Program Bantu Membantu Jana Wang

Sunday, June 22, 2008

Jawatan Pengerusi MLKN Lee Lam Thye berakhir hari ini

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye mengumumkan jawatan yang dipegang sejak Jun 2005 akan berakhir esok. Beliau turut mengumumkan untuk tidak memohon pelantikan semula sebagai Pengerusi MLKN dan keputusan itu sebenarnya sudah dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Menteri Pertahanan itu juga sudah menerima keputusan itu dan ia telah dimaklumkan kepada ahli majlis di dalam mesyuarat yang diadakan 3 Jun lepas. ''Saya sudah berkhidmat sejak menjadi Ahli Majlis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak tahun 2004. Sumbangan saya selama ini rasanya cukup dengan hasilnya," katanya. ''Selama lima tahun saya berkhidmat. Rasanya pengganti baru nanti dapat membawa PLKN ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di sini hari ini. Tambah Lam Thye, sebahagian tugas berat bersangkutan program pembangunan generasi muda negara menjadi cabaran utama dan paling mencabar untuk jawatan Pengerusi MLKN. ''Jawatan ini sangat mencabar. Melatih lebih 100,000 anak muda dalam masa tiga bulan benar-benar ujian untuk saya. ''Namun saya laksanakan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang amat tinggi," ujarnya. Oleh itu katanya, satu cadangan telah dibentangkan pada mesyuarat yang lalu untuk mengkaji semula pelaksanaan PLKN termasuk modul yang diajar di dalam kem. ''Cadangan itu sudah diterima. Seharusnya ia menjadi tangga untuk melihat program ini menjadi bertambah baik pada tahun-tahun akan datang," jelasnya. Sehubungan itu kata Lam Thye, beliau berharap PLKN akan menjadi satu program terbaik yang boleh membangunkan generasi muda negara. ''Program PLKN seharusnya diteruskan. Kejayaannya bergantung kepada sikap lebih prihatin, pengurusan terbaik selain kerjasama semua pihak," ujarnya.

No comments: