Bermula hari ini, jurulatih dari seluruh negara yang menjadi pengiring akan bertolak ke destinasi masing masing. Mereka akan bermalam di kem kem berdekatan dengan check point masing masing.
Pada sebelah malam pula mereka akan di beri taklimat mengenai pergerakkan dan apa yang sepatutnya berlaku pada esok pagi. para pelatih Kump.3 Siri5 akan melapor diri pada sabtu 14 jun 2008.
Bagi kem KPCC, pelatih daripada negeri Terengganu dijangka akan melapor diri pada sebelah pagi sekitar jam 11-12 tengah hari, manakala daripada Negeri Pahang sekitar jam 1-2 Petang dan Negeri Selangor sekitar jam 4-7 petang.
Bagi kem KPCC ini, semua jurulatih dan pengurusan sudah diberi tugas masing masing. Semuanya menunggu ketibaan hari esok sahaja.
Pelatih bagi kumpulan 3 yang aka melaporkan diri esok adalah sekitar 450 orang. Walaubagaimana pun di jangka hanya sekitar 200 orang lebih sahaja yang akan melaporkan diri.
Friday, June 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment