Program Bantu Membantu Jana Wang

Saturday, May 10, 2008

Syarat wajibkan bakal pelatih PLKN jalani pemeriksaan kesihatan dikaji, kata Najib

BERA: Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti program itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji daripada segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan itu. "Pada masa ini setiap pelatih hanya di syarat menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

"Kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak, pada Khamis. Too Hui Min, 18, yang menjalani latihan di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baharu, dilaporkan mengalami sakit perut pada 3 petang selepas makan nasi ayam di lapang sasar Jugra, Banting.

Dalam kes lain, seramai 90 pelatih PLKN di Kem Jiwa Murni, Semanggol, Taiping, Perak dimasukkan ke Hospital Taiping kerana dipercayai menghidap demam serius dipercayai akibat dijangkiti virus yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya PLKN dihentikan, Najib berkata kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan PLKN hanya kerana timbulnya kes-kes berkenaan. Beliau berkata program itu telah berjalan dengan begitu terancang sejak beberapa tahun lepas dan membabitkan banyak pihak. "Adakalanya sesuatu itu berlaku sebab ada pelatih kita ada penyakit sebelum dia mengikuti latihan PLKN dan secara kebetulan penyakit itu semakin teruk ketika berada dalam kem,” katanya. - Bernama

No comments: