Program Bantu Membantu Jana Wang

Monday, April 28, 2008

Berita PLKN

Penutupan Kem Kubena muktamad

Oleh Ramli Ibrahim

GENERASI PELAPIS: Abdul Hadi beramah mesra dengan pelatih PLKN Kem Etnobotani, dekat Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG: Keputusan menutup Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kubena di Sipitang, Sabah berikutan kejadian tanah runtuh tiga hari lalu adalah muktamad. Penutupan serta-merta berkuat kuasa kelmarin, bagi menjaga keselamatan pelatih daripada berdepan dengan risiko kejadian tidak diingini walaupun kejadian itu jauh daripada penempatan pelatih terbabit. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pengurusan kem itu tidak akan diberi peluang untuk membuat rayuan kerana JLKN sudah mengambil pendirian muktamad.

"Sebarang rayuan pengurusan kem itu mungkin hanya akan dipertimbangkan semula untuk penempatan pelatih bagi kumpulan ke tiga nanti, itu pun bergantung tahap keselamatan. Bagi 343 pelatih kumpulan dua yang sebelum ini ditempatkan di kem itu, mereka sudah dipindahkan ke tujuh kem lain serta-merta mulai kelmarin.

“Seramai 270 pelatih Sabah dan Sarawak ditempatkan di kem sekitar Sabah, manakala baki 73 pelatih dari Semenanjung dipindahkan ke kem sekitar Selangor menggunakan khidmat pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam kelmarin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kem PLKN Etonobotani, dekat sini, pagi semalam. Beliau mengulas perkembangan lanjut kejadian tanah runtuh di Kem PLKN Kubena di Sipitang, Sabah, yang menempatkan seramai 343 pelatih.

Kejadian tanah runtuh kawasan jemur pakaian tidak jauh dari asrama pelatih kem itu berlaku kira-kira jam 10 malam Rabu lalu dipercayai berpunca hujan lebat.

Abdul Hadi juga memberi amaran keras akan mengambil tindakan sama terhadap mana-mana kem PLKN di seluruh negara, jika keadaan keselamatan pelatih tidak memuaskan dan terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini. Oleh itu, katanya, pengurusan kem seluruh negara hendaklah melakukan pemantauan serta pembaikan segera jika berlaku sesuatu perkara yang yang dikhuatiri boleh menyebabkan kejadian tidak diingini terhadap pelatih. “Kita mengambil tindakan awal menutup mana-mana kem jika keadaan itu dikesan supaya segala urusan berkaitan latihan serta keselamatan pelatih terjamin,” katanya.

No comments: