semalam, sabtu 21hb. terdapat kira kira belasan pelatih wira dan wirawati kem KPCC didapati keracunan makanan. Keracunan makanan ini di laporkan akibat dari makanan yang di makan pada hari jumaat bersamaan 20 hb.
Mereka yang keracunan makanan dilaporkan mengalami muntah muntah dan sakit perut pada pagi sabtu. Mereka yang disyaki keracunan telah di bawa ke MEDIK kem untuk diperiksa dan kemudian yang teruk2 di hantar ke Hospital kemaman. sehingga hari ini, terdapat 3 orang wira wati yang berada di wad hospital.
berikutan dengan kejadian ini, pihak hospital kemaman telah membuat lawatan mengejut ke dewan masak kem. Hasilnya pada hari ini dewan memasak telah diarahkan tutup sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut. Pagi tadi, semasa rehat dari kelas CB, pelatih di buat soal selidik berkenaan dengan makanan yang telah mereka makan.
Buat masa sekarang, makanan untuk wira dan wirawati serta cikgu2 di masak di resort sebelah kem dan dapur masak kem masih lagi ditutup. Walau bagaimanapun, keadaan sekarang masih lagi terkawal dan kes ini masih berada dalam kawalan lagi.
Harap2 masalah ini akan selesai secepat mungkin...dan mereka yang sakit cepat sembuh! Amin..
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment