Program Bantu Membantu Jana Wang

Tuesday, April 15, 2008

Apa dah Jadi???

Petang tadi saya keluar untuk mengunting rambut di pekan. Macam biasalah setiap kali rambut saya panjang, kedai pakcik tua yang sering saya panggil "Pok" akan saya kunjungi. semasa sedang "ralik" mengunting rmbut saya, pok bertanya kepada saya dengan perasaan ingin tahu. Kem cheneh kita ne ke masok surat kobo kata budak beranak??? pok bace tadi dia kate kem kemamanggg??? Terkejut juga saya bila dengar soalan pok itu? sb saya pun tak sempat lagi nak baca surat khabar hari ini. Malu pulak rase , pok tukang gunting lebih advance daripada saya nampak... Sebenarnya hari ini banyak sangat perkara yang perlu dibuat. Persedian kelas Kenegaraan, handle masalah pelatih pelatih dan juga persediaan menyambut lawatan pengara zon ke Kem. Tapi biasalah kerjaya sebagai jurulatih plkn ne banyak cabaran. Berbalik kepada soalan pok tadi, saya cuba memberi tahu yang kes mengejutkan itu bukanya berlaku di cheneh tetapi Pok seolah olah tidak dapat menerima jawapan saya tu apabila saya lihat dia mengerutkan dahinya dan kerutan dahinya yang seribu itu menjelaskan lagi usianya yang telah pun lanjut. Saya cuba jelaskan lagi padanya bahawa di Kemaman ini ada 2 kem plkn yang berada di bawah Majlis Perbandaran Kemaman dan kes ini bukan berlaku sini. Setelah diterangkan panjang lebar, barulah kedengaran perkataan "Ooo...gitu.." dari mulut pok yang sedang gunting rambut saya. Setelah selesai saya terus balik ke kem, semasa bersembang sembang dengan rakan rakan jurulatih, saya dimaklumkan Komandan Kem saya pun turut pening kepala kerana terpaksa melayan pangilan telifon daripada para ibubapa pelatih saya. Berbalik kepada kes ini, timbul persoalan dimana silapnya?? kenapa kejadian ini boleh berlaku dalam usia PLKN yan sudahpun mencecah 5 tahun??? Bila saya fikir fikirkan balik, saya teringat.. Dulu seingat saya, semua pelatih diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital hospital kerajaan untuk mengetahui status kesihatan mereka, tetapi seingat saya bermula dari tahun 2 tahun yang lepas pemeriksaan ini tidak lagi diwajibkan keatas para pelatih. Mungkin pihak yang berkenaan perlu mewajibkan pemeriksaan kesihatan ini kembali atau menggunakan khidmat para medik disetiap kem dengan berkesan ataupun, memikirkan cara yang lain untuk mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Jangan kita selalu menjadi seperti peribahasa " Bila Terhantuk Baru Mengadah" Hidup ini penuh cabaran.. selagi kita terus diberikan nyawa oleh Ilahi, selagi itulah masalah akan terus ada. Cuma.. yang membezakan antara orang yang bijak dengan yang tidak ialah"macam mana kita menanganinya menangani masalah tersebut". Moga kita semua sentiasa berada dibawah kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t. Mudah mudahan dengan memperbaiki kelemahan kita ini, kita akan melihat Program Khidmat Negara yang kita sayangi ini terus mendapat kepercayaan oleh semua pihak dan terus menyumbang kepada kehormonian negara kita yang tercinta ini. Wassalam... KN 1, Tok Janggut...hehe.. :p

No comments: