian boleh pakai pakaian bebas..nak pergi ke dewan makan ke..ke kelas ke..mereka tak perlu berbaris.

Hukuman pun ringan je..paling paling berat pun kalau dapat tangkap hisap rokok, kena ketuk ketampi 10x je..tapi kita kita sini %#@#@....

"Emm...ye eh? jadi kamu pun nak macam tu lah??" Ye la cikgu...baru best.!!! Boleh..kita boleh buat macam tu tapi bagi cikgu la kan, kalau hukum macam tu, macam mana kami nak didik kamu?? dengan keadaan peraturan kem kita yang ketat ne pun kamu dah buat macam macam masalah, kalau longgar macam tu lagi la dan satu lagi kalau merokok dalam kem, hukumanya ketuk ketampi 10x je, kalau saya jadi kamu la kan..saya akan hisap 10 batang sekali! siap hisap depan cikgu2 lagi. Ye la..ape nak takut setakat ketuk ketampi 100x je. Budak sekolah rendah boleh buat.. betul x?? "Betul...(Em! tau pun.. :) )"

" Ok, cikgu nak tanya secara jujur la..kamu semua rasa yang mana lebih baik untuk mendidik kamu? beri kelonggaran seperti yang kamu sebut tadi ke..atau peraturan ketat dan tegas untuk mendisiplinkan kamu??? Sebab bagi saya PLKN ne bukanya tempat berbulan madu..tapi untuk membentuk dan membina disiplin kamu semua. So macam mana??? "

"Baik macam ne cikgu..." Em..taupun! so itu la jawapanye kenapa kami buat macam ne. Kami boleh buat xkisah..buat lembut2 dan xpedulikan disiplin kamu, kami tetap dapat gaji..tapi untuk apa??? untuk lepaskan tanggungjawab??? untuk lihat bangsa kami MENJAHANAM kan diri mereka sendiri??

Tidak!! itu bukan kami..walaupun kami sentiasa berada dalam risiko di jadikan tempat untuk dilemparkan segala tuduhan atas apa yang berlaku dan risiko dibuang kerja pada bila bila masa sahaja. InsyaAllah...kami akan tetap lakukan, bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk MALAYSIA..NEGARA yang Kami CINTAI..

Kami berdoa dan berharap, agar bila kamu semua keluar dari sini (PLKN) kamu boleh menjadi seorang yang berguna kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Wassalam...

Sah selamat, kem dibuka semula

RAWANG 4 Mei - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kubena di Sipitang, Sabah yang ditutup sementara akibat tanah runtuh hanya akan dibuka semula setelah ia disahkan selamat.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, Timbalannya, Jamaluddin Masrin akan melawat kem itu bagi kali kedua bagi melihat perkembangan kerja-kerja penambakan.

''Jamaluddin akan melawat kem itu sekali lagi dan kalau sesuai, kita akan masukkan pelatih bagi siri berikutnya tetapi kalau masih tidak selamat, kita akan tangguh kemasukan pelatih ke kem itu,'' katanya ketika ditemui di Kem PLKN Temasya Rimba Templer di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Kem PLKN Kubena di Sipitang yang berlaku pada pukul 10 malam, 23 April Rabu lalu, di kawasan jemuran pakaian yang agak jauh dari asrama pelatih.

Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah wang tunai RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari lapan kem di Selangor.

Menurutnya, hadiah RM100 itu diberikan kepada pelatih PLKN yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Katanya, pemberian hadiah itu menunjukkan ia bukan berorientasikan ketenteraan semata-mata tetapi program sokongan ketenteraan bersifat holistik dalam membina insan sempurna.

Beliau berkata, hadiah RM100 kepada pelatih yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2007 dilaksanakan dengan kerjasama Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

Abdul Hadi berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai cadangan Menterinya, Datuk Dr. Ng Yen Yen untuk memasukkan modul pengurusan diri dalam PLKN.

Katanya, perbincangan itu penting bagi memastikan tidak ada pertindihan modul berlaku memandangkan PLKN turut mempunyai program p

Kebajikan pelatih bekerja diutamakan

KUALA LUMPUR: Kebajikan remaja yang sudah bekerja dan dipilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi perhatian bagi mengelakkan mereka diberhentikan kerja selepas tamat latihan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata beliau menerima banyak aduan bekas pelatih yang mendakwa diberhentikan kerja kerana mengikuti latihan Khidmat Negara selama tiga bulan. “Setakat ini saya menerima lebih 10 panggilan dari bekas pelatih iaitu dari kumpulan ketiga yang hampir 50 peratus sudah bekerja.

“Saya akan mengadakan perbincangan bersama ahli MLKN bagi mengelakkan majikan memberhentikan pelatih yang sudah bekerja,” katanya kepada Berita Harian semalam. Lee berkata, Akta Latihan Khidmat Negara 2003, Seksyen 24 (1) mewajibkan majikan memberikan kebenaran kepada pekerja yang mengikuti PLKN cuti selama tiga bulan dan membayar gaji selama 30 hari. “Kita akan membincangkan pada mesyuarat 3 Jun ini supaya majikan membayar gaji pekerja yang mengikuti PLKN sehingga 60 hari berbanding 30 hari sebelum ini dan memastikan mereka tidak dibuang kerja selepas latihan tamat.

“Kita akan mengambil pandangan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan sebelum membuat sebarang pindaan. Jika akta itu selesai dibincangkan dan perlu dipinda, kami akan membawa usul kepada kerajaan,” katanya

JLKN timbang kursus pencarian identiti remaja

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mempertimbangkan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan kursus pencarian identiti remaja membabitkan pelatihnya bagi mengelakkan pertindihan dengan modul sedia ada.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pihaknya menyambut baik cadangan Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen dan berhasrat mengadakan perbincangan lanjut. “Ia (cadangan) itu sesuatu yang amat baik dan mungkin menjadi salah satu proses penambahbaikan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Kita akan berbincang mengenai pelaksanaannya bagi mengelakkan pertindihan dengan Modul Pembinaan Insan sedia ada, dan tempoh pelaksanaannya supaya ia tidak mengganggu program lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari tujuh kem di Selangor yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini, semalam. Katanya, sumbangan kerajaan dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd itu akan disampaikan kepada 1,567 pelatih yang mendapat keputusan 9A ke atas dalam peperiksaan SPM di seluruh negara, secara berperingkat.Jumaat lalu, Ng berkata, kementeriannya bercadang melaksanakan kursus Pembangunan dan Pengurusan Kehidupan Remaja membabitkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), hujung tahun ini.

Katanya, kursus itu yang memberi tumpuan kepada pencarian identiti remaja, pengisiannya secara positif, selain meningkatkan kemahiran dalam pengurusan diri, sudah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, pelatih yang tidak pulang ke rumah ketika cuti rehat selama enam hari bermula Khamis ini, akan dibawa melawat tempat menarik dalam jarak 100 kilometer dari kem masing-masing di seluruh negara. “Kita memberi peluang kepada mereka untuk bersiar-siar dengan syarat mereka dibawa oleh Komandan Kem dan tidak dibenarkan ke kawasan yang berisiko seperti hutan dan laut.

“Bagaimanapun, lawatan itu bersifat sehari dan hanya dua kali dalam tempoh enam hari itu. JLKN akan membiayai kos perjalanan manakala pengurusan kem perlu menanggung kos makan dan minum pelatih,” katanya.

Saturday, May 3, 2008

Pelatih PLKN diberi pelepasan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 5/2008 diberi pelepasan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam atau institusi pengajian tinggi (IPT) pada 5 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelepasan itu diberikan seminggu lebih awal sebelum mereka mula mendaftar ke Tingkatan Enam atau ke IPT yang akan bermula 12 Mei ini.

"Keputusan itu dibuat bagi memudahkan mereka membuat persiapan dan persediaan sebelum memulakan pengajian masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pelatih yang mendapat tawaran untuk memasuki Tingkatan Enam dan melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengemukakan salinan surat tawaran kepada kem komandan masing-masing.

Bagaimanapun, pelatih yang mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula perlu mengemukakan salinan surat tawaran dan salinan resit pembayaran pendaftaran pengajian.

Abdul Hadi berkata kesemua komandan PLKN diberi kuasa untuk melepaskan para pelatih berkenaan dan mereka dikira telah menjalani latihan sepenuhnya.

Katanya sijil tamat latihan akan dihantar kemudian.

— Bernama

Thursday, May 1, 2008

Program kendali senjata dapat sambutan

Peserta PLKN membuat latihan menembak di bawah kendalian jurulatih di majlis Latihan Pengendalian Senjata Kecil Colt M-16 di Pulada, Ulu Tiram, kelmarin.

JOHOR BAHRU 30 April - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Teluk Sari, Endau, Mersing dekat sini mencatatkan pencapaian membanggakan apabila disertai 100 peratus pelatih kem tersebut dalam program pengendalian senjata Colt M-16.

Ketua Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pencapaian kem itu membanggakan memandangkan ia merupakan bukti keyakinan para ibu bapa terhadap modul latihan yang dijalankan.

"Bagi pengambilan sebelum ini, penyertaan modul latihan yang dijalankan hanya dapat melibatkan 96 serta 97 peratus daripada jumlah keseluruhan pelatih. Namun pada kali ini, Kem Teluk Sari berjaya mendapat penyertaan 100 peratus.

"Ini membuktikan penerimaan para ibu bapa semakin meningkat memandangkan penyertaan dalam latihan ini memerlukan kebenaran ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pengendalian Senjata Colt M-16 bagi Kumpulan 2 Siri 5/2008 PLKN di Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini hari ini.

Hadir sama Komandan Kem PLKN Teluk Sari, Mejar Rosli Jasman.

Bagi pengambilan terkini itu, Kem PLKN Teluk Sari menempatkan sejumlah 405 pelatih dengan kesemua mereka mendapat kebenaran ibu bapa untuk menjalani latihan pengendalian senjata.

Menurut Abdul Hadi, berdasarkan kajian yang dilakukan, latihan pengendalian senjata itu dapat meningkatkan daya keyakinan serta tahap disiplin pelatih PLKN.

"Sebelum ini, golongan ibu bapa kurang memahami matlamat latihan pengendalian senjata namun selepas penjelasan dilakukan, mereka faham mengenai manfaatnya," kata beliau.

Jelas beliau, pihaknya memastikan program latihan selama seminggu itu dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang berkepakaran dengan modul latihan merangkumi latihan teori di kem serta latihan praktikal di lapang sasar.

"Kami juga memastikan tahap keselamatan semasa latihan adalah pada tahap tertinggi dan penekanan turut diberikan agar mereka memahami undang-undang penggunaan senjata api," katanya.

Wednesday, April 30, 2008

Tip menjadi terkenal dikalangan Teman

Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakananda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan: Aktif dengan pelbagai aktiviti Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai. Menjadi seorang yang peramah Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja. Pendengar yang baik Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu. Jadilah diri kamu sendiri Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya. Hindari tekanan Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya. Peranan mata Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.

Monday, April 28, 2008

Iktibar pencari kerja baru

WALAUPUN ekonomi negara rancak dan penggunaan tenaga kerja warga asing kini melampaui dua juta orang, masih agak ramai anak-anak muda lulusan menara gading tidak berkemampuan menjawat jawatan setaraf dengan kelulusan mereka.

Antara faktor utama keadaan ini berpanjangan ialah kelemahan graduan menguasai soft skills yang amat perlu untuk berjaya di alam kerjaya. Majikan mendapati mereka agak lemah dalam mengutarakan pandangan dengan bernas dan memiliki tahap komunikasi yang serba kekurangan. Kekurangan ini bukan saja terserlah semasa temu duga tetapi berlarutan ke tempat kerja baru.

Buku bertajuk Petua Mendapatkan Pekerjaan Pertama Anda yang diterbitkan oleh True Wealth Sdn. Bhd. berusaha untuk membantu golongan graduan dan pencari kerja baru memahami selok-belok proses mencari pekerjaan dengan lebih baik.

Buku setebal 158 muka surat ini ditulis oleh Omar Ariff bin Omar Farouk, seorang pengamal Sumber Manusia yang berpengalaman selama hampir dua puluh tahun menemu duga beratus-ratus calon untuk pelbagai jenis jawatan.

Bab pertama buku ini menyingkap secara sepintas lalu proses pengambilan pekerja yang umum bermula dari kekosongan jawatan sehinggalah seseorang calon yang terpilih melapor diri ke tempat pekerjaan baru.

Beberapa contoh jenis iklan jawatan kosong dikongsi bersama pembaca untuk memberikan kefahaman mengenai maksud dan tujuan syarikat-syarikat yang menyiarkan iklan-iklan berkenaan.

Di dalam bab kedua penulis mengupas mengenai cara-cara menulis resume dan surat iringan yang berkesan. Matlamat menyediakan kedua-dua dokumen hanyalah satu yakni untuk "meyakinkan seseorang majikan bahawa pemohon berkenaan adalah calon paling berkemampuan bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada."

Persediaan Persiapan menghadapi temu duga dibincangkan di dalam bab ketiga. Melakukan persediaan seperti mendapatkan maklumat mengenai syarikat dan jawatan, merancang perjalanan ke tempat temu duga, penampilan jasmani diri calon dan hal-hal yang perlu diketahui sewaktu mengisi borang permohonan pekerjaan dikongsi bersama.

Jenis-jenis perwatakan penemu duga yang mungkin ditemui seperti penyoal siasat, perealisasi kendiri, pemerhati dan profesional. diperjelaskan dalam bab berikutnya. Bab keempat menekankan betapa pentingnya membentuk tanggapan positif di mata penemuduga sebaik saja melangkah masuk ke bilik temu duga dan semasa temu duga berlangsung.

Bab kelima menyenaraikan sepuluh soalan yang lazim ditanya sewaktu temu duga seperti "Ceritakan pada saya mengenai diri kamu" (Tell me about yourself ). Contoh-contoh respons yang elok diberikan sebagai panduan kepada pembaca. Dimasukkan juga dengan jawapan-jawapan yang boleh menjejaskan peluang calon.

Ciri-ciri calon idaman yang dicari oleh majikan didedahkan di dalam bab keenam. Salah anggapan calon selepas temu duga seperti "Hanya calon-calon cemerlang saja akan berjaya" dikupas oleh penulis.

Beliau menceritakan juga apa yang dimaksudkan dengan keputusan temu duga, "Dalam Perhatian" atau "KIV". Pembaca diajak melakukan post mortem sekiranya tidak tersenarai sebagai calon yang berjaya dan merangka tindakan susulan.

Bab seterusnya mengupas mengenai proses yang bakal dilalui oleh calon yang ditawarkan pekerjaan. Fasal-fasal penting di dalam Surat Lantikan diperjelaskan supaya penerima benar-benar memahami erti yang dibawa oleh setiap klausa kontrak sebelum menandatangani di ruang persetujuan surat terbabit.

Diceritakan juga perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melapor diri dan apa yang bakal dilalui semasa hari pertama di tempat kerja baru.

Bab kelapan memuatkan sketsa dwi- bahasa tiga situasi temu duga untuk tatapan pembaca. Penulis berkongsi pengalamannya mencari pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi tahun 1980-an di dalam bab berikutnya.

Bab terakhir mengajak pembaca memikirkan tentang memilih kerjaya yang menepati cita-cita dan kehendak mereka. Buku ini diedarkan oleh MPH Bookstores pada harga RM29.90 senaskah. Penulis boleh dihubungi menerusi e-mel: omar.ariff@gmail.com.

Perjelaskan kekeliruan isu PTPTN

PERTAMA, jutaan ucapan terima kasih dan syabas kepada Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di atas kesudian beliau membuka mata meneliti masalah para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jumlah mereka bukan sedikit, malah akan bertambah pada masa hadapan, semuanya bergantung kepada PTPTN untuk meneruskan pembiayaan ke peringkat menara gading.

Memang merupakan satu tindakan yang tepat untuk menyelami permasalahan yang timbul, walaupun sedikit pada kadarnya. Walaupun, hanya tiga peratus pada kuantiti, tapi besar akibat dan kesan yang dihadapi oleh para peminjam justeru memberi imej kurang baik kepada kerajaan yang menaunginya.

Seingat-ingat penulis, Mohamed Khaled bukan orang pertama yang menabur janji manis tersebut, bahkan sebelum ini pengerusi badan itu sendiri pernah berjanji untuk merujuk perkara tersebut kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, satu tindakan yang boleh dianggap berhemah demi meleraikan syak wasangka peminjam yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam.

Namun, janji tinggal janji. Sebarang perkembangan atau jalan menuju ke arah itu langsung tidak kelihatan.

Beberapa kekeliruan dalam sistem pinjaman PTPTN ini mesti segera diperjelaskan. Masalah utama bukan berpunca tentang jumlah tiga peratus yang ditetapkan, tetapi yang menjadi masalah apabila ia didasarkan kepada 'baki semasa' akaun peminjam setiap tahun.

Hal inilah yang menjadi pokok permasalahan yang mana mungkin telah disalah anggap oleh sesetengah pihak sehingga menganggap sistem tersebut menjadi riba kerana jumlah tiga peratus tersebut.

Banyak pihak faham mengenai wang proses yang dimaksudkan oleh PTPTN, dan mereka maklum bahawa ia dibolehkan dalam Islam. Mana mungkin pada zaman yang serba canggih ini orang mahu memberikan perkhidmatan secara percuma. Tetapi, kerana tiga peratus didasarkan daripada jumlah baki semasa, ia menjadi sama seperti sistem yang digunakan oleh bank konvensional.

Jika PTPTN ikhlas mahu menyucikan sistem itu daripada sebarang perkara yang bertentangan dengan syarak, terangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang seluruh bentuk sistem yang diguna pakai dalam akad pinjaman ini dengan sejelas-jelasnya tanpa ada sebarang keciciran maklumat.

Kita tidak mahu Majlis Fatwa pula yang akan dipersalahkan di atas sebarang kekeliruan yang bakal timbul hasil daripada kecuaian memberi maklumat lengkap tersebut. Sahutlah tawaran Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersedia untuk membincangkan isu tersebut dalam Muzakarah yang bakal diadakan pada 5-7 Mei ini.

Elok kita rungkai segala kekusutan ini dengan cara baik dan bijaksana.