Program Bantu Membantu Jana Wang

Monday, May 5, 2008

Kebajikan pelatih bekerja diutamakan

KUALA LUMPUR: Kebajikan remaja yang sudah bekerja dan dipilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi perhatian bagi mengelakkan mereka diberhentikan kerja selepas tamat latihan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata beliau menerima banyak aduan bekas pelatih yang mendakwa diberhentikan kerja kerana mengikuti latihan Khidmat Negara selama tiga bulan. “Setakat ini saya menerima lebih 10 panggilan dari bekas pelatih iaitu dari kumpulan ketiga yang hampir 50 peratus sudah bekerja.

“Saya akan mengadakan perbincangan bersama ahli MLKN bagi mengelakkan majikan memberhentikan pelatih yang sudah bekerja,” katanya kepada Berita Harian semalam. Lee berkata, Akta Latihan Khidmat Negara 2003, Seksyen 24 (1) mewajibkan majikan memberikan kebenaran kepada pekerja yang mengikuti PLKN cuti selama tiga bulan dan membayar gaji selama 30 hari. “Kita akan membincangkan pada mesyuarat 3 Jun ini supaya majikan membayar gaji pekerja yang mengikuti PLKN sehingga 60 hari berbanding 30 hari sebelum ini dan memastikan mereka tidak dibuang kerja selepas latihan tamat.

“Kita akan mengambil pandangan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan sebelum membuat sebarang pindaan. Jika akta itu selesai dibincangkan dan perlu dipinda, kami akan membawa usul kepada kerajaan,” katanya

No comments: