Program Bantu Membantu Jana Wang

Monday, May 5, 2008

JLKN timbang kursus pencarian identiti remaja

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mempertimbangkan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan kursus pencarian identiti remaja membabitkan pelatihnya bagi mengelakkan pertindihan dengan modul sedia ada.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pihaknya menyambut baik cadangan Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen dan berhasrat mengadakan perbincangan lanjut. “Ia (cadangan) itu sesuatu yang amat baik dan mungkin menjadi salah satu proses penambahbaikan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Kita akan berbincang mengenai pelaksanaannya bagi mengelakkan pertindihan dengan Modul Pembinaan Insan sedia ada, dan tempoh pelaksanaannya supaya ia tidak mengganggu program lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek RM100 kepada 55 pelatih PLKN Siri 5/2008 dari tujuh kem di Selangor yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini, semalam. Katanya, sumbangan kerajaan dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd itu akan disampaikan kepada 1,567 pelatih yang mendapat keputusan 9A ke atas dalam peperiksaan SPM di seluruh negara, secara berperingkat.Jumaat lalu, Ng berkata, kementeriannya bercadang melaksanakan kursus Pembangunan dan Pengurusan Kehidupan Remaja membabitkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), hujung tahun ini.

Katanya, kursus itu yang memberi tumpuan kepada pencarian identiti remaja, pengisiannya secara positif, selain meningkatkan kemahiran dalam pengurusan diri, sudah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, pelatih yang tidak pulang ke rumah ketika cuti rehat selama enam hari bermula Khamis ini, akan dibawa melawat tempat menarik dalam jarak 100 kilometer dari kem masing-masing di seluruh negara. “Kita memberi peluang kepada mereka untuk bersiar-siar dengan syarat mereka dibawa oleh Komandan Kem dan tidak dibenarkan ke kawasan yang berisiko seperti hutan dan laut.

“Bagaimanapun, lawatan itu bersifat sehari dan hanya dua kali dalam tempoh enam hari itu. JLKN akan membiayai kos perjalanan manakala pengurusan kem perlu menanggung kos makan dan minum pelatih,” katanya.

No comments: