Program Bantu Membantu Jana Wang

Wednesday, April 30, 2008

Tip menjadi terkenal dikalangan Teman

Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakananda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan: Aktif dengan pelbagai aktiviti Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai. Menjadi seorang yang peramah Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja. Pendengar yang baik Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu. Jadilah diri kamu sendiri Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya. Hindari tekanan Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya. Peranan mata Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.

Monday, April 28, 2008

Iktibar pencari kerja baru

WALAUPUN ekonomi negara rancak dan penggunaan tenaga kerja warga asing kini melampaui dua juta orang, masih agak ramai anak-anak muda lulusan menara gading tidak berkemampuan menjawat jawatan setaraf dengan kelulusan mereka.

Antara faktor utama keadaan ini berpanjangan ialah kelemahan graduan menguasai soft skills yang amat perlu untuk berjaya di alam kerjaya. Majikan mendapati mereka agak lemah dalam mengutarakan pandangan dengan bernas dan memiliki tahap komunikasi yang serba kekurangan. Kekurangan ini bukan saja terserlah semasa temu duga tetapi berlarutan ke tempat kerja baru.

Buku bertajuk Petua Mendapatkan Pekerjaan Pertama Anda yang diterbitkan oleh True Wealth Sdn. Bhd. berusaha untuk membantu golongan graduan dan pencari kerja baru memahami selok-belok proses mencari pekerjaan dengan lebih baik.

Buku setebal 158 muka surat ini ditulis oleh Omar Ariff bin Omar Farouk, seorang pengamal Sumber Manusia yang berpengalaman selama hampir dua puluh tahun menemu duga beratus-ratus calon untuk pelbagai jenis jawatan.

Bab pertama buku ini menyingkap secara sepintas lalu proses pengambilan pekerja yang umum bermula dari kekosongan jawatan sehinggalah seseorang calon yang terpilih melapor diri ke tempat pekerjaan baru.

Beberapa contoh jenis iklan jawatan kosong dikongsi bersama pembaca untuk memberikan kefahaman mengenai maksud dan tujuan syarikat-syarikat yang menyiarkan iklan-iklan berkenaan.

Di dalam bab kedua penulis mengupas mengenai cara-cara menulis resume dan surat iringan yang berkesan. Matlamat menyediakan kedua-dua dokumen hanyalah satu yakni untuk "meyakinkan seseorang majikan bahawa pemohon berkenaan adalah calon paling berkemampuan bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada."

Persediaan Persiapan menghadapi temu duga dibincangkan di dalam bab ketiga. Melakukan persediaan seperti mendapatkan maklumat mengenai syarikat dan jawatan, merancang perjalanan ke tempat temu duga, penampilan jasmani diri calon dan hal-hal yang perlu diketahui sewaktu mengisi borang permohonan pekerjaan dikongsi bersama.

Jenis-jenis perwatakan penemu duga yang mungkin ditemui seperti penyoal siasat, perealisasi kendiri, pemerhati dan profesional. diperjelaskan dalam bab berikutnya. Bab keempat menekankan betapa pentingnya membentuk tanggapan positif di mata penemuduga sebaik saja melangkah masuk ke bilik temu duga dan semasa temu duga berlangsung.

Bab kelima menyenaraikan sepuluh soalan yang lazim ditanya sewaktu temu duga seperti "Ceritakan pada saya mengenai diri kamu" (Tell me about yourself ). Contoh-contoh respons yang elok diberikan sebagai panduan kepada pembaca. Dimasukkan juga dengan jawapan-jawapan yang boleh menjejaskan peluang calon.

Ciri-ciri calon idaman yang dicari oleh majikan didedahkan di dalam bab keenam. Salah anggapan calon selepas temu duga seperti "Hanya calon-calon cemerlang saja akan berjaya" dikupas oleh penulis.

Beliau menceritakan juga apa yang dimaksudkan dengan keputusan temu duga, "Dalam Perhatian" atau "KIV". Pembaca diajak melakukan post mortem sekiranya tidak tersenarai sebagai calon yang berjaya dan merangka tindakan susulan.

Bab seterusnya mengupas mengenai proses yang bakal dilalui oleh calon yang ditawarkan pekerjaan. Fasal-fasal penting di dalam Surat Lantikan diperjelaskan supaya penerima benar-benar memahami erti yang dibawa oleh setiap klausa kontrak sebelum menandatangani di ruang persetujuan surat terbabit.

Diceritakan juga perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melapor diri dan apa yang bakal dilalui semasa hari pertama di tempat kerja baru.

Bab kelapan memuatkan sketsa dwi- bahasa tiga situasi temu duga untuk tatapan pembaca. Penulis berkongsi pengalamannya mencari pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi tahun 1980-an di dalam bab berikutnya.

Bab terakhir mengajak pembaca memikirkan tentang memilih kerjaya yang menepati cita-cita dan kehendak mereka. Buku ini diedarkan oleh MPH Bookstores pada harga RM29.90 senaskah. Penulis boleh dihubungi menerusi e-mel: omar.ariff@gmail.com.

Perjelaskan kekeliruan isu PTPTN

PERTAMA, jutaan ucapan terima kasih dan syabas kepada Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di atas kesudian beliau membuka mata meneliti masalah para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jumlah mereka bukan sedikit, malah akan bertambah pada masa hadapan, semuanya bergantung kepada PTPTN untuk meneruskan pembiayaan ke peringkat menara gading.

Memang merupakan satu tindakan yang tepat untuk menyelami permasalahan yang timbul, walaupun sedikit pada kadarnya. Walaupun, hanya tiga peratus pada kuantiti, tapi besar akibat dan kesan yang dihadapi oleh para peminjam justeru memberi imej kurang baik kepada kerajaan yang menaunginya.

Seingat-ingat penulis, Mohamed Khaled bukan orang pertama yang menabur janji manis tersebut, bahkan sebelum ini pengerusi badan itu sendiri pernah berjanji untuk merujuk perkara tersebut kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, satu tindakan yang boleh dianggap berhemah demi meleraikan syak wasangka peminjam yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam.

Namun, janji tinggal janji. Sebarang perkembangan atau jalan menuju ke arah itu langsung tidak kelihatan.

Beberapa kekeliruan dalam sistem pinjaman PTPTN ini mesti segera diperjelaskan. Masalah utama bukan berpunca tentang jumlah tiga peratus yang ditetapkan, tetapi yang menjadi masalah apabila ia didasarkan kepada 'baki semasa' akaun peminjam setiap tahun.

Hal inilah yang menjadi pokok permasalahan yang mana mungkin telah disalah anggap oleh sesetengah pihak sehingga menganggap sistem tersebut menjadi riba kerana jumlah tiga peratus tersebut.

Banyak pihak faham mengenai wang proses yang dimaksudkan oleh PTPTN, dan mereka maklum bahawa ia dibolehkan dalam Islam. Mana mungkin pada zaman yang serba canggih ini orang mahu memberikan perkhidmatan secara percuma. Tetapi, kerana tiga peratus didasarkan daripada jumlah baki semasa, ia menjadi sama seperti sistem yang digunakan oleh bank konvensional.

Jika PTPTN ikhlas mahu menyucikan sistem itu daripada sebarang perkara yang bertentangan dengan syarak, terangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang seluruh bentuk sistem yang diguna pakai dalam akad pinjaman ini dengan sejelas-jelasnya tanpa ada sebarang keciciran maklumat.

Kita tidak mahu Majlis Fatwa pula yang akan dipersalahkan di atas sebarang kekeliruan yang bakal timbul hasil daripada kecuaian memberi maklumat lengkap tersebut. Sahutlah tawaran Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersedia untuk membincangkan isu tersebut dalam Muzakarah yang bakal diadakan pada 5-7 Mei ini.

Elok kita rungkai segala kekusutan ini dengan cara baik dan bijaksana.

Berita PLKN

Penutupan Kem Kubena muktamad

Oleh Ramli Ibrahim

GENERASI PELAPIS: Abdul Hadi beramah mesra dengan pelatih PLKN Kem Etnobotani, dekat Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG: Keputusan menutup Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kubena di Sipitang, Sabah berikutan kejadian tanah runtuh tiga hari lalu adalah muktamad. Penutupan serta-merta berkuat kuasa kelmarin, bagi menjaga keselamatan pelatih daripada berdepan dengan risiko kejadian tidak diingini walaupun kejadian itu jauh daripada penempatan pelatih terbabit. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pengurusan kem itu tidak akan diberi peluang untuk membuat rayuan kerana JLKN sudah mengambil pendirian muktamad.

"Sebarang rayuan pengurusan kem itu mungkin hanya akan dipertimbangkan semula untuk penempatan pelatih bagi kumpulan ke tiga nanti, itu pun bergantung tahap keselamatan. Bagi 343 pelatih kumpulan dua yang sebelum ini ditempatkan di kem itu, mereka sudah dipindahkan ke tujuh kem lain serta-merta mulai kelmarin.

“Seramai 270 pelatih Sabah dan Sarawak ditempatkan di kem sekitar Sabah, manakala baki 73 pelatih dari Semenanjung dipindahkan ke kem sekitar Selangor menggunakan khidmat pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam kelmarin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kem PLKN Etonobotani, dekat sini, pagi semalam. Beliau mengulas perkembangan lanjut kejadian tanah runtuh di Kem PLKN Kubena di Sipitang, Sabah, yang menempatkan seramai 343 pelatih.

Kejadian tanah runtuh kawasan jemur pakaian tidak jauh dari asrama pelatih kem itu berlaku kira-kira jam 10 malam Rabu lalu dipercayai berpunca hujan lebat.

Abdul Hadi juga memberi amaran keras akan mengambil tindakan sama terhadap mana-mana kem PLKN di seluruh negara, jika keadaan keselamatan pelatih tidak memuaskan dan terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini. Oleh itu, katanya, pengurusan kem seluruh negara hendaklah melakukan pemantauan serta pembaikan segera jika berlaku sesuatu perkara yang yang dikhuatiri boleh menyebabkan kejadian tidak diingini terhadap pelatih. “Kita mengambil tindakan awal menutup mana-mana kem jika keadaan itu dikesan supaya segala urusan berkaitan latihan serta keselamatan pelatih terjamin,” katanya.

Sunday, April 27, 2008

Renungan bersama.

HIidup ini adalah anugerah Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan blog ini adalah sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan sesama kita dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi dan walaupun kita mampu mencipta sesuatu yang cukup hebat pada zaman ini tetapi dalam masa yang sama kita tiada nilai dan jati diri, it nothing!!

Friday, April 25, 2008

KLCC dalam kenangan..

Selamat Pagi semua... Alhamdulilah..di pagi yang cukup indah ini dapat lagi kita menghirup udara yang segar. Udara kat kem ini masih lagi seperti dulu, banyak kenangan kenangan yang indah2 dan lucu berputar di benak fikiran ini bila melihat sekitar kem ini. Mana tidaknya, hampir dua tahun dekat KLCC ini, sudah 6 kump. dah yang datang dan pergi. Setiap kump. masing masing dengan perangai yang berbeza beza dan semuanya masih segar dalam ingatan ini dan jurulatih jurulatih yang lain. Kadang kadang bila kami sesama jurulatih bersembang, kami akan sebut dan masing masing bercerita tentang gelagat dan telatah pelatih masing masing, sehingga membuatkan kami senyum dan tergelak mengenangkan apa yang telah berlaku. Walaupun semua itu telah lama berlaku dan semaking dilupakan, namun ia tetap segar dalam ingatan kami sebagai jurulatih disini. " semuanya akan datang dan pergi..namun kami tetap disini" Terima Kasih semua...kerana menjadi salah satu kenangan yang paling indah dalam hati ini! Kepada pelatih dan rakan jurulatih yang, pernah mencipta kenangan bersama sama suatu ketika dulu, dari saya, mewakili kawan kawan jurulatih disini, semoga berjaya dalam hidup dan menjadi seorang yang berguna kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara!!! Sebuah lagu kenang kenangan. Dengar Sini Teman Teman Kata kata Buat Panduan Kalau ada kesalahan Dalam Hati Jangan Simpan Ku Bicara Soal Teman Kata Kata Buat Ingatan Kita Kawan Jangan Lawan Sampai Masa Berjauhan Mengapa(Hoi) Terjadi Petemuan Oh Kerana Khidmat Negara Jurulatih Beri Bimbingan Untuk Kita Di Masa Depan Mengapa(hoi) Terjadi Perpisahan Oh kerana Sudah Takdir Tuhan Oh Kawanku Jangan Bimbang Kau kan Tetap Dalam Ingatan Cincin Emas Belah Rotan Bumi ini Kupertahankan Biar Jasad Tidak Berkapan Pantang Undur Anak Watan.. Moga Bertemu Semula...

Wednesday, April 23, 2008

PLKN: Pemeriksaan kesihatan diwajibkan

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

KUANTAN 22 April - Para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mungkin diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan terlebih dahulu sebelum diserapkan ke kem-kem latihan pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat.

''Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan untuk mengadakan penambahbaikan program yang disediakan dari semasa ke semasa.

''Memang ada cadangan tentang perkara ini tetapi kita perlu mendapatkan pandangan semua pihak," katanya kepada pemberita di Kem PLKN Cahaya Gemilang Cherating dekat sini hari ini.

Beliau ditanya kemungkinan sudah sampai masanya para pelatih PLKN diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan berikutan berlaku beberapa kes menyebabkan kematian akibat para pelatih enggan berterus terang tentang tahap kesihatan masing-masing.

Terdahulu, Abdul Hadi yang hadir sempena program motivasi dan latihan oleh ikon PLKN, Mejar Dr. Faiz Khaleed, melakukan flying fox sebagai suntikan semangat kepada para pelatih kem tersebut.

Turut melakukan aksi yang sama dengan jarak sejauh 100 meter dan ketinggian kira-kira 15 meter itu ialah Dr. Faiz serta Komandan kem, Leftenan Komander Mohd. Zailani Osman.

Seramai 429 pelatih kumpulan dua siri 5/2008 yang bermula 18 Mac lalu menjalani latihan di kem berkenaan termasuk anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Nurul Izzah Abdullah, 18.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, buat masa ini, para pelatih hanya perlu mengisytiharkan status kesihatan mereka melalui pemeriksaan kesihatan biasa yang dilakukan di kem-kem seluruh negara.

Pada masa sama, tegasnya, tidak adil menyalahkan JLKN atau PLKN jika timbul sebarang masalah kerana semua pihak bertanggungjawab memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.

''Ada kes pelatih PLKN yang sudah keluar lebih sebulan tetapi masih dikaitkan dengan kita. Bagi saya, tidak adil masyarakat menyalahkan program ini dengan apa sahaja yang berlaku," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, hasil kajian keberkesanan terbaru PLKN oleh pihak pengurusan ke atas 3,100 pelatih pelbagai kaum mendapati matlamat yang disasarkan tercapai.

''Kesimpulannya, rata-rata maklum balas tentang keberkesanan program yang diberikan oleh para pelatih tidak kurang daripada 90 peratus. Saya boleh katakan program ini sangat berkesan," kata beliau.

Sehubungan itu katanya, satu kajian lanjut dan lebih terperinci tentang keberkesanan program itu akan dilaksanakan dengan keputusan atau hasilnya kelak akan diumumkan kepada orang ramai.

''Kajian seumpama ini penting kerana ia merupakan asas kepada pihak jabatan merangka program-program pada masa akan datang," katanya.

JLKN cadang benarkan semua ibu bapa lawat kem

KLUANG 20 April - Bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bercadang membenarkan semua ibu bapa melawat pusat tersebut pada hari terbuka yang diadakan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah proaktif itu bagi membolehkan ibu bapa melihat secara dekat kemudahan, peralatan dan modul program pusat berkenaan.

Pada masa ini, ujar beliau, hari terbuka tersebut hanya dibuka kepada ibu bapa yang anaknya sudah berada di pusat itu.

"Kami yakin dengan membenarkan semua ibu bapa dan bakal peserta melihat sendiri suasana di pusat berkenaan sebelum dipilih memasuki pusat itu, ia akan memberi keyakinan kepada calon daripada segi mental untuk menyertai program yang bertujuan untuk membentuk siasah diri mereka secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hari Bertemu Keluarga di Kem PLKN Sembrong di sini hari ini yang turut dihadiri angkasawan negara, Mejar Dr. Mohd. Faiz Khaleed yang merupakan ikon PLKN.

Sehubungan ini, Lam Thye berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pengarah JLKN, Abdul Hadi Awang Kechil pada Jun ini.

Tindakan PLKN untuk mengadakan hari terbuka tersebut adalah hasil maklum balas dan sesi dialog dengan orang ramai khususnya, ibu bapa peserta terbabit yang sebelum ini menyatakan rasa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke institusi latihan tersebut.

"Kami yakin dengan adanya usaha ini, ia mampu memperbaiki kelemahan yang ada dan menerima pandangan daripada orang ramai.

"Kami yakin PLKN akan menjadi sebuah pusat latihan yang berdaya saing dan sentiasa relevan dalam apa juga keadaan," katanya.

Di samping itu, beliau juga menggesa para peserta supaya jujur menyatakan status kesihatan masing-masing sebelum menyertai latihan itu.

Lam Thye membuat gesaan tersebut berikutan kejadian seorang pelatih di Kemaman, Terengganu yang bersalin semasa menjalani program baru-baru ini.

"Kalau peserta hamil, mereka akan diberi penangguhan. Apa yang berlaku, peserta tidak jujur semasa mengisi borang kesihatan.

"Kita tidak mampu mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap setiap peserta. Malah, Kementerian Kesihatan pun tidak cukup tenaga untuk menguruskan perkara tersebut," katanya.

Katanya, peserta mesti jujur memberitahu mengenai status kesihatan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh latihan itu.

Friday, April 18, 2008

Bestnya cuti..

Alhamdulilah..Cuti juga akhirnya ( jumaat&sabtu), minggu ini rasa penat sangat. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Hari sabtu, 19 April 200, itu esk. Kami jurulatih jurulatih dan staf akan menyambut kedatangan paa keluarga pelatih untuk melawat anak anak kesayangan mereka dan kawasan sekitar kem. InsyaAllah.mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Bagi memeriahkan hari terba kem esok juga, banyak aktiviti aktiviti yang menarik akan diadakan untuk menyerikan lagi hari esok. Semalam, masing masing jurulatih sibuk dengan tugasan mereka, ada yang sibuk dengan melatih pelatih yang akan membuat persembahan tarian dan lakonan, ada yang sibuk mengeluarkan barang barang daripada logistik untuk persiapan dan semalam dengar kabor melalui radio rasmi KLCC ("Walkie Talkie") alat muzik dikir barat telah berjaya dipinjam dari felda cherul iaitu kampung yang tidak jauh dari kem KLCC. Terima Kasih kapada felda cherul kerana sering memberi bantuan dari segi peralatan dikir barat untuk program kem KLCC.Mudah mudahan kerjasama ini akan membawa berkat kepada kita semua. InsyaAllah... Berbalik kepada hari terbuka. JOm! kita sama sama memeriahkan hari yang dinanti nantikan ini. Pada esok hari juga saya dimaklumkan ramai pelatih pelatih yang lepas akan turut sama hadir ke kem ini. Datang untuk melepaskan rindu agaknya tu kot.hehe..orang kata.." Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain" Datang ramai ramai..hari terbuka ini memang untuk kita semua. Antara acara acara yang akan diadakan pada hari terbuka kli ini adalah:
  • Flying Fox
  • Kayak
  • Sukaneka
  • Persembahan tarian,lagu dan lakonan
  • Pameran galeri PLKN kem KLCC
  • Lawatan
  • Cabutan bertuah dan sebagainya.
kepada jurlatih dan staf..cas banyak2 energy ari ne.Bersemangat untuk esok...!!!! hehe.. Wassalam...

Wednesday, April 16, 2008

Bagaimana Masalah Menyelesaikan Masalah?

Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yg dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yg boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya.

Dah memang masalah. Nak buat macam mana?”

Biasa dengar begitu? Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yg menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji batu yg menghempap tetapi sebutir emas yg jatuh di atas kepala.

Benarkah masalah membuka peluang?

Lihat apa yg dilakukan oleh Thomas Edison. Dia ada masalah ketika hendah menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu, seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

Ketika semua orang kelaparan apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran haznira untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan mejualnya kepada rakan2. Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

Ketika Akmal ada masalah menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang dirumahnya tidak boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah diganti pada perkataan peluang ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan pelbagai idea yg tak terjangka oleh kita.
Fahami punca kenaikan Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN) seorang budak lelaki beratur untuk membeli beras yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan kepada kumpulan rakyat miskin di Manila. Filipina yang terjejas teruk akibat krisis bekalan makanan yang semakin meruncing mendesak satu mesyuarat peringkat menteri ASEAN diadakan bagi membincangkan masalah tersebut. - Reuters JIKA ramalan harga minyak mentah melonjak ke paras AS$118 (RM371.7) setong berakhir hujung bulan ini men- jadi kenyataan, krisis makanan global yang sedang menghimpit seluruh dunia ketika ini bakal bertambah parah. Ini kerana, harga minyak mentah seperti yang diketahui umum berkadar langsung dengan produktiviti pengeluaran bahan makanan terutama di negara-negara pengeluar yang sangat pesat sektor perindustriannya. Memandangkan krisis makanan global semakin menular ke rantau Asia, adalah penting untuk rakyat di negara ini memahami punca sebenar kegawatan yang melanda sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih buruk. Apatah lagi selepas kerajaan baru-baru ini mengumumkan stok beras negara terpaksa ditambah bagi menampung kekurangan bekalan bahan makanan itu ekoran bekalan yang ada hanya mencukupi bagi tempoh kira-kira tiga bulan sahaja. Jika sebelum ini, kenaikan harga barangan keperluan yang boleh dikatakan berlaku saban tahun lebih menjurus kepada isu domestik seperti penyeludupan dan pembekal menyorok barang, namun situasi terkini lebih berhubung kait kepada krisis makanan secara global. Kenaikan mendadak harga minyak yang turut memacu peningkatan harga barangan didorong oleh beberapa faktor antaranya fenomena tahunan yang mana meningkatnya kegunaan tenaga di negara-negara yang menyambut musim dingin seperti di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian daripada Asia. Krisis politik dan pergolakan berterusan terutamanya di Iran dan Iraq turut memberi tekanan kepada pengeluaran minyak mentah dan dalam keadaan yang amat terhad itu, ia turut mempengaruhi harga minyak keseluruhannya. Harga minyak juga terjejas berikutan spekulasi yang berlegar di pasaran antarabangsa termasuk kemungkinan AS me- nyerang Iran selain ketidaktentuan perhubungan diplomatik di antara Iran dan Turki. Dalam keadaan ekonomi AS yang semakin goyah berikutan lemahnya mata wang dolar berbanding euro ketika ini, harga minyak mentah juga makin menjerut pasaran dan dijangka terus meningkat. Sektor yang paling terkesan dengan kenaikan berterusan harga minyak ketika ini semestinya perindustrian dan pembuatan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga itu. Di negara-negara yang ekonominya berkembang sangat rancak terutamanya India dan China, peningkatan harga minyak tidak berupaya memperlahankan aktiviti perindustrian menyebabkan bekalan minyak lebih banyak tertumpu ke negara tersebut. Bagi menampung kos perbelanjaan minyak yang tinggi, China dan India yang kebetulan pula merupakan antara negara pengeluar utama beras dan gandum dunia terpaksa meningkatkan harga eksport bahan makanan itu. Kesannya, negara-negara yang bergantung kepada import makanan terutamanya dari kedua-dua negara itu turut terkena tempias kenaikan harga mi- nyak apabila terpaksa membayar harga bahan makanan yang lebih tinggi ber- banding sebelumnya. Mengikut rekod Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), harga kebanyakan bahan makanan global ketika ini meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007 dan di kalangan negara-negara yang lemah ekonominya, situasi ini boleh menyebabkan berlakunya inflasi. Keadaan itulah yang sedang ditanggung oleh rakyat di beberapa buah negara yang bergantung sepenuhnya kepada bahan makanan import dan paling kritikal ialah di Haiti, Maghribi dan Zim- babwe yang mana kadar inflasi di negara tersebut mencecah sehingga 100,000 peratus. MenyusutPerubahan cuaca yang ekstrem kesan pemanasan global yang semakin dirasai dunia lewat beberapa tahun kebelakangan ini menambah buruk krisis makanan apabila hasil tuaian di negara-negara pengeluar utama dunia semakin menyusut. Banjir besar yang berlaku di India, Chi- na dan Vietnam sedikit masa lalu misalnya, meranapkan sebahagian besar kawasan pertanian padi di negara-negara tersebut sekali gus menjejaskan stok bekalan beras dunia. Akibatnya, harga beras di pasaran antarabangsa melonjak sehingga 20 peratus awal tahun ini ekoran permintaan yang tinggi di sebalik bekalan yang terhad di negara-negara pengeluar. Thailand biarpun masih mampu bertahan daripada krisis bekalan beras yang menyusut bagaimanapun terpaksa berhati-hati apabila seluruh dunia kini mula memberikan tekanan kepada negara tersebut untuk meningkatkan import berasnya. Akibatnya, negara itu kini terpaksa menjual beras pada harga yang lebih tinggi dalam usaha memastikan stok bekalan beras mereka masih mampu menampung kegunaan domestik. Mengambil contoh salah satu jenis beras Thailand iaitu Thai 100 peratus B, harganya melonjak sehingga 68 peratus ke paras AS$546 (RM 1725.36) satu tan bulan lalu berbanding harga jualan pada Februari. Bencana alam turut menjejaskan bekalan tepung dunia apabila kemarau yang berpanjangan serta cuaca panas yang me- lampau menyebabkan ladang pertanian gandum di negara-negara pengeluar utama kering- kontang. China misalnya, yang merupakan negara pengimport gandum utama dunia dengan pengeluaran mencecah 100 juta tan setahun terpaksa mengurangkan im- port mereka apabila permintaan dalam negara semakin meningkat, kesan daripada perubahan gaya hidup masyarakatnya yang semakin mewah. Amerika dan Kanada yang berkongsi pengeluaran tepung sebanyak 80 juta tan setahun serta Australia (30 juta tan setahun) turut mengalami penyusutan hasil tuaian gandum apabila kebanyakan ladang di negara berkenaan tidak lagi subur. Jelaslah, krisis makanan global yang dihadapi dunia ketika ini merupakan cabaran yang getir untuk didepani bukan sahaja di kalangan negara maju, malah negara miskin yang bergantung kepada bekalan makanan daripada bantuan antarabangsa. Keadaan dirumitkan lagi apabila faktor cuaca dan iklim yang sememangnya di luar kawalan manusia turut menyumbang sama kepada susutnya bekalan makanan dunia. Perkembangan semasa ini pastinya menuntut perhatian yang serius daripada kerajaan dan langkah-langkah awal untuk memastikan kesan krisis makanan global tidak menekan rakyat negara ini perlu dirangka dan dilaksanakan segera.

HARI TERBUKA KEM PLKN SELURUH NEGERI PANTAI TIMUR

19 Aprill 2008 seluruh kem PLKN di negeri Pantai Timur akan mengadakan Hari Terbuka Kem yang akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 ptg.Hari Terbuka Kem ini merupakan hari di mana orang ramai diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat program-program yang dijalankankepada pelatih-pelatih Khidmat Negara.Pada hari tersebut pelbagai program akan diadakan di setiap kem. Kami mewakili jurulatih Kem PLKN Cheneh Cemerlang, Kemaman Terengganu ingin menjemput orang ramai hadir ke Hari Terbuka Kem ini pada 19 April 2008.Pelbagai program yang akan diadakan seperti Pameran Agensi-agensi Awam, Aktiviti kayak,Flying Fox,sukaneka, lawatan ke penginapan pelatih Khidmat Negara dan lain-lain. Jomlah kita sama-sama memeriahkan Program Hari Terbuka Kem PLKN ini!!!!!!!!!!!! CG.JUE........Jurulatih Multiskill KEM KLCC

Tuesday, April 15, 2008

Apa dah Jadi???

Petang tadi saya keluar untuk mengunting rambut di pekan. Macam biasalah setiap kali rambut saya panjang, kedai pakcik tua yang sering saya panggil "Pok" akan saya kunjungi. semasa sedang "ralik" mengunting rmbut saya, pok bertanya kepada saya dengan perasaan ingin tahu. Kem cheneh kita ne ke masok surat kobo kata budak beranak??? pok bace tadi dia kate kem kemamanggg??? Terkejut juga saya bila dengar soalan pok itu? sb saya pun tak sempat lagi nak baca surat khabar hari ini. Malu pulak rase , pok tukang gunting lebih advance daripada saya nampak... Sebenarnya hari ini banyak sangat perkara yang perlu dibuat. Persedian kelas Kenegaraan, handle masalah pelatih pelatih dan juga persediaan menyambut lawatan pengara zon ke Kem. Tapi biasalah kerjaya sebagai jurulatih plkn ne banyak cabaran. Berbalik kepada soalan pok tadi, saya cuba memberi tahu yang kes mengejutkan itu bukanya berlaku di cheneh tetapi Pok seolah olah tidak dapat menerima jawapan saya tu apabila saya lihat dia mengerutkan dahinya dan kerutan dahinya yang seribu itu menjelaskan lagi usianya yang telah pun lanjut. Saya cuba jelaskan lagi padanya bahawa di Kemaman ini ada 2 kem plkn yang berada di bawah Majlis Perbandaran Kemaman dan kes ini bukan berlaku sini. Setelah diterangkan panjang lebar, barulah kedengaran perkataan "Ooo...gitu.." dari mulut pok yang sedang gunting rambut saya. Setelah selesai saya terus balik ke kem, semasa bersembang sembang dengan rakan rakan jurulatih, saya dimaklumkan Komandan Kem saya pun turut pening kepala kerana terpaksa melayan pangilan telifon daripada para ibubapa pelatih saya. Berbalik kepada kes ini, timbul persoalan dimana silapnya?? kenapa kejadian ini boleh berlaku dalam usia PLKN yan sudahpun mencecah 5 tahun??? Bila saya fikir fikirkan balik, saya teringat.. Dulu seingat saya, semua pelatih diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital hospital kerajaan untuk mengetahui status kesihatan mereka, tetapi seingat saya bermula dari tahun 2 tahun yang lepas pemeriksaan ini tidak lagi diwajibkan keatas para pelatih. Mungkin pihak yang berkenaan perlu mewajibkan pemeriksaan kesihatan ini kembali atau menggunakan khidmat para medik disetiap kem dengan berkesan ataupun, memikirkan cara yang lain untuk mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Jangan kita selalu menjadi seperti peribahasa " Bila Terhantuk Baru Mengadah" Hidup ini penuh cabaran.. selagi kita terus diberikan nyawa oleh Ilahi, selagi itulah masalah akan terus ada. Cuma.. yang membezakan antara orang yang bijak dengan yang tidak ialah"macam mana kita menanganinya menangani masalah tersebut". Moga kita semua sentiasa berada dibawah kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t. Mudah mudahan dengan memperbaiki kelemahan kita ini, kita akan melihat Program Khidmat Negara yang kita sayangi ini terus mendapat kepercayaan oleh semua pihak dan terus menyumbang kepada kehormonian negara kita yang tercinta ini. Wassalam... KN 1, Tok Janggut...hehe.. :p

Pelatih PLKN lahir bayi lelaki

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Remaja perempuan dakwa sakit buasir selepas tiga hari jalani latihan di Kemaman KUALA TERENGGANU: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mulanya mengadu mengalami buasir mengejutkan pengurusan dan pegawai kesihatan sebuah kem latihan di Kemaman apabila sebenarnya sedang kesakitan untuk melahirkan bayi lelaki sebelum dibawa ke hospital berhampiran. Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit tidak mengisytiharkannya mengandung, malah keluarganya sendiri tidak dapat mengesan perubahan fizikal pada tubuhnya sebelum melapor diri di kem PLKN berkenaan pada 18 Mac lalu. Beliau berkata, pelatih itu yang akhirnya diberi pengecualian daripada menyertai PLKN dipercayai melahirkan bayi akibat terlanjur dengan teman lelaki memberi alasan sakit buasir selepas tiga hari melapor diri di kem berkenaan bagi membolehkannya dikecualikan daripada menyertai aktiviti fizikal sepanjang program itu.

"Bagaimanapun, tiga minggu selepas berada di kem dia mengadu sakit perut dan pegawai kesihatan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sangat mengejutkan apabila dia disahkan doktor sedang sakit untuk bersalin. "Selepas selamat melahirkan anak, keluarga bekas pelatih itu yang terkejut menerima berita mengenai anak mereka membawanya pulang dan pelatih itu diberi pengecualian daripada menyertai PLKN berikutan keadaan kesihatannya," katanya ketika dihubungi semalam. Pelatih PLKN Siri Lima 2008 sebelum ini dinasihatkan mengisytihar keadaan kesihatan mereka dan semua pelatih sudah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui notis pemberitahuan berserta borang perisytiharan yang dihantar kepada mereka sebelum menyertai program.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata semua peserta program itu perlu memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan baik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang mengikuti kursus di kem latihan

Renungan Buat Temanku

Teman... Bila kita berfikir.. Berfikirlah bersunguh sunguh, BIla kita percaya.. Percayalah bersungguh, BIla kita mencuba.. Cubalah bersunguh sungguh, Kita sering gagal kerana Kita tidak bersunguh sungguh.. Teman Jadilah pemerintah diri yang tegas dan dinamik.. Bangun dan kuatkan semangat... Untuk menempuh hidup yang penuh cabaran ini.. Teman, Hidup ini adalah perjuangan dan pengorbanan.. Sehingga ke...Akhir hayat...

Monday, April 14, 2008

Monday Night Fever di Kem KLCC

Kem PLKN Cheneh Cemerlang, 14 April: Sempena meraikan kejayaan pelatih menamatkan Modul Pembinaan Diri (CB) bagi kumpulan 2 Siri 5, para jurulatih dan pelatih akan mengadakan majlis malam penutup bertempat di dewan makan Kem Latihan Cheneh Cemerlang. Bagi makluman semua, Modul Pembinaan Diri adalah merupakan salah satu modul teras yang di ajar di setiap kem PLKN diseluruh negara.Modul teras ini terbahagi kepada dua iaitu Modul 1 dan 2. Didalam modul satu, para pelatih akan di ajar atau di dedahkan dengan " Bagaimana untuk melahirkan yang terbaik dalam diri sendiri" manakala di dalam modul 2 pula mereka akan didedahkan dengan " Bagaimana untuk melahirkan yang terbaik dalam diri orang lain" ole para jurulatih berpengalaman. Majlis penutup modul pada kali ini adalah bertemakan " Monday Nigaht Fever" dimana semua jurulatih, staf dan pelatih akan berpakaian kasual smart dan batik untuk memeriahkan lagi malam yang di raikan. Malam ini juga akan diserikan lagi dengan persembahan prsembahan yang telah disusun oleh ahli jawatan kuasa yang telah dilantik di kalangan para pelatih. Bagi makluman, majlis malam penutup CB seperti ini di raikan oleh semua kem iaitu lebih 80 buah kem di seluruh negara.

Sunday, April 13, 2008

Selamat Datang..

Syukur alhamdulilah...akhirnya dapat juga blog ini saya siapkan. Sebenarnya idea untuk melahirkan blog ini sudah lama dicadangkan oleh kerana ketiadaan masa, baru hari ini saya berpeluang menyiapkanya.Syukur pada Allah! saudara/saudari.. Sebenarnya kelahiran blog ini bukanlah semata matanya bertujuan negatif untuk menghentam mana mana pihak, tetapi untuk dijadikan satu platform perkongsian pendapat berkenaan dengan sesuatu isu dan perkongsian pengalaman. Jika di kem kita belajar dan mengajar cara bagaimana untuk berkongsi, iaitu melalui perkongsian terbuka yang merupakan salah satu aktiviti di dalam MODUL PEMBINAAN DIRI dan rasanya tidak salah kita aplikasikan disini untuk kebaikan bersama. Moga kewujudan blog ini akan menjadi satu tempat untuk kita mencari kebaikan bersama. SesungguhNya segala kebaikan itu datang daripada Allah s.w.t dan segala kelemahan itu datang dari kita hambaNya yang lemah Wassalam...